𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 30

Start from the beginning
                                    

"Penat kenapa? Bukannya you pergi bunuh orang pun. You duduk je kan dalam pesawat tu? You bergerak pun just nak ke tandas kan?" kata Fley lagi.

"Kenapa you telefon I ni? Baik you bagi i alasan munasabah." kata Elice tanpa reaksi. Sungguh dia kepenatan kerana sudah sekian lama dia tidak berjalan jauh.

"Tak ada. Cuma nak tanya kalau kau dah selamat sampai sana ke tak. Mana tau tak sampai lagi." jawab Fley selamba.

"I dah sampai kat Kuala Lumpur. Esok lepas flight ke Sabah, kitorang akan pergi markas--oops," Elice terdiam seketika. Hampir saja dia membongkarkan rahsianya.

"Hah? Apa you cakap tadi? Markas apa?" soal Fley hairan.

"Maksud I markas Adler hah itu." kata Elice meleret.

"Hm. Yelah. Elok-elok dekat sana. Jaga keselamatan kau." kata Fley. Aik bertimbang rasa juga dia eh.

"I tahulah. You pun elok-elok. Ada lagi you nak cakap? I nak tidur kejap ni."

"Tak ada dah. Rest well. Blah dulu." kata Fley lalu panggilan telefon itu ditutup.

Fuh nafas leganya dihembus. Hampir terbongkar rahsia aku tadi. Kalau lah aku terlepas cakap tadi memang ketahuan dah. Telefon diletakkan kembali. Matanya ditutup perlahan.

✧✧✧

Di Amerika...

"Weh korang dengar apa Lise cakap tadi kan?" kata Fley selepas menutup telefonnya.

"Dia ada cakap pasal markas. Itu yang aku dengar." kata Xavier.

"Ace, kau betul-betul fikir keluarga sebenar yang memimpin Black Mamba ialah Adler?" kata Xander.

"Itu pendapat aku. Tapi aku pasti dengan sangkaan aku. Aku yakin keluarga Deadler bukan nama sebenar mereka." kata Flex.

"Apa yang buat you fikir macam tu?" tanya Xavier.

"Dokumen. Masa aku masuk ke markas Vipers hari tu, aku ada terbaca dokumen pasal 'The Three Snake Mafia'. Di situ aku ada jumpa nama keluarga Adler, di bahagian Black Mamba." jelas Flex.

"Yang peliknya, dokumen tu tak tulis pun siapa pemimpin sebenar Black Mamba. Hanya nama Deadler yang ditulis, sehinggalah tiba-tiba muncul nama Adler. Sayangnya, dokumen tu tak lengkap. Aku rasa sebahagian dokumen tu disimpan di tempat lain." sambungnya.

"Tapi kan, aku rasa ketua Black Mamba dah meninggal. Sejak beberapa tahun terakhir ni diorang tak bertindak. Mungkin dah bubar agaknya." kata Xavier.

"Siapa tahu kan? Mungkin diorang sengaja tak buat apa-apa lagi supaya mafia lain fikir yang diorang dah bubar." kata Fley. Dia sambung menguyah biskutnya.

"Kita tak boleh buat kesimpulan dulu. Aku akan pergi ke markas utama Vipers untuk cari maklumat pasal hal ni nanti. Kita tetap perlu pastikan yang Black Mamba memang dah takda atau diorang just stay silent." kata Flex serius.

"Tapi kan Ace, kalau betul-betul Adler tu pemimpin sebenar Black Mamba kau nak buat apa?" soal Xavier.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, Elice kan ahli keluarga Adler. Jadi kalau diorang betul-betul ketua Black Mamba, tandanya korang akan jadi musuhlah?" kata Xavier.

Flex terdiam seketika selepas mendengar kata-kata Xavier sebentar tadi. Dia sendiri tidak tahu ingin berbuat apa. Sudah tentu dia tidak sanggup bermusuhan dengan gadis yang dicintainya. Lebih tepat lagi isterinya sendiri.

"Tak...," ayat Flex tidak disambung.

"Tak? Tak apa?" soal Fley.

"Aku dan Elice takkan pernah jadi musuh. Aku takkan cederakan dia dan aku takkan biarkan sesiapa sentuh dia." kata Flex sambil memandang mereka.

"Jadi... Kau betul-betul dah jatuh cinta dekat Elice Adler?" kata Xander yang sedari tadi hanya diam.

"That's it," kata Flex cukup serius.

Mereka semua terdiam dan hanya kaku memandang Flex. Ini kali pertama lelaki itu mengatakan bahawa dia menyukai gadis yang dipergunakannya.

"Aku dah agak dah." kata Fley dengan gelak tawanya.

"Apa yang kau dah agak?" soal Xavier hairan.

"Dari awal aku dah tahu yang abang aku memang akan jatuh cinta dengan Lise," jawab Fley dengan senyuman.

"Hah?" soal Flex pula. Keningnya diangkat sebelah.

"Sebab aku ada mata yang boleh nampak semua kebohongan. Haha. Percaya tak?" kata Fley gurau.

"Axce," kata Flex sepatah. Agak dingin.

"Okay, tak. Yang tadi tu gurau. Actually sebab, aku tengok cara kau pandang Lise lain dari yang lain." kata Fley yang mula serius.

"Aku tak fahamlah. Terangkan lebih mendalam." kata Xavier pula.

"Kan dulu kita dah pernah guna banyak perempuan sebelum Lise. Tapi Ace just pandang diorang sebagai alat untuk dipergunakan. Tapi bila dia pandang Lise, aku perasan yang pandangan Ace berubah. Cara dia pandang Lise tak sama macam dia pandang perempuan lain. Dah faham?" jelas Fley yang sangat teliti. Xavier mengangguk perlahan selepas cuba memahami.

"Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku masa tu. Tak sangka aku boleh jatuh cinta dekat gadis yang aku tipu dan pergunakan." kata Flex mengakui perasaannya.

"Tak apalah bro. Perasaan tu bukannya kau boleh kawal. Allah dah tentukan jodoh kau dengan Lise. So kau kena jaga dan lindungi dia. Lagipun kau dah libatkan dia dalam dunia gelap kita." kata Fley kepada abangnya.

"Aku hampir terlupa pula pasal Cobra." kata Xavier pula. Kini Cobra sedang memburu Elice memandangkan gadis itu ialah satu-satunya kelemahan Flex.

"Jadi Ace, kau dah tahu siapa yang dah langgar kereta Adler waktu tu?" kata Ryuu yang diam dari tadi.

"Eh, Ryuu ada kat sini jugalah? Lupa pula kau wujud." kata Fley dengan senyuman lebar. Ryuu tidak mempedulikan Fley.

"Tak. Belum lagi. Aku masih tengah siasat pasal hal tu. Aku mesti cari orang yang dah langgar arwah Adler. Sebab diorang jugalah yang dah buat Elice trauma." balas Flex kepada Ryuu.

Semua terdiam seketika. Memang betul. Disebabkan hal itu, tercipta lah trauma Elice Adler terhadap hujan.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Finally reached chap 30 🖤 Kindly vote and follow me ^^ And thanks for 1k reads !

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now