Bab 22

43 7 1
                                    

°°°°°°°°°

"You're the definition of happiness."

°°°°°°°°°


ALHAMDULILLAH... Akad nikah antara abang dan kawan baik aku berjalan dengan sangat lancar. Sekali lafaz je uols. Berkat doa hari-hari panggil kakak ipar akhirnya tercapai jugak hasrat Janna jadi kakak ipar betul aku. Hari pun baik. Aku peluk Janna dan dia balas erat. Aku sempat berbisik perlahan padanya.

"Aku doakan hubungan korang kekal hingga ke Jannah ya Janna. Bagi aku anak buah banyak-banyak."

Janna balas dengan kenyitan mata. Aku senyum apabila Janna malu-malu bila Abang Mikail sarungkan cincin ke jari manisnya. Akhirnya pasangan sejoli ni selamat bersatu. Aku gembira sebab hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan. Tak macam aku. Berakhir dengan kekecewaan.

Selesai salam semua mulalah sesi bergambar. Aku mula undurkan diri. Malas nak menyelit antara pasangan tu. Ini hari bahagia mereka jadi aku tak mahu kacau. Cepatnya masa berlalu. Lusa aku bakal berangkat ke England untuk sambung pelajaran. Esok, majlis perkahwinan mereka. Jadi sempatlah aku jadi pengapit.

Apapun selamat pengantin baru abang dan Janna. Buat siapa-siapa yang kahwin hari ni pun selamat pengantin baru ya. Tiber.

         

   
"SEMUA dah ada?"

Aku yang sedang bersantai di atas katil tersentak. Mama masuk ke dalam bilik aku lagi macam hari sebelumnya.

"Dah mama." untuk kali keseratus, aku memeriksa barang-barang yang akan aku bawa esok. England dengan Malaysia bukannya dekat. Kalau tertinggal barang mahunya habis duit nak pos. Dan sediakan telinga untuk mendengar bebelan cinta mama.

"Ubat dah ada? Surat-surat penting? Baju sejuk? Passport?"

Aku ketawa kecil. Ni lagi satu. Dah beratus kali mama tanya benda yang sama. Risau betul tentang aku. Takut kalau ada apa-apa yang tak cukup nanti kesian pula anaknya ni.

"Ya mama sayang. Semuanya dah ada. Mama janganlah risau." aku senyum melihat mama yang sedang susah hati.

Mama mengeluh. "Haihh mahunya tak risau Milia. Anak mama nak pergi jauh kot. Lagi-lagi Lia satu-satunya anak gadis mama." muka mama nampak betul-betul tak rela.

Lengan mama aku usap lembut. "Ya.. Mama,  Lia pergi sekejap je.. Nanti Lia baliklah.."

"Mama tetap nak risau. Nanti dekat sana jaga diri baik-baik. Solat jangan tinggal, Al Quran jangan lupa baca. Jangan nak ikut ikut budaya sana. Aurat ni.." mama membelai rambut aku. "Aurat ni jaga betul-betul. Jangan kena culture shock pula. Kat sana tu macam-macam boleh jadi. Mama tak tau Lia buat apa tapi Allah tahu..."

Aku tayang sengih. "Okay mama... Lia ingat semua pesan mama. Lia janji Lia jaga diri. Tak tinggal solat. Lia akan amalkan segala apa yang mama dan papa ajar Lia selama ni."

Mama memandang aku lama lepastu dia tarik aku masuk ke dalam pelukannya. Aku tersembam ke dada mama.

"Anak mama. Lia... Janganlah pergi... Nanti mama takda kawan.."

Aku tahan ketawa. Sambil-sambil tu tangan aku naik merangkul erat pinggang mama. "Papa kan ada. Rileks la mama. 5 tahun je. Lepas habis, Lia janji Lia balik."

"Hurmmmmm..."

Kami melalui sesi luahan dari hati ke hati. Macam-macam perkara yang kami kongsi bersama. Mama tak putus-putus berikan aku nasihat. Tak lupa juga tips untuk dapatkan bakal menantu mat saleh. Amboi mama, tak dapat Nafiz jadi menantu terus nak mat barat.

Selalu AdaWhere stories live. Discover now