𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 45

Start from the beginning
                                    

"Pasti atau tak, lepas benda tu terbongkar, anjing tu tetap akan suruh aku uruskan. So buat masa sekarang, aku akan pura-pura taat dengan babi tu." kata Wolv tenang walaupun mukanya pucat dan berdarah.

"Dah tu kenapa kau tak mengelak? Kenapa masih biarkan diri kau kena layan macam tu oleh dia?" tanya Rio hairan. Selalunya Wolv tak cedera teruk macam ni.

"Haha... Tak seronok kalau aku biarkan anjing tu mati sekarang. Permainan aku, peraturan aku. Dia tak sedar selama ni dia berada di bawah tapak kaki aku." kata Wolv dengan senyuman sinis. Cukup seram kerana mukanya yang berlumuran darah.

"Aku memang tak peduli pasal orang tu, sama ada dia hidup atau mati. Aku tetap di pihak kau. Tapi aku tak nak kau terlalu paksa diri kau buat apa yang anjing tu suruh." kata Rio.

"Aku boleh bunuh anjing tu bila-bila masa... Dia bukan lagi sesiapa... Sejak awal lagi." kata Wolv tanpa reaksi. Matanya ditutup perlahan.

"Kau rehat je lah dulu. Lepas aku siap rawat luka ni, kau pergilah baring sana." kata Rio yang masih sibuk menyapukan ubat di lengan Wolv.

Tidak ada balasan. Mata memandang ke arah Wolv. Lelaki itu sudah pun tertidur. Sejujurnya, Rio tidak suka melihat keadaan ketuanya seperti itu. You'll pay for what you did, bitch. Kata Rio sendiri.

✧✧✧

Beg bagasi diangkat lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Keadaan sungguh cerah, dan hal itu merupakan petanda baik buat Elice. Harap harini tak hujan.

Flex, Elice dan Fley menaiki kereta yang sama. Xander, Xavier dan Ryuu turut menaiki kereta yang sama. So diorang guna dua kereta. Kaki melangkah menaiki kereta.

"Lice, kenapa you tak nak duduk depan ni ha?" tanya Fley hairan. Lain pula rasanya kalau kakak ipar dia yang duduk belakang.

"It's okay. Lagipun I penumpang je. Korang yang handle." balas Elice.

"Hanya seorang je yang boleh drive. Kau nampak aku tengah pegang stereng?" soal Fley lagi.

"Tapi you pegang pistol kan?"

"Aku... Ya, aku dah faham maksud kau." kata Fley mengalah. Elice hanya tersenyum melihat reaksi Fley.

Memang Fley suruh kakak iparnya duduk di hadapan, tetapi Elice yang berkeras ingin duduk di kerusi belakang.

Telefon Elice berbunyi menandakan terdapat mesej baru masuk. Hatinya berasa tidak selesa. Perlahan dia menekan mesej itu. Ya, ianya mesej daripada lelaki yang tidak dikenali itu.

Unknown :
Kau pergi mana? Aku rasa kau cakap akan menjauh dari Ace Ayrnight? Kau memang cuba uji tahap kesabaran aku?

Elice terkesima. Dirinya terkejut membaca mesej itu. Dia tetap cuba memberanikan diri untuk membalas mesej itu.

Elice :
Berhenti sibuk pasal hal saya. Dan jangan ganggu kitorang lagi.

Unknown :
Jangan sibuk kau kata? Kau tak sedar yang aku sedang cuba jaga kau. Kau bijak, tapi itupun kau tak sedar?

Elice :
Saya tak pernah minta untuk dilindungi. Jadi berhenti ganggu hidup saya dan keluarga saya.

Unknown :
Heh... Keluarga? Diorang bukan keluarga kau. Ayrnight bukan sesiapa.

Elice :
Shut the fuck up. Kau siapa nak kata macam tu? You're not anyone to me.

Unknown :
Satu hari nanti kau akan menyesal sebab tak dengar cakap aku. Aku tanya kau sekali lagi. Kau menjauh dari Ayrnight atau sebaliknya?

Elice :
I would never leave them.

Unknown :
Haha... Not a wise choice. Kau yang pilih, jadi jangan salahkan aku. Get ready.

Mesej itu dipandang lama. Kenapa firasat aku lain macam ah? It's like... Something bad would happen. Reaksi di wajahnya serius.

Tiba-tiba, telefon milik Fley berdering menandakan ada orang menelefonnya. Telefon dicapai lalu panggilan itu disambut. Pembesar suara ditekan.

"Yoo. Kau nak apa, babi?" soal Fley mendatar kepada si pemanggil.

"Simpan sikap anjing kau tu dulu. Kita ada masalah." kata Xavier juga mendatar. Takda masa nak main-main.

"Xavier, what's wrong?" soal Flex serius.

"Ada orang ekori kita dari belakang. Dia betul-betul berada di belakang kita." kata Xavier.

"Kau yakin kereta tu sedang ikut kita?" soal Fley selamba.

"Dari tadi dia kat belakang. Dalam radar laptop Ryuu pun ketara sangat dia sedang ekori kita." jelas Xavier.

Ryuu hanya memerhati radar di laptopnya. Ya, ketara sangat kereta di belakang tu tengah ikut diorang.

"Flex, what's wrong? Kenapa ni?" tanya Elice. Hatinya berdegup laju.

"It's nothing, dear. Just a small matter." balas Flex dengan reaksi tenang. Senyuman diukir di bibir.

Sekali lagi, telefon gadis itu berbunyi menandakan terdapat mesej masuk. Firasatnya tidak baik. Perlahan-lahan dia menekan mesej itu.

Unknown :
Aku ada kat belakang kereta korang.

Elice :
Kau dah kenapa ha?? Jangan cuba buat benda bodoh.

Sungguh dirinya berasa risau pada ketika itu. Tangannya mula menggigil. Risau jika orang itu berbuat sesuatu kepada mereka.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 45 🖤 Kindly vote and do follow me :)

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now