𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 49

Start from the beginning
                                    

Badan dibaringkan, kemudiannya selimut itu ditarik semula. Flex hanya membiarkan kelakuan isterinya yang ingin meneruskan tidur, sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Matanya dipejam rapat. Dirinya teringat kembali kejadian malam semalam.

"Flashback" semalam...

Flex memeluk tubuh Elice erat. Gadis itu hanya akur berada di dalam pelukan suaminya. Nak tolak pun takleh. Penat sangat selepas selesai buat 'aktiviti' tadi.

"Flex, move a lil bit. I tak selesa." kata Elice perlahan.

"You okay? Did I push too hard?" tanya Flex.

"Jangan cakap pasal hal tu lagi." kata Elice mendatar. Dia jadi malu bila benda tu kena mention.

"Boleh I tanya pasal benda lain?" kata Flex.

"Pasal apa?"

"Trauma you. Pasal kemalangan tu. Sorry kalau you rasa tak selesa tapi, i rasa I berhak tahu sebagai suami you." jelas Flex.

"I tak pernah cerita pada you eh?" soalnya. Flex hanya menggeleng.

Aik? Tapi seingat aku, aku dah pernah cerita kat... Oh ya, hari tu aku cerita kat Wolv. Bukan Flex. Patutlah.

"Okaylah. Macam ni cerita dia..."

Berpuluh tahun lalu...

Beberapa minggu setelah keluarga Adler kembali ke Eropah.

Kereta yang dipandu oleh Aaron Adler laju memecut di jalan raya. Keadaan agak gelap kerana awan mendung dan hujan turun renyai-renyai.

"Sayang, be careful." kata Elena Adler risau dengan kelajuan kereta yang dipandu laju itu.

"Don't worry, dear. I try to be careful. But not now. Please take care of Eliora." balas Aaron Adler.

"Papa... Mama... Kita nak pergi mana? Kenapa papa bawa kereta laju? Lice takutlah..." kata gadis kecil itu perlahan. Elice. Dirinya elok berada dalam pelukan ibunya.

"Jangan takut, Eliora. Mama papa ada. Everything going to be just fine." kata Elena Adler kepada Elice.

Mata memandang ke arah cermin kereta. Ya, sebenarnya mereka diekori. Remember they're mafia? Diburu dan memburu tu hal normal bagi mafia. Tapi kali ini lain.

"Elena, call him. Now." kata Aaron sepatah. Dirinya masih sibuk mengemudi kereta itu.

Elena mencapai telefon milik Aaron, lalu nombor 'seseorang' ditelefon. Panggilan diangkat pantas.

"Aaron, Elena, where are you guys??" soal suara garau itu mendatar.

"We're on our way. Kau stay kat sana, tunggu kitorang. Pasal benda tu, kitorang dah sembunyikan di suatu tempat. Nanti kau--"

BANG! BANG!

Dua das tembakan dilepaskan tepat mengenai belakang kereta yang dinaiki oleh Adler.

"For real? Diorang dah kejar sampai sini?" kata Aaron serius.

Bukan satu, tapi ada dua kereta mengekori mereka dari belakang. Aaron menambah kelajuan kereta, tetapi kereta di belakang turut berbuat demikian.

BANG! BANG! BANG!

Tembakan masih dilepaskan tanpa henti. Beberapa peluru mengenai kereta Adler.

"Mama... Papa... Bunyi apa tu? Kenapa papa bawa kereta laju? Kenapa ada bunyi pelik?" tanya Elice. Pada ketika ini, dia baru berusia 7 tahun.

"Itu erm... Bunyi bunga api. Kenapa papa bawa kereta laju? Sebab kita nak cepat-cepat tengok bunga api." kata Elena yang cuba menghilangkan risau Elice.

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now