𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 08

Start from the beginning
                                    

Elice memandang ke arah si penembak. Bukan Flex, tapi Ryuu yang telah melepaskan tiga das tembakan yang membunuh lelaki berkulit gelap itu. Langsung tiada reaksi di mukanya. Tidak ada perasaan.

"You okay?" kata Flex yang cuba menenangkan Elice. Dia tidak sempat membalas malah terus pengsan. Bahu dia kena tembak, lupa?

"Call the doctor. Panggil budak-budak suruh bersihkan." kata Flex sebelum melangkah keluar membawa Elice. Ryuu hanya mengangguk tanda faham.

✧✧✧

Perlahan-lahan Elice membuka matanya. Kini sudah larut malam. Bahunya masih terasa sedikit sakit. Dia teringat kejadian tadi.

"Dah bangun?" kata Flex yang sedang duduk di sofa itu.

Fley, Xander, Xavier, dan Ryuu juga berada di sana. Mereka stay sebab mana tahu geng-geng lelaki tadi datang. Yang peliknya, Florin tiba-tiba di sana.

"Ugh yea." kata Elice sambil cuba untuk duduk. Dia memandang sekelilingnya. Mafia.. For real?

"Luka you tak parah dan takkan meninggalkan parut. Maaf sebab you perlu rasa hal ngeri tu." kata Flex lembut.

"Alaa biasa lah first time kena tembak. Aku pun dulu pengsan kau tau?" kata Fley selamba. Dia dapat rasa dirinya diperhati adiknya. Erk.

"Apa kau nak buat lepasni Ace?" kata Xander.

"Jawab soalan." senyuman muncul di wajahnya. "But before that.. Yes Ayris?" senyuman masih ditayang.

Florin yang sedang melangkah mendekati Flex itu terus berhenti betul-betul di hadapannya. Pistol dihalakan terus ke arah si Abang, Ace. Langsung tiada reaksi di wajahnya.

"Wait, Florin! What are you doing? Don't play with that. It's dangerous." kata Elice. Dia sungguh terkejut budak 18 tahun tu memiliki senjata berbahaya.

"I'm sorry. It's happen all of sudden. I'm sorry, okay?" kata Flex lembut kepada adik perempuannya itu. Dia menurunkan pistol yang dipegang Florin itu menghadap lantai.

Mereka semua hanya menjadi penonton. Bukannya tidak mahu menghentikan tindakan Florin tapi, Flex yang tidak membenarkan pada waktu itu.

Huh.. Florin menghela nafas berat. Pistolnya disimpan. Dia cuba menenangkan diri. Flex tahu yang Florin itu cukup sayang kepada Elice sejak kali pertama mereka berjumpa.

"Sorry. Take care of her, Ace." kata Florin sepatah. Dia berpaling lalu melangkah keluar dari rumah itu.

"Ryuu, please."

Ryuu yang mendengarkan terus mengikuti Florin keluar. Memang selalu Ryuu yang akan temankan Florin pulang.

"Okaylah bro. Aku rasa banyak benda kau nak explain kat bini kau. Kitorang blah dulu." kata Fley sambil melambai-lambai tangannya. Mereka bertiga melangkah keluar dari rumah itu.

Akhirnya hanya mereka berdua. Elice memandang ke arah Flex. Mereka saling berpandangan.

"Can I get explanation?" kata Elice.

"Sure. Ask what you wanna know." kata Flex lembut sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah Elice.

Nak je aku sepak mamat ni gara-gara dia aku kena tembak. Tapi haih aku yang mati kalau cari pasal. Luka aku pun belum sembuh, katanya dalam hati.

"I nak dengar dari A sampai Z. First, kenapa Ryuu membunuh? Kenapa dia pegang senjata?" riak wajahnya serius.

"Sebab Kitorang mafia." senyuman terukir di wajah Flex.

Seriously? Mafia? Dah abad ke berapa ni? Bukan mafia apa semua tu dah pupus? Jadi lanun masih wujud? Dahinya berkerut. "Ha?"

"Mafia masih wujud. Terutamanya di negara-negara barat. America tak terkecuali. Kitorang salah satu daripada keturunan mafia terawal kat sini. The Vipers." kata Flex tenang kepada Elice.

"The Vipers? Apa tu?"

"Nama kumpulan mafia kitorang. Nama lengkapnya US Vipers Mafia. Kena singkat jadi Vipers lah."

"Jadi korang.." ayatnya tidak disambung. Tidak sampai hati ingin mengatakan.

"Membunuh? Of course dear. Kami juga macam mafia lain, membunuh. Itu hal biasa. Dalam sehari berpuluh sampai beratus orang kami bunuh." kata Flex dengan sangat tenang.

"So you guys jadi billionaire sebab buat kerja ni? Kerja haram?"

"Eh taklah. Business kami halal sepenuhnya. Walaupun kami mafia, sumber pendapatan kami halal. Kami asingkan hal mafia dengan kerja. Mungkin kami je mafia yang bunuh orang tapi makan duit halal." kata Flex jujur.

"But why? Kenapa pilih untuk jadi pembunuh?" Elice memandang wajah Flex yang sangat tenang itu.

"Dah keturunan mafia, generasi mafia, kena lah teruskan. Inilah takdir kami sebagai keturunan mafia. Kami tak boleh hidup normal macam orang lain." terang Flex.

"For real?" Elice sukar mempercayai.

"Yes darling. But sejak kecil, family I dah ajar cara guna senjata. Kami juga join kelas menembak dan kelas bertarung. Tapi I tak pernah bunuh orang. Dan takkan pernah bunuh orang." kata Flex jujur.

"Jadi adik-beradik you?"

"Axce membunuh, tapi bukan sembarangan. Tapi kalau dia tak dapat kawal emosi, mati lah juga mangsa dia. Kalau Ayris, dia tak ragu untuk tembak sesiapa. You nampak sendiri kan tadi? Dia hampir nak bunuh I haha." gelak Flex.

Elice hanya beriaksi serius. Tiada mood nak main-main. Jujur dia sangat terkejut sebenarnya.

"Walaupun Ayris tu berani tembak orang, or bunuh orang, dia sebenarnya masih belum pernah tembak sesiapa sampai mati. Selain membunuh, Ayris ada kebolehan lain." kata Flex.

Jadi membunuh tu satu kebolehan? Baru aku tau. "Contohnya?"

"Hack. Kami pun tak tahu camna dia boleh bijak dalam bidang hack ni. Mungkin Ryuu yang ajar?"

"Ryuu pun pandai hack?" tanya Elice.

"Bukan lagi pandai, dia antara yang terbaik. Dia dah berkali hack data group lain tanpa dijejaki. Even polis sendiri cari dia. Banyak lagi dia dah buat. Tapi dia ada kebolehan lain." kata Flex dengan senyumannya.

"Pendengaran dia tajam. Sebab itulah dia selalu diam. Padahal dia sebenarnya dengar semua. Dan mungkin dia nampak dingin takde perasaan orang kata, itu sebab dia berfikir sebelum melakukan sesuatu. Bukan macam setan-setan tu."

"Apa full name Ryuu? Umur dia berapa?"

"Ryuu Kaizo Ansel. Umur kami sama, 23. Nama dia cam mixed sebab dia American-Japanese." terang Flex.

Elice hanya mengangguk tanda faham. "Yang kembar tu?"

"Alexander Savero si Abang, atau Xander hebat dalam menggunakan senjata api terutama sniper. Dia jarak jauh. Peluru dia tak pernah tersasar sepanjang kami buat kerja. Selalu kena jantung mangsa haha."

Sekali lagi, Elice tidak rasa ianya lucu malah menakutkan.

"Alexavier Savero si adik, atau Xavier pula mahir dalam pertarungan jarak dekat. Selalunya dia guna pistol. Tapi kalau tangan kosong pun dia memang dah kuat. Umur diorang 24, setahun tua dari I." kata Flex.

Elice yang mendengarkan segalanya tentang keluarga mafia itu hanya tersenyum. Masing-masing ada kebolehan diri.

"Kalau you tak membunuh apa tugas you?" kata Elice. Dia tertanya-tanya juga. Apa lagi nak buat kalau jadi mafia tak membunuh?

Flex hanya tersenyum sebelum menjawab. "I..."

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Enjoy hehe. Please vote ty !

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now