Seorang anak telah kembali pada emaknya.

Kini, misi lain pula perlu diselesaikan.

"Baiklah, kita perlu pergi dari sini." Tutur Zalchria sambil mengetatkan pegangannya pada tali beg yang dipikul.

Ay, pengganggu emosi sungguh betul mamat yang seorang ini.

Arabella melepaskan pelukannya pada Raeya. Wajah wanita itu kini terlihat serius dengan anak mata yang melilau ke serata tempat. Tangannya menepuk bahu Raeya berkali-kali.

"Kita gerak sekarang. Zalchria, lead the way." Arah Arabella sambil menarik lengan anaknya.

Mereka yang lain mengekori dari belakang dengan riak penuh bersemangat. Entah ke mana mereka akan bergerak, mereka ekori sahaja dengan patuh. Ini kerana, adanya seorang dewasa dalam pengembaraan mereka memberikan satu rasa selamat.

Arah tuju mereka kini adalah ke arah laluan berbatu-bata yang akan membawa mereka ke sebuah kawasan berbukit. Bukan itu sahaja, pohon-pohon berakar besar yang tebal dan berlingkar membuatkan masing-masing berasa gerun. Namun begitu, Arabella, Zalchria, Melaine dan Ny terlihat tenang sahaja.

Urshia dan Taikuri saling berpandangan memandangkan mereka berdua yang berjalan di belakang sekali. Kedua-duanya memaparkan riak hairan dan menayangkan gerak muka seperti melakukan satu komunikasi yang hanya mereka fahami. 

"Kita je ke yang tak tahu apa-apa?" Tanya Taikuri separa berbisik.

"Entahlah, aku confuse gila sekarang ni." Balas Urshia dengan jongketan bahu tanpa memandang Taikuri di sebelahnya. 

Melaine memperlahankan langkahnya agar dia berjaya berjalan seiring dengan dua orang jejaka itu. "Tak, masalahanya sekarang ni saya pun confuse walaupun saya ni bekerjasama dengan The Protector juga." Sibuknya sekali.

"Hmmm..." Serentak ketiga-tiga anak muda itu bersenandung sambil menggosok dagu tanda berfikir.

Ny yang sekadar menelinga menggeleng perlahan. Ada-ada sahajalah mereka semua ini. 

Setelah beberapa minit berjalan, Zalchria yang berada di hadapan sekali tiba-tiba menghentikan langkahnya. Serta-merta semua yang mengekori dari belakang berlanggar dengan satu sama lain akibat terkejut.

"Apa benda kau buat ni, Zalchria?" Soal Raeya, geram. Bahunya diusap akibat dihantuk Ny tanpa sengaja.

"Shhh." Arah Zalchria seraya meletakkan telunjuk ke bibir. Apabila semua mendiamkan diri, desrian angin yang bertiup dapat didengari.

"Kita akan masuk ke dalam. Aku nak kalian semua diam agar aku tidak tersalah baca mantera." Ujar Zalchria lagi sebelum mendepakan tangan kanannya ke hadapan. 

Cahaya terang mula memancar dari telapak tangan Zalchria padakala bibirnya mula menggumam sesuatu. Raeya menapak ke hadapan dan memanjangkan leher bagi melihat apa yang terjadi. Urshia yang berada di belakang sekali pula sudah pun menolak Taikuri ke tepi demi melihat apa yang berlaku di hadapan.

Time passed avian changed,
Protect those who needs saving,
Swish and flick with feathers caved,
May the entrance stow upon the opening.

Tanpa membuang masa, kawasan berbukit yang seharusnya berada di hadapan mereka mula terlihat kabur dan berputar-putar seperti membentuk sebuah portal. Melaine sudah melompat-lompat gembira dan memeluk Ny di sisinya. Pihak lelaki pula ternganga umpama tiada esok harinya.

"Ini satu-satunya tempat yang selamat untuk kalian berdua." Tutur Zalchria sambil memandang ke arah Raeya dan Arabella bersilih ganti. "Ini merupakan satu haluan rahsia ke sebuah kawasan perlindungan yang terletak di dalam Kota Feasouther sendiri. Dan tempat ini, diciptakan oleh ayah kau sendiri, Raeya." Sambungnya lagi lalu memusatkan panahan matanya ke arah Raeya.

Raeya terpempan. Dia memerhatikan wajah Zalchria dengan riak tidak percaya.

"Papa aku?" Soalnya, ragu-ragu.

Tiba-tiba, bunyi derapan tapak kaki dan ladam kuda mula sayup-sayup kedengaran. Nampaknya, pihak yang mencari mereka sudah mendekat.

"Sudah! Nanti aku cerita!" Ujar Zalchria lalu membuka sebuah portal yang bercaya emas terang. "Lekas masuk semua!" Arahnya keras.

Tanpa segan-silu dan takut-takut, Urshia menjadi orang pertama untuk melompat masuk ke dalam portal tersebut sebelum diikuti Ny dari belakang. Selepas itu, Melaine pula cepat-cepat menuju ke arah portal itu dengan senyuman. Gadis itu sempat melakukan tabik hormat kemudian melompat ke dalam portal dengan penuh bergaya.

"Jom!" Ajak Arabella lalu menarik tangan Raeya dan Taikuri serentak. Taikuri menjerit kecil akibat ditarik tiba-tiba ke hadapan bersama dua beranak itu. Serta-merta kelibat mereka hilang di sebalik portal yang bercahaya tersebut.

Zalchria memerhatikan keadaan sekeliling dengan pandangan tajam. Bunyi derapan kaki dan ladam kuda semakin kuat, menandakan mereka akan ditangkap seandainya dia tidak bertindak dengan segera. Dengan menarik nafas panjang dan dalam, Zalchria melompat masuk ke dalam portal itu sebelum ia hilang dibawa angin.

Sebaik sahaja portal tersebut tertutup, sebatang anak panah laju melepasi kawasan tersebut. 

"Cis!" Satu suara mendesis marah.


Pelepah EmasWhere stories live. Discover now