➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 22

153 18 3
                                    

beberapa minit aku menunggu, akhirnya muncul juga jaeyun. tapi mana heeseung?

aku tunggu jaeyun duduk dahulu, barulah aku tanya soalan.

"jaeyun, mana heeseung? bukan tadi dia nak jumpa kau ke?"

"ada je. kejap lagi dia masuk lah tu. sebab dia kata dia nak jumpa dengan ssaem park."

"maybe dia nak tanya tentang subjek bahasa inggeris." sambung jaeyun lagi.

aku memandang muka jaeyun dengan perasaan yang penuh kebingungan.

"tadi heeseung jumpa kau ke?"

"haah. why?"

"dia ada cakap tentang semalam ke? tentang yang kita pergi lotte world."

"tak, tak ada pun. dia just cakap tentang buku nota bahasa inggeris je."

okay ni betul-betul nampak pelik. bukan ke tadi heeseung nampak macam marah? kenapa tiba-tiba dia okay pula?

"okay.. thanks, jaeyun."

"you're welcome."

-

sepanjang waktu pembelajaran berlangsung, aku tak henti-henti fikirkan tentang kejadian yang berlaku pagi tadi.

ssaem park sibuk mengajar di hadapan, tapi aku sibuk memandang muka mereka berdua dan membuatkan mereka rasa lebih bingung.

"suyoon. why?" heeseung tanya dengan cara berbisik.

"nothing. abaikan je aku."

"o— okay.."

heeseung kembali fokus pada kelas dan jaeyun pula hanya gelak kecil sahaja. tak nak lah dia ganggu kelas.

ni mesti ada yang tak kena ni..

"park suyoon." ssaem park memanggil nama aku dan secara automatik aku menjadi pusat perhatian.

"y— ye, ssaem?"

"siapa yang tengah mengajar sekarang ni? mereka berdua ataupun saya?"

suyoon, habislah kau!

"s— ssaem."

"habis tu? kenapa pusingkan badan awak ke belakang? cikgu awak ada dekat depan, bukannya belakang. dah, pusing ke depan. now."

"baik, ssaem. saya minta maaf.."

aku sedaya upaya untuk fokus semula pada kelas dan lama-kelamaan, pipi aku menjadi merah akibat terlalu malu.

-

/kring, kring/
loceng waktu makan tengahari telah pun berbunyi.

aku kemaskan semua barang aku yang berselerakan dengan cepat. nanti tak terlalu mengambil masa untuk aku beratur.

aku bergegas keluar dari kelas dan menuju ke kafeteria, tapi heeseung memanggil aku dari arah belakang.

"park suyoon."

"ye, saya? kenapa?"

"hari ni kau makan dengan aku. aku ada sesuatu nak cakap dengan kau."

dah kenapa pula tiba-tiba dia nak makan dengan aku walaupun dia dah bagi alasan. yes, selalunya ada je dia nak cakap sesuatu dengan aku tapi dia tak kan kacau waktu makan aku.

macam-macam benda aku fikirkan tapi aku tolak tepi semua pemikiran negatif aku dan terima sahaja ajakannya.

"okay. jom."

-

bila sampai di kafeteria, aku dan heeseung beratur untuk mengambil makanan dan baguslah waktu tu tak ramai orang yang beratur.

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt