➤ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 08

139 17 3
                                    

hari ni taeseung nampak tak bertenaga, jadi aku dan heeseung bersepakat untuk luangkan masa dan main bersama-sama dengan dia. mungkin dengan cara ni, dia akan bertenaga seperti biasa?

"taeseung, nak tak kita main hide and seek sama-sama?"

"abang heeseung pun akan join main juga."

"haah, sebab abang tengok taeseung macam sedih je."

"abang tak nak lah taeseung macam ni." sambung heeseung lagi.

"nak nak! taeseung nak main!" terus gembira dibuatnya bila ajak bermain bersama.

"okay kalau macam tu.. biar akak yang cari, taeseung pula pergi sembunyi dengan abang heeseung okay?"

taeseung mengangguk tanda faham.

"dah, akak kira sampai tiga taeseung pergi sembunyi dengan abang heeseung tau."

"satu.. dua.. tiga!"

terus laju taeseung berlari sebaik sahaja aku habis mengira.

heeseung pula hanya berjalan dengan perlahan dan tiba-tiba dia memberhentikan langkahnya.

"kenapa? pergilah sembunyi cepat."

"nak sembunyi dekat mana?"

eh tanya aku pula—

"rumah kau kan besar. pergilah sembunyi dekat mana-mana pun."

"cuba bagi cadangan."

"ish dia ni, dalam bilik air, almari, belakang pintu, bilik kau, bilik taeseung, bilik permainan taeseung, stor kecil. ha kan banyak ruang kau boleh sembunyi."

"rumah kau kan, pergilah cari sendiri. tanya aku pula."

kecil besar kecil besar sahaja aku tengok heeseung ni.

"nice, that's a good idea. thank you."

aku biarkan heeseung naik atas terlebih dahulu, barulah aku mula mengira dan mencari mereka berdua.

"biarlah dia tak sempat nak bersembunyi pun. aku bukannya nak cari dia pun." bebel aku seorang diri.

"dah, akak mula cari ye!"

aku mula bergerak ke tingkat atas tanpa membuat sebarang bunyi bising.

tingkat atas hanya ada bilik taeseung, bilik heeseung, bilik permainan taeseung dan juga stor kecil jadi senanglah untuk aku mencari.

aku masuk ke dalam bilik taeseung terlebih dahulu.

kosong— tiada sesiapa.

seterusnya bilik heeseung. aku tahu yang dia akan bersembunyi dalam bilik ni, tapi aku abaikan sahaja. tak seronok lah kalau jumpa heeseung terlebih dahulu.

seterusnya bilik permainan taeseung.

bila aku masuk ke dalam, aku nampak kaki yang kecil tengah bersembunyi di belakang khemah yang terletak di penjuru bilik.

tak syak lagi, ni mesti kaki taeseung.

taeseung, i found you.

aku berjalan perlahan menghampiri taeseung dan terus menerjahnya.

"dah jumpa!"

taeseung menjerit bila aku menerjahnya secara tiba-tiba.

"akak dah jumpa taeseung."

"alah.."

"janganlah sedih." aku memeluknya dengan erat. tak nak lah taeseung tiba-tiba sedih.

"ni pun akak susah tau nak cari taeseung. akak ingatkan taeseung tak ada lah tadi."

𝐁𝐀𝐁𝐘𝐒𝐈𝐓𝐓𝐄𝐑 || 희승Where stories live. Discover now