SPECIAL PART 6

183 5 3
                                    

Revandran menepuk bahu Busyairi. Busyairi berlalu pergi tinggallah Revandran bersama Dina. Baru saja Dina hendak berlalu, Revandran memanggil dia semula.

"Kamu tunggu!" jerit Revandran. Langkah Dina terhenti.

"Kamu jangan cuba nak usik anak guam saya. Jangan ingat kamu kaya, kamu boleh buat apa yang kamu suka! Apa motif kamu buat fitnah ni Cik Dina? Boleh saya tahu? Saya boleh cadangkan anak guam saya untuk saman malu ke atas awak!" tanya Revandran serius.

Dina terus lari. Revandran nampak ketakutan dan kegusaran di wajah Dina. Dia tersenyum sinis. Begitu juga dengan Tuah.

"Umur baru setahun jagung, baru nak kenal dunia, dah berani dia fitnah cikgu sendiri, Tuah. Saya tak tahulah perangai budak-budak zaman sekarang ni." luah Revandran. Tuah setuju dengan kata-katanya.

"Berbeza dengan zaman kita dulu kan." balas Tuah. Mereka berlalu pergi dari situ.

Sementara itu Busyairi rancak berbual dengan sahabat lamanya. Rindu betul dia dengan Mazlan seorang ni. Dia benar-benar tak sangka Mazlan sanggup datang dari jauh untuk saksikan kes perbicaraannya. Dia begitu terharu. Mazlan adalah orang yang selalu ada diwaktu senang dan susahnya.

"Sanggup kau terbang dari jauh Lan..."

"Semuanya untuk kau Ri. Yang aku marah sekarang ni kenapa kau ni tak beritahu aku? Mujur isteri aku beritahu. Kalau tidak sampai sudah aku tak tahu pasal ni." marah Mazlan.

"Aku tak nak susahkan kau Lan. Kau tu duduk jauh. Aku tak nak kau susah hati."

"Kalau kau bersalah tadi lepas tu kau masuk penjara memang aku takkan tahu juga la kan?" Mazlan masih tidak berpuas hati.

"Maaflah Lan.."

"Nasib kita dekat mahkamah ni tau. Tak adalah penumbuk aku ni singgah dekat muka kau!" Mazlan menunjuk buku limanya. Busyairi ketawa. Dia tahu Mazlan bergurau.

Mazlan menampar perlahan pipi Busyairi. Serta merta ketawanya terhenti. Walaupun perlahan, pedihnya terasa juga. Baru puas hati Mazlan dapat mengenakan sahabatnya.

"Habis dah gelak? Gelaklah lagi. Boleh aku terajang kau pulak." serius suaranya.

"Mak aih, sejak naik pangkat jadi cikgu disiplin ni makin garang kau ya. Nak ajak bergurau pun tak boleh dah.." bidas Busyairi. Mereka sama-sama ketawa.

Mazlan dakap Busyairi penuh kasih. Berderau juga darahnya apabila dengar berita tentang Busyairi. Dia benar-benar marah masa tu kerana Busyairi sembunyikan sesuatu daripadanya. Sebenarnya apa yang dibuat dengan Busyairi tadi bukanlah satu gurauan. Dia kecewa dengan sahabat baiknya sendiri.

"Lain kali jangan buat macam ni Ri. Jangan sorokkan apa-apa dari aku. Kau tahu tak lepas Azura bagitahu semua tu aku terduduk? Setiap masa aku fikirkan kau. Tapi kau boleh bergurau macam ni lagi dengan aku." luah Mazlan sebak. Busyairi rasa bersalah dengan sahabatnya.

"Insya-Allah Lan. Lepas ni apa saja yang jadi dekat diri aku, aku akan beritahu kau. Ni berapa hari kau dekat sini?" tanya Busyairi.

"Ni aku nak gerak balik dah. Aku tak boleh lama la.."

"Lah aku baru nak ajak kau lepak rumah aku. Takkan nak balik dah?" kecewa Busyairi mendengarnya. Baru saja nak luangkan masa dengan sahabat baiknya.

"Lain kalilah Ri. Ada baiknya kalau kau yang datang Sarawak tu. Kau pun bukan ada buat apa lagi kan? Duit jual kedai tu cukupkan nak terbang kau sekeluarga ke sana."

"Banyaklah kau. Duit tu aku nak bayar balik dekat bank. Baki-baki tu aku nak simpan untuk masa depan anak-anak aku. Tak apalah, ada rezeki lebih nanti aku sampailah Sarawak tu." beritahu Busyairi. Mazlan mengangguk faham.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now