𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 60

Začít od začátku
                                    

Hal seperti itu sudah dialaminya. Tubuh lelaki itu dipeluk makin erat. Tangan Elice perlahan-lahan naik menyentuh rambut Flex, lalu diusapnya lembut. Seperti membelai bulu kucing.

"Allah dah tentukan takdir setiap makhluk. Dan sesungguhnya dia berhak untuk ambil semula apa yang diberinya, termasuk kehidupan dan nyawa manusia. Kita kena yakin dengan rancangan Allah," ujar Elice kepada Flex. Cuba menenangkan hati suaminya.

"You kuat, Flex. Sangat kuat, " kata gadis itu lagi. Senyuman kecil terukir di bibir.

"Kita kuat. Kita berdua," balas Flex yang turut mengukir senyuman kecil, membalas senyuman Elice.

Suasana di situ terus berubah setelah wajah yang tadinya tidak ada ekspresi kini terukir senyuman. The atmosphere completely changed.

"I dah cerita. Giliran you untuk tunaikan janji you. I nak dengar you panggil I sekarang," ujar Flex dengan senyuman.

"Ahaha...," Elice tertawa tidak ikhlas.

Ingatan suaminya ini kuat sangatlah. Ingatkan lepas sudah cerita pengalaman pahit tadi dia takkan ingat pasal hal itu. I underestimate him too much.

"Ahem... Erm, dear?" ucap Elice perlahan, menunaikan janjinya. Perasaan malu turut hadir dek baru pertama kali.

"Hm apa? Kurang jelas," ujar Flex bersahaja.

"... Dear," kata Elice masih agak perlahan. Agak awkward.

"I tak dengar," kata Flex lagi.

"DEARRR," balas Elice meleret.

"Dah dengar?" kata Elice yang sudah berkerut dahi. Perkataan dear itu sengaja ditekannya.

"Hm," Flex cuba menahan gelak tawanya. Kepalanya diangguk beberapa kali.

"Are you even listening, my dear husband? Kenapa you ketawa?" soal Elice serius. Dia dah serius, takkan Flex main-main?

"I gurau jelah. Mestilah I boleh dengar you," ujar Flex sambil melepaskan gelak tawanya. Sungguh dia terhibur dengan sikap isterinya.

"And it becomes even more beautiful when they come out of your mouth, my dear," puji Flex ikhlas.

"... Diamlah," ujar Elice perlahan. Sengaja dia mengalihkan pandangan ke arah bertentangan daripada Flex.

Flex kemudiannya menyentuh dagu Elice, lalu didongakkannya ke atas agar gadis itu kembali menoleh ke arahnya. Sekilas bibir Elice dikucup lembut oleh Flex. Elice yang agak terkejut hanya terdiam, namun dia tidak menolak kelakuan jejaka itu.

Secara automatik, lengan Elice terus berpaut pada leher Flex bagi merapatkan lagi jarak mereka. Flex hanya tergelak kecil melihat reaksi isterinya. Leher Elice kemudian dikucupnya lembut, sebelum dia beralih ke bibir gadis itu. Pinggang Elice diraut erat.

"Mulai sekarang, I harap you boleh terus panggil I macam tu," ujar Flex dengan senyuman lebar. Gembira bila bersama dengan wanita yang dicintainya.

"Hm saya akan cuba," balas Elice sebelum dia membalas kucupan Flex.

"Don't say you'll try. Say you will," Flex perbetulkan ayat Elice.

"I will," balas Elice dengan senyuman.

Sorrow came to visit me, before she brought me happiness. Elice, my precious wife.

✧✧✧

Tiga bulan telah berlalu sejak peristiwa yang lalu. Kini perut Elice sedikit lebih besar dari sebelumnya. Tapi tidaklah besar mana, jadi kurang ketara. Jam menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Ajaibnya, gadis yang bukan morning person ini boleh bangun awal pada hari itu.

Macam mana Elice boleh bangun awal? Entah. Lagipun bukan selalu. Flex dan Fley berada di ruang tamu. Flex menghirup kopinya seperti biasa pada setiap pagi, manakala Fley duduk di hadapan televisyen bermain permainan video. Mata menangkap kelibat Elice yang sedang menuruni tangga.

"Dear, hati-hati. Turun pelan-pelan," ujar Flex sambil memantau Elice.

Kopinya diletakkan ke atas meja. Bukan apa, tapi risau manalah tahu isterinya terjatuh masa tengah turun tangga ke apa. Tak salah sediakan payung sebelum hujan.

"Iya, jangan risau," balas Elice selamba. Walau bagaimanapun, anak tangga tetap dituruninya perlahan-lahan.

"Kalau kau risau sangat, kenapa tak tambah lif dekat dalam rumah ni? Senang Licce nak turun," ujar Fley yang masih sibuk bermain game.

"Boleh dipertimbangkan," balas Flex serius.

Aik? Aku main-main jelah.

Akhirnya anak tangga terakhir dituruninya. Kaki kemudian mengorak langkah menghampiri Flex. Seusai itu, punggungnya dilabuhkan di sofa empuk yang ada di ruang tamu itu.

"Selamat pagi, darling. You bangun awal dari biasa," sapa Flex seperti biasa, setiap pagi dan setiap hari.

"Selamat pagi, dear. Yeah, I sendiri tak tahu kenapa I bangun awal hari ini," balas Elice.

Selepas 3 bulan, akhirnya Elice telah berjaya membiasakan diri untuk memanggil Flex dengan panggilan dear. Katanya kalau panggil guna 'abang', nanti Elero pun terpandang sama. Lagipun, mereka berdua lebih prefer panggilan dear berbanding yang lain.

"I rasa tangga tu boleh jadi bahaya. Mungkin kena tukar karpet. Pemegang keselamatan tangga itu pun nampak licin. Let's change that," ujar Flex sambil meneliti kawasan tangga itu.

"Kenapa tak beli rumah baru alang-alang? Atau kau suruh pekerja buat balik rumah ini ikut kemahuan kau. Aku tak rasa duit kau akan habis setakat beli atau bina rumah baru," celah Fley bersahaja. Permainan video yang dimainnya tadi ditutup.

"Idea bernas. Nanti aku fikir pasal benda itu," balas Flex kepada adiknya. Perhatiannya masih elok tertumpu meneliti keadaan sekeliling. Kopinya dihirup kembali.

"Bro, kau serius??" terkejut Fley dibuatnya. Padahal dia main cakap je.

"Ada masalah?" soal Flex hairan.

"Licce, suami you ni dah kenapa?" soal Fley lagi. Hairan abangnya tiba-tiba berkelakuan lebih overprotective.

"I pun tak tahu," bahunya diangkat ke atas dan bawah.

"Darling, you nak makan apa pagi ini ? Pancake atau waffle?" tanya Flex kepada Elice.

"Pizza...?"

"Hah?? Kau nak makan pizza pagi-pagi macam ni?" soal Fley terkejut. Elice hanya diam sebelum bibirnya mula mengukir senyuman.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

We reached Chap 60 🖤 Sorry for the late update :) Kindly support me by voting and do follow me ^^ Enjoy !

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat