𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 78

Start from the beginning
                                    

"Woi Wolv, kalau kau nak tahu, abang aku ni berkurung dalam bilik entah berapa hari. Sehinggalah suatu saat si Ace tu tiba-tiba keluar dari bilik dan cakap yang Cobra ialah musuh Vipers." kata Fley kepada Wolv pula.

Sebelah kening Wolv naik mendengarkan kata-kata Fley.

"Jadi, berhenti berbohong dan bagi tahu apa yang kau rasa dekat Wolv tu haa. Walaupun kau cakap nak bunuh diorang apa semua tu, aku yakin jauh di sudut hati kau, kau tak nak bunuh sesiapa... Terutamanya kawan baik kau." Fley berkata lagi kepada Flex. Tidak ada balasan daripada Flex, masih berdiam diri.

"Flex." kata satu suara lembut. Sedari tadi, Elice, Florin, Xander, Xavier dan Ryuu sudah pun berada di situ. Flex menoleh ke arah si pemanggil.

"Elice...?" matanya membulat. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati isterinya sebelum dihentikan oleh Elice.

"Jangan datang dekat." kata Elice mendatar. Kaki Flex berhenti melangkah serta-merta.

"... Why? Dear, you're hurt. Let me--"

"Selesaikan dulu hal antara korang. Ada kesalafahaman yang berlaku. And Wolv?? Ini bukan dalam rancangan?" kata Elice sambil mengerutkan keningnya.

"Pffft.... HAHAHA" gelak tawa Wolv dilepaskan. "Ya, ini bukan dalam rancangan. I sengaja tambah part ni, supaya aku tak bosan sangat." sambungnya. Wolv bangun dari baringnya.

"Rancangan? Rancangan apa?" soal Flex hairan.

"Ace, kau tak tahu? Sebenarnya Lice dan Cobra dah rancang semua ni. Dari menghantar Lice ke sini, hinggalah libatkan Vipers dalam hal ni." kata Fley kepada abangnya.

"Wah. Macamana you boleh tahu?" tanya Elice kepada Fley.

"Manusia ni yang explain dekat aku." jawab Fley. Jari telunjuknya ditunjuk ke arah Vinter.

"Macam dalam rancang." Vinter tersenyum lebar. "Dan aku rasa ahli Vipers yang lain pun dah tahu pasal hal ni kan?" teka Vinter. Matanya elok memandang Ryuu dan yang lain.

"Yup, kitorang dah tahu. Ada member Cobra gi explain dekat kitorang sebelum ni." kata Xavier. Yang lain hanya mengangguk.

"Macamana korang boleh percaya?" tanya Elice.

"Sebab kitorang dah dapat benda ni. Xander?"

Xander menunjukkan peti kebal yang dia peroleh daripada Killen seketika tadi. Ya, itu ialah peti sebenar memandangkan ada lambang keluarga Ayrnight diukir di tepinya.

"That crate?" Flex terkelu melihat peti itu.

"Woah! Dah dapat rupanya? Cepat betul anjing tu buat kerja eh? Bila nak buka?" kata Vinter. Anjing yang dimaksudkannya ialah Killen. Faham-faham je lah.

"Wait a minute. Explain it to me. Kenapa peti ni ada dengan korang? Rancangan pasal apa pula?" kata Flex mendatar. Hanya dirinya yang masih belum tahu apa-apa.

"Wolv, explain." kata Vinter.

"Vinter, kau je lah jelaskan." balas Wolv.

"No, Wolv. Kau."

"Just explain, Vin."

"Wolv."

"Vinter."

Dua-dua tak nak explain. Elice yang merasa bengang mencelah.

"Enough, both of you. Biar I yang jelaskan." celah Elice sambil menggelengkan kepalanya. Mereka tersengih-sengih.

"Sebenarnya dear, Wolv tak pernah teringin nak jadi musuh awak. Tapi disebabkan balas dendamnya, dia takda pilihan. Awak tahu kan pasal parents dia? Pasangan Levine meninggal kerana diracun dan sekaligus Brian Levine jadikan mereka sebagai bahan uji kaji kepada penyelidikannya.

Suatu saat dia dihalau oleh Brian Levine sendiri kerana dia menolak untuk bunuh orang yang dia sayang. Dan waktu itulah korang berjumpa. Wolv sertai Vipers, dan korang pun jadi kawan baik mahupun keluarga. Semuanya terasa bagai mimpi sehinggalah Wolv dipanggil semula oleh orang yang dah halau dia. Kenapa? Untuk buka peti tu.

Masa Wolv keluar daripada Vipers, pasti ada rasa penyesalan. Dan lebih-lebih lagi, kesunyian... Sebab dia dah hilang tempat yang boleh dikategorikan sebagai keluarga baginya. Sejak pasangan Levine meninggal, dia dah takda sesiapa. Dan dia tinggalkan Vipers tanpa alasan kukuh disebabkan balas dendamnya. Dia tak nak awak risau atau terlibat dalam hal ni, Flex.

Pasal rancangan tu, saya setuju untuk bagi kerjasama sebab Vinter dah cerita pasal kisah silam Wolv terlebih dahulu. Motif utama ialah membunuh Brian Levine, seterusnya hapuskan benda dalam peti tu buat selamanya.

Dan saya setuju untuk terlibat dalam rancangan Cobra disebabkan kami kongsi sebab yang sama. Tentunya keselamatan saya dijamin dan lepas rancangan ni dah selesai, saya akan kembali ke pangkuan Vipers." jelas Elice panjang lebar. Dia yang sekarat ni pula yang cerita haih.

"Wolv, kenapa you sendiri tak explain hal selebihnya?" Elice berkata kepada Wolv. Yang lain aku dah terangkan, selebihnya bergantung pada kau.

"... It's fine--" jawab Wolv.

"Takda fine, fine. Aku nak kesalafahaman antara korang ni settle hari ni juga. Bukan hari ni, saat ni jugak." celah Fley pula. Jarang betul manusia yang sayu ni serius.

"Haih perasaan apa ni..." Wolv mengeluh kecil. "Dengar betul-betul. Aku takkan ulang balik. Ace, aku... Tak. Flex, aku minta maaf. Pasal keluar dari Vipers dan tinggalkan kau bila masa kau perlukan aku. Aku tahu kau dah ada keluarga, dan aku sebagai kawan pun dah anggap kau keluarga aku sebab aku dah takda sesiapa masa tu.

Dan aku rancang, lepas segalanya dah tamat aku bermimpi kita boleh berkawan semula. Mungkin melebih sikit, tapi takpa. Aku tak harap kau maafkan aku. Percayalah, aku serius. Aku tak pernah benci kau. Aku tak pernah serius pasal ancam nyawa kau, begitu juga dengan mereka yang lain. But still... I apologise for everything, Flex." jujur Wolv. Dia ikhlas meminta maaf dan kali ini reaksinya serius.

"So, my dear. What do you think?" Elice berkata kepada suaminya.

Keadaan sunyi seketika. Flex memandang Wolv tanpa kata. Mereka saling bertatapan. Flex menggenggam penumbuknya kuat sebelum membalas.

"Wolv, aku..."

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 78 🖤 Thanks for your support, my dear readers. Ada beberapa chap lagi sebelum cerita ni tamat :) Please stay 'till the end ^^ P.s. Don't forget to follow to get notifications about my stories in the future. Maybe new season? >3

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now