Bab 9

15.2K 1K 65
                                    

SINARAN cahaya matahari yang menerpa masuk ke dalam bilik mengganggu lena Ian. Perlahan-lahan Ian duduk secara tegak. Satu tangan naik menggosok belakang leher. Malam tadi dia tidur dengan hanya beralaskan lengannya di tepi katil Izara.

Matanya tertancap pada Izara yang masih belum sedarkan diri. Jam tangan dikerling, sudah pukul sembilan pagi. Dia lekas bangun, bilik air dituju. Ingin basuh muka dan gosok gigi terlebih dahulu.

Ian memandang wajahnya di dalam cermin. Satu keluhan dilepaskan. Kenapa dia rasa bersalah pada Izara? Kenapa dia letakkan salah Izara hampir diperkosa itu ke atasnya? Kenapa dia rasakan bagaikan Izara itu adalah satu tanggungjawab buatnya? Tanggungjawab untuk menjaga dan melindungi.

Usai itu, Ian keluar dari bilik air. Membulat matanya saat melihat Izara di atas katil sedang menggosok mata. "Izara? Dah bangun?" Laju saja dia labuhkan punggung duduk kembali dihadapan Izara.

"Medina." Serta merta tangan Izara berhenti menggosok mata. Dia memandang Ian dengan wajah hairan.

"Panggil I Medina. Sejak bila you panggil Izara?" sambung Izara. Tiba-tiba saja Ian tukar panggilan namanya.

Izara memandang sekeliling bilik. "Kenapa you ada dekat sini? Macam mana I ada dekat sini?" tanya Izara bingung. Matanya turun melihat tangannya yang dicucuk jarum.

Pertanyaan Izara buatkan dahi licin Ian berkerut melihatnya. "Kau tak ingat apa-apa ke?"

"Ingat apa?" tanya Izara kembali.

Ian duduk merapat dengan Izara. Wajah perempuan itu dia pandang dalam-dalam. "Medina... Kau tak ingat?"

"Ingat tentang apa?"

Jeda. Terdiam seketika Ian dibuatnya. Jadi benarkah satu kejadian semalam pun Izara tidak ingat?

"Apa perkara terakhir yang kau ingat?"

"Semalam... I..." Izara berhenti seketika. Cuma mengingat kembali perkara terakhir yang berlaku semalam.

"I dekat rumah, buat pastri untuk menu baru hotel. Tak ada apa lagi yang jadi lepastu. Macam mana I ada dekat sini?" sambung Izara. Dia masih tidak tahu mengapa dia bangun-bangun saja sudah berada di atas katil hospital.

"Aku panggil doktor sekejap." Tidak membalas pertanyaan Izara, Ian terus bangun dan bergerak keluar memanggil doktor.

Doktor yang bertugas mula memeriksa keadaan Izara. Ian turut keluar dari bilik mahu berjumpa dengan doktor selepas pemeriksaan dilakukan.

"Tunang saya okey ajekan doktor? Tapi kenapa dia tak ingat apa yang terjadi semalam?"

"Melihat keadaan cik Izara tadi, saya dapat simpulkan satu perkara."

"A person would only act like that if they had amnesia, in this case I think your fiancee had dissociative amnesia."

Tersentak Ian mendengar kata-kata doktor tersebut. Amnesia? Hilang ingatankah?

"Ac...active what doctor? Sorry." Dia kurang faham dengan istilah ini semua. Lagipun pula ini bukan bidangnya.

"Dissociative amnesia. Pesakit tidak boleh mengingati maklumat tentang diri dia atau peristiwa dan orang dalam hidup dia, terutamanya pada waktu yang traumatik," jelas doktor itu. Ian hanya tekun mendengar.

"There are several types of dissociative amnesia. Untuk tahu jenis amnesia yang tunang encik alami, I think it's better for us to do MRI scan," syor doktor tersebut. Sekarang-kurangnya, jika lakukan MRI scan terhadap Izara kita dapat mengenal pasti masalah yang Izara hadapi dengan lebih tepat.

See You In A Bit [ TERBIT ]Where stories live. Discover now