𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 35

Start from the beginning
                                    

Dengan pantas, pemandu van itu terus memberhentikan kenderaan agar tidak terlanggar dengan lori itu. Mereka bernasib baik tidak terlanggar lori tersebut.

"Ya Allah..." kata Elice terkejut dengan kejadian itu. Tangannya menggigil ketakutan. Matanya tidak berkelip untuk seketika.

Orang-orang Elero yang mengikuti mereka dari belakang terus keluar dari kenderaan, lalu menuju ke arah lori itu.

Elero pantas memeluk adiknya yang agak terkejut dengan peristiwa sebentar tadi. Dia dapat merasakan tubuh gadis kecil itu menggigil.

"It's okay. You selamat. Calm down, Elice." kata Elero perlahan sambil mengusap lembut kepala gadis itu.

"E-Elero... Freya... Dia berdarah..." kata Elice. Suaranya jelas kedengaran menggigil.

Pantas dia menoleh ke arah Freya. Kepala gadis itu cedera teruk sehingga banyak darah mengalir dari kepalanya.

"Freya?? Freya!" kata Elero separa menjerit. Freya tidak membalas kerana dia telah pun pengsan.

"President, dia dah pengsan. Saya dah panggil ambulans." kata pemandu itu.

Elice menutup mulutnya dengan menggunakan tangannya. Matanya mula berkaca melihat keadaan Freya yang tidak sedarkan diri itu. Darah terus menerus mengalir.

"It's because of me..." katanya perlahan.

"It's not you fault. Ambulance coming. Don't worry." kata Elero cuba menenangkan gadis itu.

"No! It's because of me! Ini salah saya! Saya yang salah..." tangisannya pecah. Sungguh dia tidak tahu ingin berkata apa.

✧✧✧

Sudah lebih dua jam Freya berada dalam bilik bedah. Mungkin kerana kepala Freya terhantuk kuat di cermin kenderaan mereka akibat van itu tiba-tiba berhenti.

Elice masih berada di depan bilik bedah itu. Badannya elok disandarkan ke dinding. Dia mengelamun cukup lama. Seperti berada di dalam dunianya sendiri. Itulah impak kemalangan tadi terhadapnya. Terkejut.

Telefonnya berbunyi menandakan dia mendapat mesej baru. Perlahan dia mencapai telefonnya lalu mesej itu dibaca. Matanya membulat.

Unknown :
'I've told you that you would see something you wouldn't hope to see. That's just a little bit, and I guess that she won't wake up for a while. So you still think that I'm lying?'

Sungguh Elice merasa marah dengan tindakan manusia itu. Tangan pantas menelefon nombor yang menghantar mesej tersebut. Tidak disangka, panggilannya dijawab.

"Do you like it, Elice Adler?" kata satu suara garau. Jadi dia ni lelaki lah?

"Kau siapa? Kenapa kau buat macam ni?" soal Elice dingin. Sungguh dia marah dengan tindakan lelaki itu.

"My identity is not important now. I'm pretty sure you know me." balasnya.

"Bagi tahu saya, apa yang kau nak sebenarnya?? Kenapa kau serang orang tak bersalah??" soal Elice mendatar. Tangannya digenggam kuat.

"I've told you. I want you to stay away from Ace Ayrnight. He's dangerous." jawab lelaki itu juga serius.

"Huh? What you know about him? Stop talking nonsense and messing with me. Tak payah nak jaga tepi kain orang lain." kata Elice marah. Siapa tak marah kalau kawan dia pun dah cedera parah.

"Messing around? Heh? This is all for your own good. I do this becaus--"

"Shut the fuck up. Stop give a shit, 'cause i won't too."

"You don't believe me? Ace Ayrnight is horrible. You don't know everything."

"Jadi bagi tahu I kenapa you buat camni?? You tahu tak kawan I hampir kehilangan nyawa disebabkan oleh you??" kata Elice yang sudah hilang sabar.

"No."

"Bagi tahu I cepat."

"Kau tak faham bahasa? Aku tak boleh bagi tahu kau." kata lelaki itu mendatar.

"Kau siapa sebenarnya? Kau faham Melayu juga." soal Elice hairan dengan lelaki itu.

"Macam yang aku cakap tadi, identiti aku tak penting. Yang penting, aku nak kau jauhkan diri dari Ace Ayrnight. Kalau boleh, bercerai dengan dia." sambung lelaki itu.

"Ha? Kau gila? Dia suami I. Kenapa you nak sangat I menjauh dari dia?" balas Elice serius.

"Ayrnight tak sebaik yang kau sangka. Yang kau nampak tu tak semua. Aku bagi kau amaran terakhir. Kalau tak, aku akan pastikan orang yang kau sayang menghilang." kata lelaki itu.

"Jangan sentuh diorang. Jangan libatkan orang yang tak bersalah." kata Elice serius.

"Axce Ayrnight, aku akan pastikan dia menghilang dari dunia ni kalau kau masih berkeras. Kau tak tahu kemampuan aku." kata lelaki itu juga serius.

Elice terdiam seketika. Dia teringat kembali peristiwa sewaktu kemalangan tadi. Dia risau jika orang lain akan terkena nasib yang sama seperti Freya.

"Saya... Tak percayakan awak." kata Elice perlahan. Sungguh dia berasa takut.

"Sedia dengar berita pasal Axce Ayrnight. But it won't be a good news." kata lelaki itu lalu panggilan dimatikan.

Elice turut meletakkan telefonnya. Tetapi badan masih tidak bergerak dari situ. Dia terdiam. Tidak tahu ingin berbuat apa. Tangannya digenggam kuat. Tubuhnya menggigil kerisauan.

Dirinya hanya mampu berdoa agar semuanya akan baik-baik sahaja. Moga Allah mempermudahkan segala urusannya. Sungguh dirinya takut jika orang yang tidak bersalah akan cedera kerananya.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 35 🖤 i dunno what happen. It's ma mind fault :) Enjoy ^^

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now