➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 09

158 19 2
                                    

sedar tak sedar, langit di luar sudah gelap dan menandakan waktu kerja aku hampir tamat.

taeseung nampak agak penat hari ni, jadi dia masuk tidur lebih awal daripada yang biasa.

"betul ni taeseung okay?"

risau sebenarnya dengan keadaan taeseung, tapi aku cuba untuk berfikiran positif.

"hm." taeseung menganggukkan kepalanya sahaja.

"ha yelah."

"kalau taeseung ada rasa tak sihat ataupun tak selesa, cepat-cepat bagitahu abang heeseung okay."

"okay, akak."

"kalau macam tu, akak pergi dulu. selamat malam, taeseung."

"selamat malam, akak."

-

"heeseung, kau tolong tengokkan taeseung. aku rasa dia tak berapa nak sihat lah hari ni."

"tak sihat? tapi aku tengok dia okay je tadi?"

"kau abang dia, tak kan kau tak perasan apa-apa yang pelik tentang taeseung hari ni?"

semua benda yang berlaku daripada pagi tadi, tak kan dia tak perasan apa-apa lansung?

"ada lah juga perasan, tapi aku ingatkan dia just tak ada tenaga je."

"budak yang seumur dengan taeseung selalunya dia akan hyper, so kalau dia kelakuan macam tu, mesti akan ada benda yang tak kena."

"apa-apa pun, kau berhentilah sekejap study malam ni and teman lah taeseung."

"kalau ada masalah, bagitahu je aku."

"it's okay, aku boleh urus sendiri. tak kan aku nak kacau kau tengah-tengah malam pula."

"bagitahu je. aku kan babysitter dia, so aku kena lah tahu."

"ah yelah."

"kalau dah tak ada apa-apa, aku balik dulu."

▃▃▃▃▃▃▃

sampai sahaja rumah, aku rasa agak pelik. selalunya hanya ada kasut aku dan eunchae, tapi kenapa hari ni ada kasut lain di bahagian hadapan pintu?

nampak seperti kasut lelaki dan kenapa aku rasa kasut tu dah biasa tengok?

"siapa pula yang datang waktu-waktu macam ni?"

aku bergegas masuk ke dalam dan nampak eunchae tengah berbual dengan seseorang.

"aku dah balik."

"suyoon? bila masa kau balik? aku tak dengar pun?" eunchae.

"kau baru balik dari mana ah?"

"eh? park serim?"

rupa-rupanya yang datang ke rumah eunchae ialah serim. tapi kenapa pula dia nak datang waktu-waktu macam ni?

"kenapa kau datang rumah eunchae waktu-waktu macam ni?"

"kenapa? tak boleh ke?"

"yes, tak boleh. ni rumah perempuan."

"alah kau ni. aku datang sekejap je lah. bukannya aku duduk sini sampai esok pagi pun."

"lagipun aku ada banyak benda lah kena buat lah." sambungnya lagi.

"yelah tu."

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now