𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 33

Mulai dari awal
                                    

"Walaikumsalam, my dear. Mak Jah sihat, alhamdulillah. Kamu membesar dengan cantik, Eliora." balas Mak Jah sambil menyambut huluran tangan gadis itu.

"Nenek ingat nama saya?" dia agak terkejut Mak Jah masih mengingatinya. Walaupun sudah bertahun mereka tidak melawatnya.

"Mestilah Mak Jah ingat. Takkan nama cucu sendiri dah lupa pula. Lagipun, kamu dan papa kamu serupa sangat." kata Mak Jah sambil memandang lembut anak mata gadis itu.

"Terima... Kasih." balas Elice dengan senyuman.

"Dan kamu mesti Yaya, bukan?" tegur Mak Jah kepada Freya.

"Ya, saya Freya. Mak Jah ingat lagi nama panggilan saya rupanya." kata Freya. Yaya ialah nama Freya, sebab susah lah nak sebut namanya.

"Mestilah ingat. Nenek terharu sangat bila dapat tahu yang kamu masih bersama dengan diorang. Walaupun keluarga kamu senang." ikhlas Mak Jah mengatakan.

"Adler dah macam keluarga bagi saya. Takkan saya nak tinggalkan keluarga ni." jujur Freya.

"Baguslah tu. Eh tak sedar dari tadi kita berdiri. Marilah masuk." pelawa Mak Jah lembut.

Mereka menerima pelawaan wanita berusia itu dan melangkah masuk ke dalam. Mak Jah mempelawa lagi mereka untuk duduk. Makanan dan minuman turut dihidangkan. Sungguh rindu dia kepada mereka bertiga.

"Business Mak Jah okay tak? Perlu saya tolong apa-apa?" kata Elero.

"Alhamdulillah, perniagaan masih seimbang. Sejak Rina yang urus hal business, kadar pendapat bertambah setiap bulan." balasnya.

Rina atau Erina merupakan kakak kepada ibu Elice dan Elero, Elena. Sejak pemergian adiknya, Erina lah yang menjaga Mak Jah dan menguruskan hal perniagaan.

"Baguslah tu Mak Jah. Saya tumpang gembira." kata Elero dengan senyuman.

"Saya dengar produk Elieza Beauty dah mula dijual kat Eropah." kata Freya.

"Ya. Rina yang usahakan sebab ramai pengguna dari Eropah nak produk tu dijual kat sana. Tak payah lah diorang susah-susah nak minta tempah dari Asia lagi." jelasnya.

Keluarga Mak Jah menjalankan perniagaan produk kosmetik yang bergelar 'Elieza Beauty'. Perniagaan mereka cukup terkenal sehingga membuatkan mereka bergelar jutawan Malaysia dan millionaire.

"Sayangnya, Rina masih tak ditemukan dengan jodoh dia. Risau juga dengan perniagaan ni seandainya kami berdua telah tiada." kata Mak Jah.

"Mak Jah jangan fikir macam tu. Nanti jumpa juga jodoh Aunty Rina." kata Elice cuba menenangkan Mak Jah.

"Sebenarnya, Mak Jah nak serahkan Elieza Beauty kepada Eliora." kata Ezah tiba-tiba.

"Eh...? Saya? Kenapa pula Mak Jah?" kata Elice sangat terkejut.

"Masa mama kamu yang urus perniagaan ni, dia pernah kata nak kamu jadi pewaris seterusnya selepas dia. Rina pun setuju. Dia kata lepas dia dah bersara nanti, dia harap kamu boleh jaga syarikat tu." jelas Mak Jah.

Elice membulatkan matanya. Sungguh dia tidak percaya. Dia sangat tidak ingin menguruskan, malah memiliki mana-mana syarikat perniagaan keluarga.

"Err... Saya... Sebenarnya..." teragak-agak dia bercakap. Berfikir bagaimana hendak menolak.

"Sebenarnya Mak Jah, Elice belum sedia lagi. Lagipun dia masih muda jadi saya peribadi rasa yang masih terlalu awal untuk dia handle syarikat besar sendiri." kata Elero kepada Mak Jah. Dia tahu adiknya ingin menolak pelawaan neneknya sebentar tadi.

"Mak Jah faham. Takpa, kalau kamu dah sedia bagi tahu je. Okay, Eliora?" kata Mak Jah lembut kepada Elice.

Gadis itu hanya tersenyum kecil. Tidak tahu ingin membalas apa.

"Oh ya, macamana dengan hal yang satu lagi?" tanya Mak Jah tiba-tiba. Suasana berubah menjadi agak serius.

"Setakat ni takda masalah. Dah bertahun Black Mamba tak kena serang. Mungkin kumpulan mafia lain betul-betul fikir yang Black Mamba dah takda." balas Elero.

"Baguslah tu. Mak Jah hormati keputusan kamu untuk kekal mendiamkan diri daripada dunia mafia. After all, this is what they want." kata Mak Jah tanpa reaksi di wajah.

Dia yakin Elero tahu apa yang dilakukannya. Selama bertahun selepas kematian pasangan Adler, Black Mamba kekal diam dan tidak beroperasi. Sehinggakan ramai mafia berpendapat bahawa Black Mamba telah dibubarkan dan ketua mereka telah tewas.

Elero mula memikul tanggungjawab ketua Black Mamba pada usia 18 tahun. Dia turut menjadi pemilik business Adler pada usia itu. Ibu bapanya meninggal dunia sewaktu dia berumur 9 tahun.

Sebagai abang, dia turut memikul beban sebagai satu-satunya penjaga adiknya. Dialah yang menguruskan segala hal berkaitan Elice. Freya mula bekerja dengan mereka setahun selepas kemalangan itu berlaku.

Akibat trauma adiknya terhadap hujan, Elero memerlukan seseorang di sisi Elice sepanjang ketiadaannya. Freya turut menjadi ahli Black Mamba kerana taat setianya kepada Adler.

Beberapa jam telah berlalu. Elice, Elero dan Freya menghabiskan masa berbual bersama Mak Jah. Mereka tidak dapat bertemu dengan Erina kerana dia berada di luar negeri.

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Elice, Elero dan Freya melangkah keluar dari rumah itu. Mak Jah mengiringi mereka sehingga pintu pagar.

"Mak Jah akan sentiasa berdoa agar kamu semua selamat. Mak Jah yakin korang boleh hadapi segala cabaran. Just remember, Allah bagi ujian dekat hambanya sebab dia tahu mereka boleh hadapinya. And you guys so strong, the three of you." nasihat Mak Jah kepada mereka bertiga.

"Terima kasih, Mak Jah. Jangan risau, kitorang yakin dapat hadapi segala cabaran yang datang." balas Elero dengan senyuman. Reaksinya tenang.

"Take care of Eliora. God is our light." pesan Mak Jah sekali lagi.

"Eliora ialah keutamaan saya." balas Elero kepada Mak Jah. Wanita berusia itu mengukir senyuman di wajahnya.

Hasta pronto.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 33 with Mak Jah 🖤 Kindly vote and follow :)

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang