Bab 43

82 5 1
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


TAK sempat aku buka pintu bilik, pintu sudah terlebih dahulu dibuka dari dalam. Nafiz berdiri di muka pintu dengan wajah super risau.

"Sayang... Awak pergi mana? Kenapa keluar tak bagitahu abang? Kenapa tinggalkan phone dalam bilik?" Dia menilik tubuh aku. Risau sekiranya terjadi apa-apa kepada aku.

Aku hanya berdiam diri. Hanya memerhatikan Nafiz yang sedang membebel meluahkan rasa kebimbangannya.

"Boleh tak, kalau nak keluar tu at least inform abang. Tak tahu ke abang risau."

"Mil okay tak ni?" Nafiz menyoal apabila aku terus merenungnya tanpa suara.

"Nafiz!"

Nafiz menjongketkan keningnya. "Ya abang ni. Kenapa?"

Badannya aku tolak masuk semula ke dalam bilik. "I need your explanation."

"Ehhh sayang.."

Badannya aku tolakkan ke sofa. Dia berundur ke belakang apabila aku bergerak mendekatinya.

"Errrrrr... Sayang??"

"Spill..."

Wajahnya nampak blur sangat. Tak faham kenapa tiba-tiba aku jadi agresif begini. "Apa ni? Spill what? Abang tak faham."

"Saya nak tahu semua perkara dari awal sampai habis." Aku mendekati wajahnya. "Saya terjumpa Zill tadi. Saya tahu awak faham maksud saya."

Dia terkejut. Nafiz cuba bangun tetapi aku sekali lagi menolak tubuhnya kembali tersandar di sofa. Aku memanjat tubuh Nafiz dan berlabuh di pahanya.

"Now talk."

Dia menelan liur. "Sekejap sayang. Awak relaks dulu."

"Saya dah cukup relaks. Sekarang cepat cerita. Betul ke lelaki hoodie tu awak? Betul ke awak selalu datang sini dulu untuk tengok saya?"

Dia memegang bahu aku dan menolak supaya aku menjauhinya. "Abang tahu Mil nak sangat tahu pasal benda ni. Tapi abang tak rasa Mil perlu tahu. Yang dah lepas tu biarlah berlalu sayang."

"No. Jangan panggil saya sayang." Aku bangun dari menindihnya. "Kalau awak taknak cerita, saya beli tiket balik Malaysia sekarang jugak."

"No!" Nafiz mengusutkan rambut yang sudah sedia kusut. Matanya naik memandang aku yang dah berpeluk tubuh di hadapannya. "Janganla buat abang macam ni. Mil tak kesiankan abang ke?"

"Tak. Kenapa awak taknak cerita? Saya tak layak tahu ke?"

"Bukan macam tu. Abang cuma taknak ingat benda lama. Kita dah kahwin dah pun Mil."

"Tapi hal ni berkait dengan saya jadi saya kena tahu."

"Benda dah lepas Mil. Takpayahla nak ungkit lagi." Dia mengeluh.

"Apa yang awak sorokkan sampai susah sangat nak bagitahu ni?"

Dia larikan pandangan setiap kali aku cuba menentang matanya. "Abang sorokkan apa? Takda apa yang abang sorok. Abang cuma malas nak ingat kisah lepas."

Dia menarik tangan aku supaya kembali mendekatinya. Dia merangkul pinggang aku. "Tak boleh ke kita move on dan teruskan hidup? Abang taknak ingat semuanya lagi. Sakit Mil."

"Saya nak tahu dari mulut awak. Zill tahu, mama papa pun mesti tahu. Semua orang tahu. Saya ni, hal ni berkait dengan saya tapi saya langsung tak tahu apa-apa. Semua orang suruh bagi awak peluang. Semua orang cakap awak dah banyak berkorban. Tapi what is it!?"

Selalu AdaWhere stories live. Discover now