BAB 38

156 4 0
                                    

Busyairi memanggil isterinya untuk duduk di birai katil dengannya. Ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan Hanisah hari ini supaya dapat meleraikan segala kekeliruan dan pertanyaan yang sering menganggu mindanya selama ni.

"Ada apa bang?" tanya Hanisah setelah duduk di sebelah suaminya.

"Kenapa bila abang tanya kejadian sebelum kemalangan tu Hanis tak pernah nak jawab?" serius suaranya.

Hanisah memandang suaminya lain macam. Adakah Busyairi dah ingat apa yang dia lupa selama ini? Takkan secepat ini ingatannya boleh pulih? Hanisah melarikan anak matanya dari menatap mata Busyairi. Risau kalau Busyairi memarahinya. Tangannya digenggam kuat oleh Busyairi menandakan suaminya memerlukan jawapan kepada persoalannya tadi.

"Kenapa abang tanya macam tu? Abang dah ingat semua ke?"

"Fahrin dah ceritakan semuanya pada abang. Kenapa Hanis biarkan abang buat Hanis macam-macam? Kenapa tak jelaskan sebelum ni? Suka abang hidup dalam keadaan serba salah? Dalam keadaan abang memfitnah isteri abang sendiri? Macam mana kalau masa kemalangan tu abang mati? Hanis nak abang tanggung dosa tu sampai liang lahad ke?" bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Busyairi.

Hanisah sudah menunduk. Dia masih tiada jawapan untuk itu. Tujuannya adalah satu saja, dia tidak mahu ingat perkara yang dah berlalu. Segala salah silap suaminya pun dia dah maafkan dulu.

"Abang kata dekat Hanis macam-macam. Abang tuduh Hanis ada hubungan dengan lelaki lain. Macam mana Hanis boleh telan semua tu ya? Kentalnya jiwa seorang Nur Hanisah ni." separuh nada suaranya sudah menyindir.

Jeda. Hanisah masih lagi mendiamkan diri. Busyairi sudah mendesak Hanisah untuk menjelaskan kesemuanya.

"Abang tanya sebab apa? Hanis tak jelaskan semua tu sebab Hanis tak nak kita bergaduh lagi abang tahu tak? Abang tahu tak terseksanya jiwa raga Hanis setiap kali kita bergaduh? Setiap kali abang tuduh Hanis bukan-bukan disebabkan cemburu buta abang tu!" Hanisah sudah meninggikan nada suaranya.

"Sebab tu lah abang nak Hanis jelaskan kesemuanya! Jangan pendam Hanis! Tak sakit ke hati Hanis pendam semua tu?" tanya Busyairi lagi.

"Lebih baik pendam abang. Kalau diluahkan lagi rasa sakitnya buat apa?" balas Hanisah pula.

"Hanis tak rasa sakit ke hati tu abang tuduh Hanis ada hubungan dengan lelaki lain?" Busyairi mengulang semula soalannya tadi.

"Hanis dah reda abang. Jadi benda ni sepatutnya takde isu dah di antara kita. Tengok bila kita buka topik ni kita dah bergaduh macam ni. Sebab tu lah Hanis hanya selesa berdiam diri. Benda dah lama berlalu abang. Boleh tak kita move on?"

"Kalau Hanis boleh cakap macam tu abang okay je. Abang tak nak ada kepuraan dalam hubungan kita. Cuma sekarang abang nak Hanis jujur dengan abang. Boleh?" tanya Busyairi.

"Apa dia?" Hanisah sudah menarik mukanya. Rasa geram dengan suaminya masih menebal di hati.

"Selepas peristiwa tu, Hanis masih sayangkan abang kan?" redup wajah si suami memandang isterinya.

"Kalau Hanis tak sayang abang, Dah lamalah Hanis larikan diri dari abang! Boleh tak jangan tanya soalan macam tu? Annoying tau tak?" Hanisah sudah mengeluh.

Busyairi sudah memusingkan badan isterinya menghadap dirinya. Rasa bersalah sudah menyelubungi hatinya sekali lagi. Betul kata isterinya, benda ni tak sepatutnya diungkit macam ni. Hanisah pun sudah memaafkan dirinya. Entah kenapalah dirinya tetap mahu bercakap soal ini sekarang.

"Abang minta maaf ya sayang? Abang tanya semua ni sebab abang nak duga Hanis. Abang takut cinta Hanis dah berpaling dari abang. Abang takut kalau saat itu tiba Hanis. Sumpah, abang takut!" jelas Busyairi. Airmata jantannya sudah mengalir laju.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now