"Apa? Awak cakap apa tadi?" Iris Medina tidak sempat menangkap kata-kata Tengku Rayyan Mikael yang terakhir tadi.

"Saya cakap, awak okay ke duduk rumah sorang-sorang?" Fuhh, nasib dia tak dengar.

"Oh, insyaAllah okay je. Awak jangan risau. Flight awak esok pukul berapa? Balik nanti saya tolong awak packing baju ya." Tiada jawapan. Iris Medina mengangkat kepala. Tengku Rayyan Mikael sedang tenung muka dia.

"Awak? Awak!!!" Iris Medina cuba menyedarkan Tengku Rayyan Mikael. Tangan digoyang-goyangkan di hadapan muka Tengku Rayyan Mikael.

"Awak, dengar tak saya panggil ni? Termenung pula." Iris Medina masih menggoyangkan tangannya di hadapan muka Tengku Rayyan Mikael.

Tiba-tiba, laju sahaja tangan Iris Medina digenggam lembut Tengku Rayyan Mikael yang sedang tersenyum tu.

"Thank you."

"For?"

"For being you. I'm gonna miss you, Iris."

Iris Medina terkelu lidah mendengar pengakuan Tengku Rayyan Mikael.

Tangan mereka yang bersatu itu dipandang kejap sebelum kembali ke wajah Iris Medina. Perlahan-lahan tangan dibawa ke bibir lalu satu kucupan dilepaskan.

"Call me crazy. I don't even know what I'm thinking. But I'm sure that I'm gonna miss you so bad, Iris Medina."

Lama mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum telefon bimbit Tengku Rayyan Mikael berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Awak, telefon awak bunyi tu. Angkatlah." Kata Iris Medina setelah lama mendiamkan diri sambil mencuba untuk meleraikan pautan tangan mereka berdua namun tidak berjaya.

Tengku Rayyan Mikael tersenyum manis sambil mengeratkan lagi pegangan. Sebelah lagi tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja. Telefon diangkat.

"Make sure this is important and make it fast." Suara Tengku Rayyan Mikael yang tadinya lembut kembali keras apabila berurusan dengan orang di telefon walaupun mata tidak lepas memandang wajah Iris Medina.

"How long? Okay, prepare my car."

Tengku Rayyan Mikael meletakkan telefon bimbitnya semula setelah selesai berurusan dengan orang di sebelah sana. Iris Medina memandang wajah Tengku Rayyan Mikael. Keningnya diangkat tanda bertanya.

"Meeting dicepatkan. Start esok pagi. So flight saya pon dicepatkan ke harini. Petang, 6pm." Terang Tengku Rayyan Mikael.

"Oh ye ke. Baju tak pack lagi. Sempat ke?" tanya Iris Medina.

Tanpa menjawab soalan Iris Medina, Tengku Rayyan Mikael mencapai telefon bimbitnya semula. Nombor seseorang didail.

"Helo. I dengan Puan Iris tak masuk office straight away after lunch. Please inform En Khadir, from Finance Department too."

"Okay done. Lepas lunch kita balik terus. Awak kata nak tolong packing baju saya kan." Kata Tengku Rayyan Mikael yang kelihatan mula ceria semula sambil menyambung kembali aktiviti makan dia tu. Iris Medina yang melihat hanya menggelengkan kepala. 'Macam-macam ya suami aku ni. Untunglah jadi bos.'

**********

"Okay, semua dah ready." Kata Iris Medina yang baru sahaja siap melipat semua pakaian yang akan dibawa oleh Tengku Rayyan Mikael ke Penang. Semuanya dipilih sendiri oleh Iris Medina. Tengku Rayyan Mikael? Kerja dia baring atas katil, main telefon bimbit. Bertuah kalau dia nak tolong.

"Dah ready ke?" balas Tengku Rayyan Mikael malas-malas. Mana dia tak malas, baru je dia nak berbaik dengan Iris, manja-manja dengan Iris, kena pergi meeting pula. Lima hari pula tu. Haih. Apa lah nasib.

"Yup. Kereta dah sampai ke?" tanya Iris Medina pula.

Tengku Rayyan Mikael tenung muka Iris Medina. Amboi, dah tak sabar sangat ke nak aku pergi Penang?

"Almost." Jawab Tengku Rayyan Mikael pendek, berjauh hati.

Baru sahaja Tengku Rayyan Mikael menjawab, telefon bimbitnya berdering.

"Yes. Okay 5 minutes."

Tengku Rayyan Mikael terus bangkit dari pembaringan. Baju tshirt polo putihnya diperkemaskan. Bagasinya di tangan Iris Medina dicapai. Fahamlah Iris Medina yang kereta Tengku Rayyan Mikael sudah sampai dan suaminya itu harus bergerak segera.

Terus sahaja Tengku Rayyan Mikael bergerak tanpa memandang atau bercakap dengan Iris Medina. Masih berjauh hati.

Iris Medina hanya membontoti langkah Tengku Rayyan Mikael. Tiba-tiba moody ni dah kenapa?

Iris Medina mengikut menghantar Tengku Rayyan Mikael hanya sehingga lobi kondo mewah mereka. Belum sempat Tengku Rayyan Mikael masuk ke dalam perut kereta, Iris Medina menahan. Tangan Tengku Rayyan Mikael dicapai.

"Awak marah saya ke?" tanya Iris Medina perlahan.

Wajah Iris Medina dipandang lama. Alahai, buat muka comel pulak dia ni. Lemah betul la.

Sebelah lagi tangan diangkat lalu mengusap pipi Iris Medina. "Tak. Saya tak marah pon. Awak jaga diri. Kalau bosan duduk sorang, pergi la balik rumah ibu. Tunggu saya balik." Bisik Tengku Rayyan Mikael.

Iris Medina mula menarik senyum lalu menganggukkan kepala. "Awak pon sama, jaga diri. Nanti awak balik saya masakkan untuk awak ye. Awak nak makan apa?"

"Saya nak nasi ayam."

"Okay, siap bos!"

Sudah tiba masa Tengku Rayyan Mikael ingin berangkat ke lapangan terbang. Iris Medina yang masih memegang sebelah tangan Tengku Rayyan Mikael mengangkat lalu dibawa kebibir.

"Selamat jalan." Kata Iris Medina sambil senyuman manis tak lekang di bibir.

Baru sahaja Iris Medina ingin melepaskan tangan Tengku Rayyan Mikael menarik Iris Medina masuk ke dakapannya. Lembut Tengku Rayyan Mikael menghadiahkan ciuman didahi Iris Medina. Barulah Tengku Rayyan Mikael melepaskan Iris Medina.

"See you soon." Balas Tengku Rayyan Mikael.

Iris Medina menghantar Tengku Rayyan Mikael sehingga hilang kelibat keretanya. Tiba-tiba Iris Medina diserbu dengan perasaan sunyi. Tanpa buang masa, Iris Medina berlalu ke arah lif untuk naik ke rumah. 

Tengku Playboyحيث تعيش القصص. اكتشف الآن