𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 47

Start from the beginning
                                    

Last but not least, Ryuu Ansel. Kerja kau bersih. Sebab kau silent killer. Dan aku perasan yang kau pakar hacking. Kau boleh buka system aku dalam masa beberapa jam." kata Hell serius. Nampak sangat dia dah cari tahu pasal diorang.

"Korang ingat aku tak tahu pasal semua benda gelap yang Ayrnight dah buat? Haha... Itu yang tak bahaya? Disebabkan Ayrnight, Aaron dan Elena--" kata-katanya tidak disambungkan. Dia cuba mengawal emosinya. Nafas berat dihembus.

"Sejujurnya, aku tak peduli pasal nyawa dan benda gelap yang korang buat, tapi bukan pasal Eliora. Disebabkan Ayrnight, nyawa Eliora mungkin jadi sasaran orang lain." sambungnya.

"Aku boleh lindungi dia dengan cara aku sendiri. Kau tak perlu masuk campur." balas Flex.

"Even nak jaga dia daripada aku pun susah, inikan orang lain? Kau masih terlalu muda, Ace Ayrnight. Pengalaman kau tak boleh dibandingkan dengan aku." kata Hell.

"Aku tak peduli pasal pengalaman aku. Yang aku tahu, aku dan keluarga aku boleh jaga dan lindungi dia." kata Flex lagi.

"Why don't we ask her about it? Eliora, aku tanya kau sekali lagi. Pilih, ikut aku atau sebaliknya?" tanya Hell kepada Elice. Mata memandang gadis itu.

"Saya..."

Keadaan diam seketika, sehingga tiba-tiba kedengaran bunyi kereta yang semakin menghampiri mereka. Lalu kereta itu berhenti betul-betul di hadapan mereka. Dengan perlahan, turun dua orang dari dalam kereta itu.

Mata Elice kembali membulat melihat dua orang itu. Apa ni? Kenapa diorang masih ada kat sini?

"Elero? Freya?"

Elero hanya memandang adiknya dengan senyuman, lalu dia memandang sekeliling. Reaksi kini serius.

Dengan pantas, semua orang yang mengepung mereka terus menundukkan kepala ke arah Elero. Kenapa? Sebab diorang tahu dia ketua Black Mamba.

"We greet the leader!" kata semua ahli Black Mamba itu. Kepala masih elok memandang tanah.

"Oh? Orang-orang Black Mamba rupanya?" kata Elero tanpa reaksi.

Hell turut memberi hormat walaupun dia lebih tua daripada Elero. Kepalanya ditundukkan sedikit lalu dia kembali memandang lelaki itu.

"Angkat kepala korang semua." arah Elero sepatah, lalu mereka mengangkat kepala.

"Sekarang aku ada soalan... Apa yang korang buat ni?" soal Elero. Matanya menikan anak mata mereka tajam.

"Erm..." tidak ada satupun dari mereka yang berani membalas kata-kata ketua. Elero kini memandang Hell yang berdiri tidak jauh di sampingnya.

"Hell, mind to tell me? What the hell are you doing right now?" soal Elero.

"As you can see, I'm trying to protect Eliora." jawab Hell serius.

"From?"

"Ayrnight."

"Haa..." nafas berat dihembus. "All of you, retreat. Go back to your place." arah Elero kepada semua ahli Black Mamba di situ. Mereka akur dengan arahan ketua lalu pergi meninggalkan tempat itu.

"Aku dah bagi tahu kau kan? Jangan risau pasal Eliora, dia akan selamat bersama suaminya." kata Elero.

"Selamat kau kata? Kau tak boleh jamin pasal hal tu. Dan dari awal aku memang menentang perkahwinan mereka, jadi jangan cakap aku tak bagi tahu kau." balas Hell serius.

"Aku tahu. Tapi aku nak kau berhenti ganggu diorang. Biarkan diorang hidup bahagia. Lagipun Ace dan Eliora dah kahwin. Let them be." kata Elero cuba memujuk lelaki dingin itu.

"You know me, I won't." jawab Hell serius. Tua-tua pun masih nak melawan.

Mendengarkan jawapan Hell, tangan Elero terus mengambil sesuatu dari dalam poket jacketnya. Sepucuk surat yang kelihatan sudah agak tua. Lalu gulungan surat itu dihulurkan ke Hell. Lelaki itu hanya memandang sepi sebelum menyambut huluran itu.

"Read it." kata Elero sepatah.

Tanpa banyak tanya, gulungan surat itu dibuka dan dibaca. Terus matanya membulat. Ini... Surat daripada Aaron dan Elena? Selepas dia selesai membaca surat itu, dia menggulungnya kembali. Mata memandang Elero.

"So? Kau dah faham sekarang ni kan?" kata Elero kepada Hell.

"Is this true? Kenapa sekarang baru kau tunjuk benda ni?" soal Hell.

"Sebab papa cakap gunakan benda ni bila perlu. Dan aku rasa sekarang ialah masanya." jelas Elero perlahan.

"Biarkan adik aku hidup atas kemahuannya. Biarkan dia hidup dengan siapa yang dia nak. Kau sendiri baru baca kan? Apa yang papa mama cakap. Aku minta tolong dengan kau. Kalau betul Eliora dalam bahaya, di saat itulah kau boleh ambil tindakan." katanya lagi.

Hell tidak berkata apa. Dirinya membisu seketika. Apa yang dikatakan oleh Elero sebentar tadi difikirkan olehnya.

"... Fine. Tapi dengan syarat. Kalau nyawanya dalam bahaya, aku takkan teragak-agak untuk bertindak." kata Hell serius.

"Nampaknya kita dah ada persetujuan." balas Elero.

"Kejap! Saya tak faham!" kata Elice tiba-tiba.

"Apa yang kamu tak faham, Eliora?" tanya Elero lembut.

"Banyak benda sebenarnya. Tapi saya nak tahu... Apa dalam surat tu? Surat tu... Dari papa mama? Nak baca juga." soal Elice.

"You can't read it, not now I mean."

"Dah kenapa saya tak boleh baca? Uncle Hell, give it to me." kata Elice sambil cuba mencapai surat itu. Hell mengangkat tangannya ke udara.

"Just like what Elero said, not now. So please stop." jawab Hell.

"Dahlah tu, Elice. You akan baca surat tu bila dah sampai masa, okay?" pujuk Elero.

"... Kalau macam tu, baiklah." akhirnya Elice mengalah.

"Korang pergilah balik Amerika. Aku tahu susah untuk bergerak kat Malaysia ni." kata Elero kepada Flex.

"We will. But Elero, you own me an explanation, right? Leader of Black Mamba?" kata Flex kepada Elero.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 47 done 🖤 Kindly support me :)

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now