Terdiam terus Tengku Rayyan Mikael. Terasa ke?

Makanan dalam pinggan Tengku Rayyan Mikael. Separuh je dia makan? Tak sedap ke? Makanan dah la mahal. Membazir je bayar mahal mahal.

"Kenapa tak habiskan makanan awak?"

"Tak sedap."

"Seriouslah tak sedap?" terus sahaja sudu dicapai. Makanan milik Tengku Rayyan Mikael dicedok sedikit lalu dibawa ke mulut. Tak malu sungguh. Ahh lantak lah. Suami aku jugak.

"Sedap je saya rasa. Apa yang kurang?"

"Entah. Tak kena dekat tekak aku. Tak sedap la."

'Susah jugak eh tekak orang kaya ni. Dah makan dekat restoran mewah pon still tak kena dengan tekak. Macam-macam'

Sedang mereka berdua menghabiskan sisa-sisa baki makanan, tiba-tiba seorang pelayan yang melalui meja mereka tersungkur, habis tertumpah segelas air yang ditatangnya terkena pada baju Tengku Rayyan Mikael.

"Woi, buta ke? Kau tak nampak ke? Jalan pakai apa? Pakai hidung?" tengking Tengku Rayyan Mikael. Habis bajunya basah terkena segelas air oren.

"Maaf Tuan. Saya betul-betul tak sengaja. Saya minta maaf sangat-sangat Tuan. Saya akan bayar ganti rugi."

"Maaf? Senang kau kata maafkan. Kau tahu tak harga baju aku berapa? Entah-entah gaji setahun kau pon belum tentu mampu ganti baju aku." Tengku Rayyan Mikael masih menyinga.

Pelayan yang bersalah itu masih lagi meminta maaf.

"Where's your manager!? Call him. I want to talk with him. NOW!!!" Baru sahaja pelayan itu ingin bersuara meminta simpati, Iris Medina mencelah.

"Kan dia dah kata dia tak sengaja. Tak perlu nak marah tengking-tengking macam ni. Kita pon dah nak balik dah kan."

"Is there any problem, Sir?" tiba-tiba mereka disapa oleh seseorang. Pengurus restoran mewah ni la kot.

"You manager dekat sini ke? You tengok apa yang staff you dah buat. Macam mana you ambil staff ni? Pandai ke tak pandai buat kerja? Sampai tumpah macam ni."

"Saya dari pihak restoran minta maaf atas semua yang dah jadi. You don't have to pay for your food today. Saya akan ambil tindakan yang sewajarnya atas staff restoran kami." Kata Pengurus manager restoran mewah tersebut. Tengku Rayyan Mikael terus beredar. Iris Medina yang terkejut terus mengejar Tengku Rayyan Mikael hingga ke pintu kereta. Tengku Rayyan Mikael ditahan.

"KAU NAK APA?" tengking Tengku Rayyan Mikael. Tersentak Iris Medina. Seumur hidupnya tak pernah lagi dia ditengking sedemikian. Nasib baik tak ada orang. Kalau ada, tentu dia malu.

Iris Medina dan Tengku Rayyan Mikael bertentang mata. Tak ada siapa yang ingin mengalah. Iris Medina dengan perasaan terkejutnya, Tengku Rayyan Mikael dengan perasaan marahnya.

Akhirnya, Iris Medina mengalah. "Awak tunggu sini dulu." Iris Medina terus berlalu masuk ke dalam restoran mewah itu semula.

Iris Medina terus melangkah hingga ke kaunter restoran mewah tersebut. Dari jauh dia lihat pelayan sebentar tadi sedang dimarahi oleh pengurusnya. Iris Medina jatuh kesian.

"Awak buat kerja macam mana eh? Sampai tumpah habis kena customer. Kalau tak pandai buat kerja, tak payah kerja. Duduk je rumah. Angkat dulang air tu pon susah ke?"

"Saya minta maaf Kak Leen. Saya betul-betul tak sengaja."

"Awak ingat dengan minta maaf tu boleh settle masalah? Bulan ni gaji awak saya potong. Bayar ganti rugi makanan customer kita."

Iris Medina berdehem. Pelayan dan pengurus bernama Kak Leen menoleh. Pelayan tersebut masih menunduk, tak berani nak angkat muka lepas kena marah.

"Tak perlu potong gaji dia. Dia tak sengaja. Mana resit makanan tadi, saya bayar."

"Eh, tak perlu Puan. Pihak kami yang salah." Kata Pengurus Leen.

"I'm insists. Keluarkan resit, saya bayar. Jangan potong gaji dia."

"B..baik puan. Saya generate resit dulu ya."

Pelayan yang tadi menunduk saja mula mengangkat muka.

"Terima kasih Puan. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak sengaja tumpahkan air dekat baju Tuan tadi."

"It's okay. Benda kecil je. Lepas ni hati-hati ya." Selepas sahaja Iris Medina berkata begitu, barulah wajah pelayan tersebut ceria sedikit.

Selang beberapa saat, Pengurus Leen datang beserta resit. Selepas membuat pembayaran Iris Medina ingin berlalu tetapi dia pusing kembali menghadap Pengurus Leen.

"Ada wet tisu tak?"

"Wet tisu tak ada, Puan. Tapi kalau Puan nak, kita boleh basahkan napkin. Sekejap ya saya ambilkan."

Selepas mendapat napkin dan mengucapkan terima kasih, Iris Medina berlalu ke kereta. Dilihatnya Tengku Rayyan Mikael masih berdiri di luar sambil bersandar di luar kereta sambil berpeluk tubuh.

'Dengar pula cakap aku suruh tunggu. Tapi kenapa tak tunggu dalam kereta je?'

Wajah Tengku Rayyan Mikael langsung tidak dipandang.

"Kau pergi mana? La..."

Belum sempat Tengku Rayyan Mikael menghabiskan kata-kata, dia terkaku dengan perlakuan Iris Medina. Napkin tadi dilalukan dekat blazer dan kemeja Tengku Rayyan Mikael. Kesan tumpahan air tadi dilap.

"Budak tadi tak sengaja. Tak perlu lah awak nak marah dia sampai macam tu sekali. Kesian dekat dia. Yang tumpah dekat baju awak ni air je. Boleh lap, boleh basuh. Nanti balik, saya tolong cucikan. Kalau awak takut rosak, awak hantar je dobi, dry clean. Awak kan lebih dari mampu. Tak perlu awak nak hina budak tu sampai macam tu sekali. Sekurang-kurangnya dia usaha cari rezeki yang halal. Manusia ni tak sempurna awak. Selalu buat silap. Kita pon banyak buat silap. Siapa kita nak hina, judge orang lain. Kalau ada salah, kan boleh tegur baik-baik. Okay dah siap. At least tak nampak sangat dah kuning air oren dekat baju awak ni. Nanti balik, tinggal cuci je."

Senyap. Sunyi.

'Eh, diam je mangkuk ni. Selalu ada je dia nak bidas.'

Iris Medina mendongak untuk melihat wajah Tengku Rayyan Mikael. Tengku Rayyan Mikael tengah merenung tajam Iris Medina. Tak ada sepatah kata pon yang keluar dari mulut mereka berdua. Keliling langsung mereka tak hiraukan, bagai hanya mereka berdua yang berada di situ. Macam didunia ciptaan mereka sendiri.

Tak tahan berlama memandang mata Tengku Rayyan Mikael yang persis helang itu, Iris Medina menunduk.

"Kenapa awak tak tunggu dalam kereta?"

Tiada jawapan.

Seminit, dua minit, tiga minit.

Tengku Rayyan Mikael yang bagai tersedar berdehem.

"Masuklah cepat. Dah pukul berapa ni."

Tengku Rayyan Mikael terus masuk kedalam kereta. Walaupun soalan Iris Medina belum terjawab, dia akur. Perjalanan mereka ke pejabat hanya ditemani dengan lagu-lagu dicorong radio. Namun, bagai tiada guna. Mereka masih didalam dunia ciptaan mereka sendiri. 

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now