Bab 18

44 6 0
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


SEKARANG aku berada di hospital. Macam mana entah boleh ada kat sini. Sedar-sedar je dah terbaring atas katil. Tangan aku berselirat dengan wayar. Ceh takdalah berselirat bagai. Setakat wayar untuk masuk air je. Pengsan je kot bukan kena langgar lari pun. Kalau kena langgar, mesti diorang dah duduk keliling aku bacakan Surah Yaasin. Ya Allah lancangnya mulut. Jadi betul-betul Mil, padan muka kau. Waktu ini aku berada di wad persendirian seorang diri. Mana ahli keluarga aku?

"Lia dah sedar?"

Beberapa minit menunggu, datang Abang Mikail dengan kot doktornya. Mungkin dia doktor yang bertanggungjawab untuk pantau aku. Aku menjengahkan kepala ke belakangnya.

"Mama papa takda. Malam tadi mama dah jaga Lia, sekarang ni papa hantar mama balik berehat."

Aku tak mampu bersuara. Tekak rasa perit. Abang Mikail membantu aku duduk dan menghulurkan segelas air. Dia duduk di sisi aku. Tangannya mengusap lembut kepala aku. Abang Mikail mungkin nampak macam tak kisahkan aku, tapi aku tahu dia seorang yang sangat prihatin. Kami dua beradik je. Gila dia tak prihatin pada aku. I'm his only sister kot.

Aku mendongak memandang abang Mikail. "Kenapa Lia kat sini? Mana Nafiz?"

"Lia tak ingat apa yang jadi? Lia lari dari rumah jumpa Nafiz. Lia lupa?"

Aku diam apabila teringat kejadian semalam. Ohh semua tu bukan mimpi rupa-rupanya.

"Kenapa Lia tak makan? Badan Lia lemah sangat. Mama cakap dah hampir 3 hari Lia tak sentuh makanan. Kenapa ni?"

Aku pandang Abang Mikail dengan pandangan kosong. "Takda selera."

"Lia tahukan Lia boleh cerita masalah Lia dengan abang."

Aku diam pandang abang Mikail. Nak jawab sebab Nafiz ke? Sebab lelaki tu aku tak makan? Ke sebab papa? Entahla aku sendiri tak tahu. Malas nak fikir pun ya.

"Haih. Lia jangan macam ni. Papa buat macam tu mesti ada sebab. Lia sabar ya. Banyak lagi lelaki yang lebih baik selain Nafiz. Belajar lupakan semuanya ya."

Aku menunduk. Lupakan? Ya mungkin aku boleh cuba. Tapi mampukah aku? Bagi aku, dialah segalanya. Dah lama kami bersama. Bila dah jadi macam ni, tak mudah untuk aku lupakan segala yang pernah terjadi antara kami. Abang Mikail sekali lagi mengusap kepala aku.

"Lia makan ea. Mama bawak makanan kegemaran Lia tadi. Kalau Lia bosan, abang dah call Janna. Nanti dia datang temankan Lia okay. Abang ada kerja ni. Nanti abang datang lagi. Jaga diri."
 
Aku keseorangan lagi apabila abang Mikail menapak keluar. Aku mengeluh. Pandang kiri dinding. Pandang kanan tingkap. Bosan. Aku main-mainkan setiap helaian rambut yang berjuraian. Sehelai selendang terletak kemas di kerusi sebelah katil. Mungkin untuk memudahkan aku bila orang luar datang melawat?

Tiub air yang bersambung di tangan aku gerak-gerakkan. Kalau aku keluar sekejap, takkan ada orang perasan kan?

           

PUAS rasanya menghirup udara segar di taman hospital. Nyamannya... Rasa macam dah lama sangat tak tengok alam hijau sebab asyik terkurung di dalam bilik. Tenang. Sekeliling aku pandang. Terdapat ramai orang yang turut melepak di situ. Dua orang kanak-kanak lelaki bermain kejar-kejar di taman sambil ketawa riang. Gembiranya mereka.

Aku macam tak percaya kejadian semalam betul-betul jadi. Maknanya memang betullah hubungan kami dah berakhir? Nafiz bukan teman lelaki aku lagi. Walaupun aku benci dia putuskan hubungan kami tapi aku tetap tak boleh nak kikis rasa sayang tu. Belum pun sehari berlalu aku dah mula rindukan dia. Macam mana aku nak biasakan diri tanpa dia?

Selalu AdaWhere stories live. Discover now