➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 01

513 34 0
                                    

"taeseung, pergilah mandi cepat. nanti lambat lah nak pergi sekolah."

walaupun jam dah menunjukkan pukul 7:15 pagi, tapi taeseung belum mandi dan bersiap untuk pergi ke sekolah. apatah lagi aku ni!

"abang, berus gigi taeseung hilang."

kenapa masa ni juga kau nak hilang!

"ada. cuba cari betul-betul."

"tak—" belum sempat taeseung habiskan ayatnya, aku dah merempuh masuk ke dalam bilik air dan tolong carikan berus gigi taeseung.

cari dan cari, rupa-rupanya ada dalam cawan yang memang disediakan untuk letak berus gigi.

"taeseung, ni kan ada? kenapa cakap tak ada?"

"sorry abang.."

"tak apa. dah, cepat mandi. kita dah lambat dah ni."

"baik."

-

mama dan papa selalu sibuk dengan pekerjaan, jadi aku lah yang selalu uruskan taeseung.

"taeseung, cepat! kita lari je, okay?"

"tapi abang, taeseung mengantuk lah."

"hm kalau macam tu.. apa kata kita main lumba lari, nak tak? kalau taeseung sampai dulu, abang belikan gula-gula yang banyak untuk taeseung."

ni je cara paling berkesan untuk sampai ke sekolah walaupun hakikatnya memang aku dah terlambat.

"ah? betul ni? abang janji?"

"ye, janji."

"okay!" taeseung dah memulakan langkahnya dan meninggalkan aku berseorangan di belakang.

walaupun mula lambat beberapa minit je, tapi aku tetap dapat kejar!

"taeseung, abang kejar ni!"

"cepatlah abang!"

-

lari dan lari, akhirnya sampai di sekolah taeseung.

aku peluk dan lambai taeseung dahulu, pastikan dia dah masuk ke dalam sekolah barulah aku berlari ke sekolah dengan kelajuan penuh.

"please, heeseung. laju lagi!"

▃▃▃▃▃▃▃

"suyoon, kau nak dengar satu cerita yang best tak?"

dah mula dah eunchae ni. mesti ada je gossip yang dia ni nak cerita.

"cerita apa?"

"semalam aku nampak heeseung terjatuh dekat depan sekolah. nasib baik lah ramai yang tak nampak. kalau tak? habis malu dia nanti."

"heeseung tu memang lah. selalu je dia tu kelam-kabut. padahal jarak rumah dia dengan sekolah dekat je."

"tapi at least dia lagi normal dari youngseung. youngseung tu dah lah poyo, acah-acah kuat and then perasan yang ramai perempuan suka dekat dia. ish, aku memang tak suka betul dengan dia tu." sambung aku lagi.

"suyoon.."

"a— ada heeseung dekat belakang kau." eunchae berbisik pada aku.

bila aku toleh ke belakang, heeseung dah merenung aku seperti bila-bila masa sahaja dia akan serang aku.

"best ke mengata tentang aku?"

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now