𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 81 [End]

3K 75 4
                                    

Wolv mengeluarkan pemetik api dari dalam poket seluarnya. Dia tak merokok, dia cuma sengaja bawa pada masa tu. Wolv mengangkat dokumen itu ke udara sebelum pemetik api itu dinyalakan. Dengan perlahan, dokumen itu terbakar sehingga menjadi abu, lalu dia campakkan ke atas mayat Brian Levine.

"Eat that, you bastard." kata Wolv kepada mayat Brian Levine dingin. Kemudiannya dia mencampakkan pemetik api yang masih menyala itu ke mayat Brian Levine. Api mula menyelubungi tubuh lelaki tua itu.

"Now game over." kata Wolv dingin.

Mereka yang lain hanya diam memerhati mayat lelaki sinis itu terbakar, perlahan-lahan menjadi abu. Itulah pengakhiran buatnya. Dan pengakhiran buat balas dendam mereka.

✧✧✧

4 tahun kemudian...

"Mommy, daddy !" jerit satu suara lembut. Tubuh kecil itu berlari laju ke arah Flex.

"I'm here, baby." kata Flex dengan senyuman. Dengan pantas dia memeluk tubuh gadis kecil itu, lalu didukungnya.

"Seronok? Kalau mommy nampak kamu berlari macam tadi, dia akan marah tahu tak?" ujar Flex bergurau.

"I know but I can't walk forever. Time is not slowing down, but rather speeding up !" balas gadis itu.

"Apa dia?" kata Elice yang sedari tadi hanya memerhati.

"M-mommy. Tak ada apa-apa, jangan risaulah." kata gadis itu dengan senyuman.

"Felise Ayrnight, lebih baik kamu jujur. Kamu lari tak pakai kasut lagi? Ini dah kali ke berapa?" ujar Elice kepada anak gadisnya itu.

Sudah 4 tahun berlalu semenjak peristiwa itu. Kini Flex dan Elice mempunyai seorang anak gadis berusia 4 tahun yang diberi nama Felise Ayrin Adler Ayrnight. Kenapa Felise? Sebab Felise merupakan gabungan nama Flex dan Elice. Sebenarnya si Fley tu ada suggest nama, tapi kena tolak serta merta oleh Flex.

"Kita kan dekat pantai? So I just want to pijak the pasir." jawab Felise dengan loghatnya.

"Tetap tak boleh. Ini kali terakhir okay? Apalah mommy nak buat dengan kamu ni?" kata Elice dengan senyuman.

"Hehe okay mommy, tapi Fel tak janji." balas Felise masih dengan senyuman.

"Yo Ayrin." tegur satu suara garau. Fley melangkah mendekati mereka.

"Well, well. Hai pak cik Axce." balas Felise bersahaja.

"Wehh Ace, aku tak suka betullah dengar anak kau cakap macam kau." kata Fley mendatar.

"Anak aku, bukan anak kau." jawab Flex selamba.

"Gurau ! Boom ! Uncle dah mati !" Felise berpura-pura menembak Fley menggunakan tangannya.

"Berani kau tembak aku eh? Meh sini kau !" kata Fley sebelum dia pantas mengangkat gadis kecil itu ke udara.

"Huaaa ! I'm flying! I believe I can fly !" riak Felise teruja.

Flex menggeleng kepala melihat kelakuan adiknya yang sudah berusia 24 tahun itu. Gaya masih macam budak-budak.

"By the way Elice, bila pembekal tu hantar stok dekat syarikat you?" tanya Xander.

Sedari tadi, Xander, Xavier, Ryuu dan Florin sudah elok berdiri di situ memerhati mereka. Cuma diorang yang tak perasan sebab budak Fley tu kecoh sangat.

"Oh, minggu depan kalau tak silap. Ya tak ya Xander, boleh you tolong maklumkan dekat diorang untuk hantar sekali sample produk yang baru tu? I nak tengok hasilnya." jawab Elice.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя