𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 36

Start from the beginning
                                    

"Pergi makan dulu. Kita cakap nanti, okay?"

Elice tidak membalas malah hanya mengikuti kata-kata abangnya. Dia pergi mengambil sarapan yang disediakan oleh abangnya, lalu dia mengambil tempat duduk di hadapan Elero.

Mata memandang sarapan itu. Terdapat sepinggan salad dan secawan jus oren yang disediakan oleh abangnya. Elice teringat sarapan yang dibuat oleh suaminya. Jujur dia sangat merindukan Flex pada ketika itu.

Tangan mencapai secawan jus oren lalu diminumnya. Rasanya pelik. Selalunya Flex hanya akan memberikan dia minum susu pada setiap pagi. Dan dia hanya akan makan waffle atau pancake sahaja kebiasaannya.

Hanya Allah yang tahu perasaan rindu akan suaminya pada ketika itu. Terutama sewaktu dia diugut untuk meninggalkan Flex, dirinya tidak tahu ingin berbuat apa. Elice Adler ikhlas mencintai lelaki itu.

Nafas berat dihembus, lalu salad di hadapannya dimakan. Elero perasan akan perubahan pada diri adiknya hanya melihat gadis itu sunyi. Sarapan mereka diakhiri tanpa kata.

✧✧✧

Tiga hari telah berlalu sejak peristiwa kemalangan yang menimpa mereka berlaku. Freya juga hampir sembuh.

Suasana di laman belakang itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi burung bernyanyi dan tiupan angin lembut menyapa pipi gadis itu.

Elice duduk sendirian di atas bangku. Otak ligat berfikir tentang ancaman oleh lelaki misteri itu. Esok juga merupakan hari dimana mereka bertiga akan kembali ke Amerika.

Aku nak balik. Aku nak jumpa suami aku. Aku rindu Flex tapi... Kalau aku kembali ke sana benda buruk akan menimpa mereka. Aku tak nak orang yang aku sayang cedera disebabkan oleh aku. Tapi orang tu betul-betul serius?

Tangan pantas mencapai telefon pintarnya dari dalam poket. Nombor Flex didail lalu ditelefon. Panggilannya tidak disambut. Aik? Flex tak pernah tak jawab panggilan aku selama ni. Jangan cakap...?

Flex ditelefon untuk kali kedua. Bunyi deringan telefon menambahkan lagi kerisauan Elice. Jawab... Jawab... Akhirnya panggilan disambut.

"Flex ! Finally you angkat..." kata Elice gembira. Syukur tidak ada perkara buruk berlaku.

"Why you call me, dear? How are you?" tanya Flex.

"Eh I nak call suami I pun tak boleh? You tengah buat apa sekarang?" kata Elice.

"Sekarang I sibuk sikit. I tengah jaga Axce." balas Flex.

Mendengarkan kata-kata Flex sebentar tadi membuatkan matanya membesar.

"Fley?? Kenapa dengan dia??" soalnya pantas.

"Axce tercedera. I pun tak pasti kenapa. Sekarang ni dia kat hospi--"

Belum sempat Flex menghabiskan kata-katanya, Elice telah pun menutup panggilan telefon itu. Jantungnya berdebar-debar memikirkan kata-kata Flex sebentar tadi.

Hanya seorang saja yang terlintas di otaknya. Reaksinya berubah serius. Pantas dia mendail nombor telefon lelaki yang tidak dikenali itu, lalu disambut.

"Elice Ad--"

"Kau dah buat apa dekat Fley?!" soal Elice mendatar.

"Oh, itu. Dia tercedera, bukan? Sekarang ni dia kat hospital." balas lelaki itu kepada Elice.

"Kenapa kau buat macam tu?? Saya dah cakap jangan sentuh orang yang tak bersalah. Jangan libatkan diorang." sambungnya.

"Aku dah kata kan? Sedia dengar berita tentang Axce Ayrnight. Aku rasa esok korang akan balik Amerika, so you better make a wise choice." kata lelaki itu.

"Kenapa you nak sangat I berjauhan dengan Flex? Dia suami I lah, you tak faham?" soal Elice cuba bersabar.

"Suami atau tak, dari awal aku memang menentang perkahwinan korang berdua. Aku tak percaya Elero Adler setuju untuk biar you kahwin dengan Ayrnight." kata lelaki tidak dikenali itu serius.

"I tak peduli pasal pendapat you. I'm in love with Flex." kata Elice mendatar.

"Heh? Love? Kau tak tahu segalanya. Tapi kalau kau tahu, aku tak rasa kau akan terus mencintai orang tu." kata lelaki itu selamba.

"Kalau macam tu, bagi tahu I apa yang I tak tahu. I takkan pernah tinggalkan Flex." balas Elice masih cuba bersabar. Nak je dia baling telefon dia, tapi kena sabar.

"Aku dah kata yang aku tak boleh bagi tahu kau sekarang. Belum tiba masanya, tapi aku nak kau segera menjauh dari Ace Ayrnight." kata lelaki itu.

"Kalau tak, aku akan pastikan kau hilang orang yang kau sayang. Seterusnya aku akan sasarkan Ayris Ayrnight. Mesti kau kenal kan?" sambungnya.

"Jangan sentuh dia. Gadis tu tak tahu apa-apa. Dia langsung tak bersalah." kata Elice tegas.

"After all, she's Ayrnight. Tak bersalah? She's part of mafia and it's the Vipers." kata lelaki tidak dikenali itu. Dari tadi dia kedengaran sungguh tenang.

"Kau jangan libatkan diorang. Hal ni antara kita."

"Kalau aku tak libatkan diorang, kau takkan dengar cakap aku."

"Jangan-- Haih..." nafas beratnya dihembus. Sungguh dia tidak tahu ingin berbuat apa lagi.

"As long as you stay away from Ace Ayrnight, I won't do anything. Just leave him, Elice Adler." kata lelaki itu tegas, lalu panggilan telefon ditutup.

Apa? Tinggalkan Flex? Dia ingat aku boleh hidup tanpa Flex? Kenapa manusia tu memandai suruh aku buat macam tu? Dia ingat dia siapa nak suruh aku tinggalkan suami aku sendiri...?

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 36 🖤 It's a busy week 💀

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now