BAB 7

104 3 0
                                    

Fahrin berjalan menghampiri Hanisah. Hanisah berjalan begitu laju kerana dia sudah terlambat sampai di tempat kerja. Fahrin yang sedang berjalan di sebelahnya pun dia tidak perasan. Fahrin daripada tadi lagi asyik memandang gelagat Hanisah. Kejap-kejap tangannya bagai mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Fahrin tekad untuk menegur Hanisah.

"Morning Hanis!" Fahrin menceriakan suaranya. Dia berdiri di hadapan Hanisah sambil tersenyum.

Hanisah terkejut dengan panggilan itu. Panggilan Hanis itu hanya istimewa buat arwah ayahnya dan Busyairi. Darah Hanisah tiba-tiba rasa nak mendidih bila orang lain memanggilnya dengan panggilan itu. Fahrin perasan riak wajah Hanisah yang sudah bertukar marah.

"Awak memang takde kerja ya? Hari-hari saya datang kerja awak kejar saya!" dingin suara Hanisah.

"Jom breakfast! Saya belanja awak hari ini." Fahrin tetap mahu memikat hati Hanisah. Harap-harapnya kali ini Hanisah tidak menolak ajakannya.

"Saya dah makan dekat rumah tadi." Hanisah malas melayan. Dia terus berjalan menuju ke officenya.

Fahrin tidak berpuas hati. Dia tetap mengejar Hanisah walaupun dia tahu Hanisah sedang marah kepadanya. Dia perasan nada suara Hanisah sudah bertukar marah. Fahrin tetap tidak mempedulikannya. Dia tetap akan berusaha sehingga Hanisah setuju untuk keluar makan bersamanya. Fahrin berada dihadapannya dan terus menghalang Hanisah daripada berlalu pergi.

"Awak ni memang tak faham bahasa eh? Tepilah saya nak lalu!" Fahrin tetap menghalang Hanisah. Hanisah sudah terasa bengang dengan tindakan Fahrin.

"Okay, kalau awak taknak saya terus menerus kacau awak, awak kena keluar lunch dengan saya karang. Selepas tu, saya janji saya takkan kacau awak dah." Fahrin akhirnya mengalah.

"Betul ni?" tanya Hanisah. Fahrin mengangguk.

"Saya akan ajak Natasya sekali. Saya tak selesa makan berdua dengan awak." balas Hanisah.

"Nope! Awak ajak je orang lain, perjanjian kita akan terbatal dan saya akan terus menerus kacau awak." Fahrin sudah tersenyum sinis. Hanisah rasa nak hempuk je kepala lelaki yang berada di hadapannya ini.

"Yelah!" Hanisah mengalah jua.

Fahrin hanya memandang Hanisah dengan hati yang gembira. Bermula saat inilah, Hanisah akan terjatuh hati dengannya. Fahrin berasa yakin. Dia tersenyum bahagia.

**********************************

"Saya happy sangat tau dapat keluar dengan awak. Terima kasih Hanis." Fahrin memandang Hanisah sambil tersenyum.

Hanisah rasa malas nak layan Fahrin. Dia fokus sahaja dengan makanannya. Fahrin yang memandangnya daripada tadi terasa hampa. Hanisah sanggul keluar makan bersamanya hanya kerana terpaksa. Fahrin masih belum mampu memenangi hati wanita itu.

"Kenapa awak diam je? Kesian dekat saya ni. Cakap sorang-sorang." Fahrin membuat suara manjanya.

"Masa makan tak elok bercakap." itu sahaja yang keluar daripada mulut Hanisah.

"Awak dah berpunya?"

"Awak tak perlu tahu kot."

"Kenapa?" soal Fahrin lagi.

"Itu hal peribadi saya. Saya harap awak faham." balas Hanisah serius.

"Maaflah kalau pertanyaan saya buat awak rasa tak selesa. Oh ya, sebelum tu saya nak ucap terima kasih dekat awak sebab sudi join campign yang saya anjurkan tu." kata Fahrin lagi.

"Saya join sebab saya fikir saya boleh spendtime dengan pelajar saya je. Bukan sebab awak ya!" balas Hanisah acuh tak acuh.

"Takpa, saya faham." senyumannya tidak dibalas oleh Hanisah. Fahrin beriak biasa walau hatinya benar-benar terluka saat ini.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now