➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 16

125 16 2
                                    

"taeseung, bulan ni akak suyoon akan duduk sama-sama dengan kita tau." heeseung.

"yeah! kita duduk dengan akak suyoon!"

"eh, suka sangat ni kenapa? taeseung dah tak sayangkan abang dah ke?"

"mana ada. taeseung sayangkan abang lagi lah." taeseung berlari dan terus memeluk heeseung yang tengah khusyuk bermain game ps5 nya di televisyen.

terus senyum gembira heeseung dibuatnya. termasuklah juga aku sebab aku tak boleh tahan dengan kecomelan diorang berdua!

"ha lupa pula aku nak bagitahu. malam nanti kawan aku nak datang sekejap tau."

dia ni ada kawan ke? wah, orang yang tak berperikemanusiaan pun ada kawan eh? ingatkan lonely je.

"kawan kau? siapa?"

"sim jaeyun."

"ouh, okay."

"kalau macam tu, nanti aku pergi kedai sekejap. mungkin aku boleh beli sesuatu untuk dijamu nanti."

yelah, tak kan nak suruh jaeyun datang dan tuan rumah tak sediakan apa-apa pula.

"okay. thanks, suyoon."

"no problem."

▃▃▃▃▃▃▃

aku cepat-cepat pergi ke kedai bersendirian pada waktu malam. angin hari ni sejuk sahaja dan kemungkinan hujan akan turun, tapi harap-harap hujannya turun bila aku dah sampai ke rumah nanti.

"please, janganlah hujan sekarang. aku nak balik macam mana kalau hujan nanti. aku dah lah tak bawa payung." omel aku perlahan.

aku masuk ke dalam kedai dan mencari makanan dengan keadaan yang tergesa-gesa sambil mata aku sibuk melihat ke arah luar. takut-takut hujan akan turun.

"nah, ni je barangnya."

"okay, sekejap ye."

jurujual tadi mengira harga barang dengan kelajuan yang biasa, tapi disebabkan aku nak cepat jadi aku nampak yang jurujual tadi agak lambat dari biasa.

aduh, cepatlah.

mata aku tak lepas memandang dompet dan menunggu jurujual untuk kirakan semua harganya.

"semuanya 1,500 won sahaja."

"okay nah."

"terima kasih dan sila datang lagi."

aku cepat-cepat berlari keluar, tapi malangnya tak sempat. hujan dah mula turun dengan lebat.

baju, seluar dan rambut habis basah disebabkan terkena hujan tadi dan aku berteduh di kedai tadi sahaja.

"aduh, macam mana aku nak balik ni."

"dah lah payung tak bawa, telefon pun tertinggal."

"ish, park suyoon. tu lah, lain kali jangan nak gelabah."

sekarang pun dah waktu malam, jadi tak ramai lah yang lalu-lalang di hadapan kedai ni.

tak ada pilihan lain. aku terpaksa tunggu sehingga hujan reda, barulah aku pulang ke rumah.

"hm harap-harap lah heeseung tak marahkan aku sebab lambat."

-

setelah beberapa minit aku menunggu, hujan masih lagi belum reda dan aku masih lagi menunggu di hadapan kedai.

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now