➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 06

158 13 0
                                    

"taeseung, jom kita balik sekarang nak tak?"

"tak nak. nanti tak ada sesiapa yang nak main dengan taeseung."

"abang heeseung kan ada."

"abang heeseung tak selalu main dengan taeseung. kadang-kadang taeseung terbangun dari tidur pun nampak abang heeseung tengah belajar."

dia study sampai tengah malam?

"ah, tak apa. kalau macam tu, biar akak yang temankan taeseung. boleh?"

taeseung mengangguk tanda setuju dan terus memegang tangan aku.

alah, nampak macam aku tengah bawa anak pergi jalan-jalan lah pula.

-

"kitorang dah balik."

sambil tu, aku menyuruh taeseung untuk buka kasut dan susun di rak yang disediakan.

heeseung pula tak bersuara.

mana pula dia ni pergi.

bila aku masuk ke dalam, aku nampak heeseung tertidur dengan mejanya yang masih berselerak dengan buku-buku.

"akak, abang heeseung tengah tidur." taeseung.

"tak apa. taeseung pergi naik atas dulu lepas tu mandi."

"taeseung pandai kan mandi sorang-sorang?"

"pandai."

"okay, good. pergi cepat. akak tunggu dekat sini tau."

"okay, akak."

aku biarkan taeseung naik ke atas dahulu, barulah aku berjalan menuju ke meja heeseung.

bila aku pandang muka heeseung, jantung aku mula berdegup dengan kencang.

"kenapa dengan kau ni, park suyoon?"

aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.

"okay bertenang. jangan gelabah."

aku duduk di hadapan heeseung dan memandangnya tanpa henti.

secara tak sedar, tangan aku mula bergerak dan cuba menghalang cahaya lampu daripada terkena muka heeseung memandangkan heeseung tertidur semasa belajar.

aku memandang muka heeseung dengan penuh rasa teliti dan tersenyum nipis.

secara tiba-tiba heeseung terbangun dari tidurnya. mata dia lansung bertembung dengan mata aku dan membuatkan aku menjadi kaku.

"o— oi, bangunlah."

perlahan-lahan heeseung bangun dan aku cepat-cepat larikan diri.

"lain kali janganlah paksa diri kau."

"hm?"

"kalau kau penat belajar, rehat. janganlah asyik paksa diri kau sampai tidur pun kau nak abaikan."

"macam mana kau boleh tahu?"

"don't know."

please, selamatkan aku! kalau boleh aku nak lari sekarang ni!

"sekejap— mana taeseung?" muka nya pun nampak takut bila nampak yang taeseung tiada dalam pandangan dia.

"kenapa? kau ingat aku culik adik kau ke?"

"aku tengah serius ni. mana taeseung?"

"taeseung tengah mandi. dah? puas?"

"o— ouh.. cakaplah awal-awal. buat aku takut je.."

aku melabuhkan punggung di sofa dan bermain telefon sementara menunggu taeseung siap mandi.

aku cuba untuk jauhkan diri daripada heeseung, tapi dia datang dan duduk di sebelah aku.

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now