𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 26

Start from the beginning
                                    

"I just wanna say..."

"Lice, please! My bad okay?? Aku mengaku salah." kata Fley dengan pantas sekali lagi. Mampus aku kalau Ace tahu aku mention nama Wolv tu.

"Shut up for a while, Axce. Aku nak dengar sendiri dari Elice apa benda bodoh yang kau dah buat." kata Flex dingin.

"Actually, Fley cakap nak... Belanja I Porsche satu sebagai hadiah hari jadi I nanti." kata Elice dengan senyuman lebar.

What the... Seriously Lice? Mata Fley terbuka luas memandang kakak iparnya.

"Seriously? Bila masa kau jadi baik sangat ni sampai nak keluarkan duit? Even nak masuk tandas pun guna duit aku." kata Flex. Dahinya dikerutkan memandang adiknya. Sungguh dia tidak percaya.

"Kan Fley?" sambung Elice sambil memandang wajah adik iparnya yang sedang kaku itu.

"Ahaha ya betul lah tu. Porsche? Berapa? Satu? Ya haha." balas Fley dengan senyuman paksa. Fake smile.

"Tapi I cakap takyah susah-susah belikan I kereta. Bukannya I drive pun. So yeah. There's no need." sambung Elice lagi.

"Jadi you tak nak lah?" kata Fley lagi.

"Yes. Tak perlu." kata Elice. Aku ni tak lah jahat sangat macam yang kau sangkakan.

"Alhamdulillah. Ya, you takyah susah-susah drive." kata Fley. Nafas lega dihembus. Fuhh. Selamat duit aku.

"Jarang budak ni nak belanja orang lain. Tapi kalau you memang nak Porsche, i boleh belikan. Berapa you nak?" tanya Flex kepada isterinya.

"It's okay. Macam yang I cakap, I tak drive." balas Elice dengan senyuman.

"By the way, boleh saya nak keluar kejap harini?" kata Elice lembut.

"Where are you going, my dear?" kata Flex juga lembut.

"Saya nak jumpa abang saya kat pejabat dia. Dah lama kami tak berjumpa." kata Elice.

"Okay. Tapi I ikut you." sambung Flex.

"Tak apa. I boleh pergi sendiri." kata Elice menolak pelawaan Flex.

"Kalau camtu Axce ikut you."

"It's okay. Tak perlu. I betul-betul boleh pergi sendiri. Tak perlu ikut I." kata Elice yang masih berusaha menolak.

Fley memandang wajah kakak iparnya tanpa kata. Dia tahu mesti ada sesuatu yang Elice dan abangnya ingin bincangkan sampai Elice tidak ingin diiringi sesiapa.

"I takkan bagi you keluar tanpa ada i atau Axce." tegas Flex mengatakan.

"It's really okay, Flex." kata Elice masih cuba memujuk suaminya.

"No, my dear. Axce akan ikut you. Kalau tak, I sendiri akan ikut you. So how?" kata Flex tegas.

"Fine then. Fley akan ikut i." akhirnya Elice mengaku kalah.

Sejak kebelakangan ini suaminya berkelakuan agak overprotective dan possessive terhadap dirinya. Macam yang lelaki itu katakan sebelum ini.

"Good girl." kata Flex dengan senyuman.

Sejujurnya dia memang tidak ingin gadis itu keluar tanpanya. Tetapi dia tidak boleh halang jika isterinya ingin berjumpa dengan keluarganya. Apatah lagi, satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal.

✧✧✧

Flex berlalu pergi dari situ menuju ke syarikatnya. Manakala Elice dan Fley akan pergi ke syarikat milik Presiden Adler, iaitu abang kandung Elice.

Kereta Ferrari milik Fley laju memecut di jalan raya. Elice pula elok duduk di sebelah Fley, iaitu di tempat duduk penumpang hadapan.

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya mereka tiba di hadapan syarikat utama Adler itu. Tidak dinafikan, syarikat itu sungguh besar.

Ukuran binaannya lebih besar berbanding bangunan lain kerana itu ialah bangunan utama. Kemewahan syarikat itu sungguh jelas walaupun hanya pandangan dari luar. Apalagi kat dalam nanti.

"Besar juga syarikat ni eh." kata Fley sambil memandang atas bawah bangunan mewah itu.

"Takkan you tak biasa? Setahu i binaan syarikat korang memang dah besar pun." kata Elice.

"Betul lah juga. Tapi ini pertama kali I datang sini. I tak pernah masuk syarikat Adler lagi." sambungnya.

"Jomlah masuk. I tak selesa orang pandang kita dari tadi." kata Elice yang menyedari bahawa mereka dipandang oleh orang sekeliling.

"Yea, jomlah masuk. Telinga I sakit dengar orang gossip pasal I. Tahulah I hensem." kata Fley dengan bangga.

Mereka kemudiannya melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Sebaik sahaja masuk, semua pekerja di sana terus menundukkan kepala mereka kepada Elice sebagai tanda hormat.

Elice tidak bereaksi malah hanya meneruskan langkahnya ke lif VVIP. Sebab itulah dia tidak suka datang ke syarikat. Nanti kena hormat segala bagai. Lepastu sentiasa kena pandang orang. Entah apa yang menarik sangat. Haih.

Fley hanya mengekori Elice dari belakang. Mata masih meneliti dalaman syarikat itu. Sangat mewah, tidak dapat dinafikan lagi.

Pintu lif dibuka, lalu kaki melangkah keluar dari dalam lif. Mereka tiba di tingkat khas untuk presiden sahaja. Di sana, mereka disambut oleh Freya iaitu pembantu peribadi Elice.

"Long time no see, Elice." sapa Freya ramah.

"Long time no see, Freya." balas Elice dengan senyuman. Fley hanya elok memerhati. Kening diangkat sebelah. Sape perempuan ni?

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 26 🖤 Support me by vote and follow me ^^ I'm going to reveal Elice's secret in the next chap hehe ><

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now