𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 09

Start from the beginning
                                    

Elice berada di library yang selalu dikunjunginya. Namun dia berasa kurang selesa. Kenapa? Sebab manusia ini berada di sampingnya. Apasal Fley ni ikut sekali? Dah tiga minggu dia tiap-tiap hari menemani Elice. Itupun masih ada rasa awkward.

"Berapa lama you nak ikut I ni? Tak boleh ke you biar I pergi sendiri?" soal Elice. Dahinya dikerutkan memandang Fley.

"Ace yang suruh." Fley berhenti seketika. "Tak boleh. You bawah pengawasan I selama Ace takda." jawab Fley sambil melihat-lihat buku di rak itu.

"Hm." Elice memasang raut wajah datar. Otaknya ligat berfikir cara supaya lelaki ini pergi meninggalkannya sendirian. 

Aha !  Bingo.

"Fley, you tahu? Tadi ada orang-orang berbaju hitam cari you kat depan sana. Tu sana." kata Elice cuba memperdayakan Fley.

"Serius ah?" ujar Fley yang termakan kata-kata Elice.

"Ya betul. Diorang cari Axce." kata Elice yang kini kedengaran agak serius.

"I pergi tengok dulu. You jangan pergi mana-mana tanpa I, okay?" Fley terus membuka langkah meninggalkan Elice.

Dia betul-betul tertipu? Elice membulatkan mata. Kesempatan ini diambilnya untuk melarikan diri daripada Fley. Rimas gila kena ikut sana sini. Macamlah aku ni penjenayah nak kena awas.

Elice melangkah keluar dari library itu menggunakan jalan di pintu belakang. Dia menaiki teksi yang kebetulan limpas untuk melarikan diri dari situ.

Sedari termakan umpan Elice, Fley terus berlari ke tempat dia meninggalkan gadis itu. Sungguh dia berasa terkejut. Tak sangka dia kena tipu. Yang dia percaya cepat sangat tu pahal? Nombor telefon Flex terus didail.

"Ace." kata Fley perlahan. Habislah aku. Ace tu pandai makan orang kalau marah, fikirnya sendiri. 

"Kenapa aku rasa macam kau ada berita buruk ni? Cepat cakap." ujar Flex dingin. Dia cukup kenal dengan gaya adiknya. Mesti ada sesuatu telah terjadi. 

"Lice hilang. Dia perdayakan aku cakap ada orang cari aku. Aku pergi tengok tak ada pula. Bila aku datang balik, dia pula yang hilang." kata Fley jujur.

Nafas berat Flex dihembus. Macam mana kalau dia kena culik? Aku masih belum jadi Ketualah.

"Kau cari dekat sekeliling sana. Aku minta tolong Ryuu hack CCTV. Ada apa-apa terus bagi tahu aku. Cukuplah buat benda bodoh, Axce." arah Flex sebelum panggilan itu terus dimatikannya.

"Aik?? Bini dia yang tipu, aku pula yang kena." rungut Fley sebelum dia terus pergi mencari Elice.

Ryuu menoleh ke arah Flex apabila dia mendengarkan kata-katanya sebentar tadi. 

"Ryuu, cari Elice. Hack apa yang patut." ujar Flex serius.

Ryuu hanya mengangguk lalu terus membuka komputer ribanya untuk menghack. Kekunci ditekan. CCTV digodam. Beberapa minit kemudian, akhirnya muncul kelibat Elice.

"I found her." kata Ryuu sambil menunjukkan skrin komputer ribanya kepada Flex. Rupa-rupanya isterinya berada di situ, di syarikat milik Ayrnight. Flex dengan pantas terus menghubungi Elice.

"Dear, you ada di mana?" soal Flex mendatar namun nada lembut tetap kedengaran. 

"I dekat syarikat you. Erm... I nak tengok pejabat you. Boleh I naik?" jawab Elice bersahaja.

"Axce mana?"

"Itu... I tinggalkan dia?"

"... Naik sini. Guna lif VVIP." kata Flex selepas beberapa saat.

"Okay." panggilan dimatikan. Kakinya terus melangkah menaiki lif ke pejabat Flex.

✧✧✧

Elice melangkah masuk ke dalam pejabat Flex untuk pertama kalinya. Elice mengambil tempat duduk selepas dipelawa oleh Flex. 

"Kenapa you tinggalkan Axce? You tipu dia?" tanya Flex dengan senyuman. Walaupun dia tersenyum, jelas sekali dia berasa kesal. Kesal sebab Elice langgar arahannya. 

"Dia dah bagi tahu ke? I rasa bersalah, tapi I rasa tak selesa. Dia ikut I tiap hari." balas Elice jujur.

"Itu untuk keselamatan you juga. You dah lupa kejadian lepas?" kata Flex lagi. Elice yang teringat akan hal itu terus memegang bahu kirinya.

Ryuu yang sedari dari tadi hanya menyaksikan dua pasangan itu kekal diam. Malas hendak masuk campur. Dia menyambung kerjanya lagipun dah alang-alang buka komputer.

"I nak ke toilet kejap. You stay sini. Jangan pergi mana-mana." kata Flex memberi amaran. Nadanya lembut tetapi mempunyai ketegasan. Elice pantas mengangguk tanda faham.

Elice melihat sekeliling pejabat itu. Pandangannya dialihkan ke arah lelaki dingin seperti ais itu. Ryuu yang perasan dirinya sedang diperhati itu menoleh kembali.

"What?" soal Ryuu dingin.

"Tak ada apa. Cuma sedikit tertanya-tanya you sedang buat apa." balas Elice. Dia sebenarnya takut tapi cuba memberanikan diri untuk bercakap dengan lelaki itu.

Ryuu tidak membalas. Dia terus menyambung kerjanya dan membiarkan soalan Elice kekal menjadi soalan. Elice tidak menyerah kalah. Dia masih ingin cuba berbicara dengan lelaki itu.

"Ryuu?"

Tiada sahutan.

"Ryuu?" kata Elice untuk kali kedua.

Ryuu tidak membalas. Elice mengerutkan dahi, masih dengan niatnya. Kakinya terus melangkah mendekati Ryuu.

Matanya melihat apa yang dibuat oleh lelaki dingin itu. Ah... Kerja politik rupanya? Pantas dia melabuhkan punggung di sebelah Ryuu. Matanya menoleh ke arah bertentangan.

Elice tidak berminat kalau hal itu berkaitan politik. Bosan. Dahinya dikerutkan memikirkan apa yang eronok sangat pasal benda itu. 

Ryuu sudah lama menyedari yang Elice memang tidak menyukai hal berkaitan politik. Walaupun Elice bijak, kalau pasal politik terus angkat bendera putih. Tak berminat.

"Why? Hate politics?" kata Ryuu mendatar. Masih sibuk membuat kerjanya.

"Dai kirai (大嫌い)" kata Elice mendatar. Duit tu memanglah duit, tapi sebagai gantinya otak kau yang stress. Wajah Ryuu ditolehnya.

Ryuu kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Elice selepas mendengarkan perkataan dalam bahasa Jepun itu. Sudah tentu dia faham. Mixed Japanese-American kut?

"Omae nihongo wakaru? (お前日本語分かる?)" ujar Ryuu tetap dingin. Matanya masih memandang tepat ke anak mata hijau milik Elice.

"Wakaranai (わからない)" balas Elice. Senyuman diukir di bibirnya. Sangat cantik.

Ryuu yang mendengar jawapan Elice terus berpaling. Dia kembali memandang skrin komputer ribanya. Dia agak terkejut gadis itu boleh berbahasa Jepun. Tidak ada sesiapa diantara mereka yang faham bahasa Jepun melainkan Ryuu.

"Sekurang-kurangnya I dapat tarik perhatian you. Harap you boleh aktif sikit supaya I boleh bawa you cerita." ujar Elice sambil tersenyum. Niatnya tercapai.

Ryuu tetap dingin. Wajahnya terlihat ekspresi datar. Dia tahu tidak ada manfaat berkawan dengan gadis itu. Lagipun, Flex akan buang juga dia lepas sudah siap guna, fikirnya sendiri.

"バカ" kata Elice mendatar. Ryuu terus memandang Elice. Terkejut tiba-tiba Elice mencarut.

"Saya gurau jelah haha. Main-main je." gelak tawanya dilepaskan.

Ryuu terus menoleh ke skrin komputernya. Perempuan ni memang pelik. Random. Tapi sejujurnya dia rasa terhibur sikit. She's kinda interesting.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Hii guys :) Done chap 9 ^^ Enjoy !
ありがとうございます!

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now