Bab 9

65 6 0
                                    

°°°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°°°


AKU telan air liur berkali-kali. Gementarnya rasa hanya Allah yang tahu. Macam ni rupanya rasa takut nak menghadap bakal mak ayah mertua. Aku pandang Nafiz yang selesa memandu sambil menyanyi-nyanyi kecil.

Rileknya dia. Oh lupa aku yang kena menghadap bakal mertua bukan dia. Setelah sekian lama kami bersama, akhirnya Nafiz bawa aku untuk berjumpa dengan family dia.

"Nama mummy daddy awak apa?"

"Nama? Kenapa tiba-tiba ni?"

"Nak prepare. Kalau tiba-tiba diorang buat pop quiz saya tak dapat jawab macam mana? Cakap nak jadi menantu mithali." hujung tu aku yang cakap.

"Mummy namanya Aisyah Atirah dan daddy pulak Syariz."

Aku diam. Nafiz pandang aku yang meramas-ramas tangan sendiri. Dia senyum. "Buat biasa je Mil. Takpayah nak gemuruh sangat. Chill. They will like you."

Macam mana dia tahu aku nervous ni? Ok obvious sangat kut aku mengigil. Tapi yakin semacam je parents dia akan sukakan aku. Ada something yang aku tak tahu ke ni?

"Family awak tak kisah ke terima saya?" Nafiz ni kaya orangnya. Aku takut je nanti kami tak boleh bersama sebab tak setaraf.

Nafiz pandang aku sekilas. "Sayang, janganlah takut. Everything will be okay. Trust me."

Aku tarik nafas panjang tapi masih berdebar. Cakap senanglah. Tak payah takut tapi cuba dia jadi aku. Mahunya dia yang menggelabah lebih.
  
"We're here. Come.."

Sibuk sangat berangan sampai tak sedar kami sudah tiba di perkarangan rumah Nafiz. Aku pandang sekitar perumahan Nafiz melalui tingkap. Cantik.

"Milia? Taknak keluar ke?" ahh berangan lagi. Kali ni tak sedar yang Nafiz dah bukakan pintu kereta. Aku tersengih dan mula keluar.

"Jom." aku gagahkan jugak kaki untuk melangkah. Dear myself, good luck. Baca doa banyak-banyak. Harap janganlah depan mertua aku gagap. Janganlah mulut ni lancang sangat nak bersarkastik segala. Mahunya aku kena tendang keluar nanti.





"DAH lama kenal Nafiz?"

"Lama jugaklah auntie. Tapi taklah lama sangat. Cukup saya tahu dia serius."

"Janganlah panggil auntie. Panggil mummy. Lebih dekat lebih mesra..."

Aku tersengih. Nampak gaya macam sporting je. "Baik mummy."

"Korang betul nak serius? Dah betul kenal hati budi masing-masing?" giliran bapa Nafiz pula bersuara. Oh mereka ni bukan seperti mama dan papa. Orangnya serius sahaja. Kalau mama dan papa, time getir macam nilah lagi galak diorang mengusik. Aku tak boleh bayang macam mana kalau ibu bapa kami bertemu untuk berbincang soal majlis nikah kami. Agak-agak parents Nafiz kena culture shock tak nanti?

"Insyaa Allah dah daddy. Fiz sayang Milia.
Fiz nak halalkan dia cepat-cepat. Kalau diizinkan, lepas habis study Fiz terus nak ikat."

"Betul tak menyesal pilih each other?"

"Tak kenal maka tak cinta mummy, daddy. Ni dah kenal maka cintalah. Fiz yakin Milia yang terbaik. Janji takkan menyesal."

"Milia pulak macam mana? Dah cukup kenal hati budi Nafiz? Nafiz ni penakut orangnya. Anak mummy ni banyak sangat kekurangan. Kalau Lia boleh terima, mummy dan daddy berlapang dada terima Milia jadi menantu."

Selalu AdaWhere stories live. Discover now