PROLOGUE

28.9K 1.3K 19
                                    

SATU jelingan diberikan. Kaca mata hitam yang disarungkan pada kemeja diambil dan dipakai. Satu tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Cukup menunjukkan yang dia tidak suka berada di sini awal pagi.

"Tak perlulah buat muka macam tu. Terasa tau aku," kata Kal-El saat melihat wajah kosong abang sulungnya. Suruh tolong ambil di lapangan terbang je kut. Si abang buat muka macam dia suruh buat jenayah.

"Kau dah ganggu waktu cuti aku." Ian kemudian terus bergerak meninggalkan si adik dibelakang selepas itu.

Kal dibelakang memutarkan bebola mata ke atas. Menyampah dengan perangai abangnya. Bagasinya ditarik dan langkah Ian diikut. "Qash! Tunggulah!"

"Lis mana? Kerja?" tanya Kal sebaik saja sudah memboloskan diri ke dalam kereta Audi Q8 abangnya.

"Kalau dia tak kerja, dah lama aku suruh dia yang ambil kau," balas Ian mudah. Mata masih di atas jalan raya. Kalau saja adik perempuannya itu tidak bekerja hari ini, sudah lama dia suruh gadis itu saja yang ambil Kal. Tidak perlulah dia bangun awal pagi untuk ke lapangan terbang.

"Kau cuti lama ke?" tanya Kal lagi. Bukan apa, abangnya selalu tiada di rumah atas urusan kerja. Mana tahu nanti hilang berbulan pula abang dia ni.

"Sekejap je. Dua minggu."

Kal mengangguk-anggukkan kepala. "Oh okay. Kalau macam tu, boleh tak kita pergi makan? Aku dah lapar-"

Bum!

Kata-kata Kal terhenti ketika ada perlanggaran kereta berlaku dihadapan mereka. Ian membuka kaca mata hitamnya. Kemalangan yang berlaku dihadapannya membuatkan matanya terbeliak besar.

Dengan pantas Ian berhentikan keretanya di seberang jalan. "Eh Qash, kau nak buat apa ni?" soal Kal ketika kereta diberhentikan. Jangan kata Ian mahu tolong. Sudahlah dia lapar, dari malam semalam dia tak makan lagi.

Soalan adiknya disebelah tidak dihiraukan. "Qash!" Ian keluar dari perut kereta dan pergi melihat kereta mewah dihadapannya yang sudah terbabas terkena papan tanda di lebuh raya tersebut.

Disebabkan Ian mula keluar dari kereta, baru ada beberapa lelaki yang lain yang turut sama-sama turun dan lihat keadaan.

Ian membuka pintu sebelah pemandu terlebih dahulu. Seorang lelaki lingkungan 50-an berlumuran darah di kepala. Sebentar... Matanya difokuskan, rupa wajah ini seperti dia kenal.

"Uncle Haqq?"

See You In A Bit [ TERBIT ]Where stories live. Discover now