Bab 7

14.8K 929 93
                                    

"BUAT apa tu?"

Terus badan dipalingkan ke belakang saat dia disergah. "Ad?" Membulat iris Izara melihat Adlan berada dihadapan mata.

"Tak payah terkejut sangat muka tu." Adlan ketawa. Lucu betul reaksi terkejut Izara.

"Macam mana kau ada dekat sini? Kau buat apa? Kau tahu ke aku dekat sini?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan. Izara masih memandang Adlan dengan reaksi tidak percaya.

"Ni, aku beli barang juga." Tangan yang sedang memegang satu bungkus roti dan telur ditunjukkan pada Izara.

"Kau ikut aku eh?" Izara mengecilkan mata. Banyak-banyak tempat, boleh pula mereka terserempak dekat pasar raya ni.

"Perasannya! Kan aku dah kata, aku beli barang." Adlan membuat muka. Suka hati aje main tuduh dia ikut. Orang datang sini mahu beli makanan.

"Aku jalan, lepastu nampak kau. Tak sangka kau pun dekat sini juga. Bukan kau kata nak try menu baru dekat rumah ke?" Rasanya pagi tadi dia ada tanya Izara mahu buat apa hari ini. Katanya mahu cuba menu baru. Sudah kenapa petang ini Izara ke pasar raya pula.

"Ya. Ni aku beli barang nak masak kejap lagi."

"Ohh..." Adlan mengangguk-anggukkan kepala sambil memandang troli yang penuh dengan barang masakan.

"Papa kau mana? Rumah? Dia sihat ke?"

"Sihat. Siap pergi berjalan lagi tinggalkan aku seorang dekat rumah." Izara menolak troli dan sambung mencari bahan masakan, diikuti dengan Adlan disebelah.

"Dengan mommy tiri kau?" Izara hanya mengangguk menjawab pertanyaan Adlan disebelah.

"Ni, kau dah makan?" tanya Adlan lagi.

"Dah." Izara mengangguk.

"Aku belum. Jom teman aku-"

"Tak boleh. Nanti kalau keluar dengan kau, tak siap kerja aku."

"Ala Medina, jomlah," pujuk Adlan. Buat muka kasihan sekali. Harapnya menjadilah mahu memujuk Izara.

Izara geleng. Dia terus menolak troli dan mahu ke ruangan lain. "Aku gerak dulu tau Ad, bye!"

Adlan menghela nafas, memandang sosok tubuh Izara yang sudah semakin menjauh darinya. "Apa yang susah sangat dengan kau ni Medina?"

Tak apalah, asalkan tadi dia nampak jam tangan pemberiannya dipakai Izara tadi.




IAN yang baru masuk ke dalam perut kereta itu dijeling sekali sebelum dia mula memandu meninggalkan perkarangan rumah orang tua Ian. "Lambat."

"Sorry, tadi tolong mama."

"Tolong mama kau buat apa?"

"Keluarkan kek dari oven."

Mahu saja Zafrel ketawa ketika ini. Kalau mahu beri alasan pun, bagilah yang logik sikit!

"Betullah!" kata Ian tidak puas hati saat melihat wajah Zafrel yang seakan menahan tawa. Memang betul pun yang tadi mamanya ada masak kek coklat.

"Ni, asal tak pergi dengan Kal? Memang suka susahkan aku ke?" Zafrel menyoal sinis. Siapa yang hati kental saja boleh berkawan dengan dia. Mulut bercakap memang tak fikir perasaan orang.

"Sekali-sekala je." Bukan selalu pun dia minta tolong. Zafrel cakap macamlah dia selalu susahkan lelaki itu.

Zafrel yang sedang memandu itu menjeling lagi.

"Tak adalah. Kal dari pagi tak balik lagi. Dia kan kerja," sambung Ian bila lihat wajah tidak puas hati Zafrel saat perlu menghantarnya ke Trinty.

"Yang kau tak reti nak drive sendiri kenapa?"

"Saja. Malas nak drive." Selamba Ian menjawab, sengaja mahu lihat wajah tidak puas hati Zafrel.

"Nanti lepas kau teman aku meeting, kita pergilah minum lepas tu." Ian cuba menyogok Zafrel dengan makanan. Bukan susah pun nak ambil hati Zafrel ni.

"Kau belanja." Ian senyum dan angguk melihat Zafrel sudah green light dengan ideanya.





BARU sahaja tadi Izara menghubungi Encik Aiman. Memberitahu pengembangan menu baru yang diciptanya. Kira-kira setengah jam yang lalu.

Sarung tangan dia letakkan di tepi. Izara memandang pastri yang dibuatnya. Nampak sedap! Harap menjadilah.

Tiba-tiba teringat dekat Adlan pula. Harap lelaki itu tidak merajuklah bila dia tolak mahu teman Adlan pergi makan petang tadi.

Baru saja tangan mahu menghantar pesanan teks ke Adlan, pergerakkannya terbantut saat mendengar seakan pintu hadapan rumah dibuka.

Dahinya berkerut. "Papa?" Papa sudah pulangkah? Tapi kenapa awal? Baru saja sehari lepas Dato' Haqq dan yang lain berangkat ke Langkawi.

"Papa dah balik ke?" Izara berjalan kehadapan. Dalam hati sudah mula ragu-ragu. Betul ke papa dan yang lain sudah balik? Tapi tiada siapa yang ada kunci rumah melainkan papa dan Puan Maria.

"Pa..." Leher dipanjangkan melihat ruangan ruang tamu hadapan yang kelihatan gelap kerana lampu tertutup. Ya lah, dia buat kerja di dapur jadi bahagian depan semuanya gelap.

Tiada orang. Jadinya... siapa yang masuk ke dalam rumah tadi?

"Izara."

Terhinjut kedua bahunya saat namanya disebut. Langsung badannya dipalingkan kebelakang. Seorang lelaki yang memakai serba hitam serta pelitup muka bewarna hitam memandangnya tajam ke dalam anak mata.

"K-Kau siapa?" Izara menelan air liur payah. Macam mana seorang lelaki boleh menceroboh masuk ke dalam rumahnya?

"Izara." Nama itu disebut lelaki itu lagi. Berombak kencang jantung Izara dibuatnya. Siapa lelaki ini? Bagaimana dia ada disini? Macam mana lelaki itu kenal dia?

"Mana kau tahu nama aku?" Perlahan-lahan Izara berundur setapak kebelakang. Telefon di tangan cuba dibuka, dia mahu hubungi orang meminta pertolongan. Dia tidak tahu nombor siapa yang ditekannya, tapi nombor yang paling atas sekali yang dia tekan.

"Izara..." Lelaki itu memanggilnya lagi.

"Jangan panggil aku nama tu!" Dadanya terasa sesak sangat mendengar nama itu disebut berulang kali. Jantungnya mengepam laju dari kebiasaan, dahi mula mengeluarkan titisan peluh. Satu badannya menggigil hebat kerana takut.

"Lama aku tunggu saat ni, Izara." Lelaki itu setapak mendekati Izara yang sedang menjauhkan diri darinya.

"Jangan dekat!" Izara menjerit kuat. Dia takut diapa-apakan oleh lelaki yang jelas-jelas dia tidak kenal siapa.

"Kau nak pergi mana, Izara sayang?" Lelaki itu ketawa sinis. Semakin takut Izara dengannya. Hanya mata lelaki itu saja yang bisa dilihatnya.

"Malam ni, datin dah bayar aku untuk harga kau. Kita enjoy ya, Izara?" Lelaki itu semakin menghampiri Izara sehingga Izara tidak bisa ke belakang lagi. Dinding.

"Jangan sentuh aku!" Kata-kata Izara hanya angin yang lalu. Lelaki itu merentap kasar tangan Izara sehingga Izara jatuh ke lantai.

Izara mendesis sakit. Kepalanya sakit. Matanya ditutup rapat, dia berdoa dalam hati agar dia tidak diapa-apakan.

"Izara, pandang aku."

Air mata mengalir keluar. Badannya ditindih dan nama yang berulang kali disebut itu mengganggunya.

"Izara!" Lelaki itu memanggilnya berulang kali. Seakan sengaja dia lakukan begitu.

"To-Tolong jangan..." Izara menggeleng perlahan.

Lelaki itu sempat menangkap jari-jemari Izara yang sedang menekan-nekan skrin telefon. Lelaki itu toleh melihat telefon di tangan Izara.

Sebuah senyuman sinis terlorek pada bibirnya. "Kau nak call siapa tu?"

Serta merta tangan merampas telefon dari tangan Izara. Skrin telefon Izara dia pandang. "Encik Aiman?" Lelaki itu berdecit halus. Panggilan telefon dimatikan.

Telefon Izara dicampak ke tepi. Dia sambung mengamati wajah Izara dihadapannya. Rambut panjang Izara dibelainya. "Tak apa... kau layan aku dulu ya Izara?"

"Lepaslah!" Dengan kudrat yang ada, dia cuba menolak badan sasa yang menindihnya. Tapi apakan daya, semuanya seperti sia-sia.

See You In A Bit [ TERBIT ]Where stories live. Discover now