BAB 21

90 4 0
                                    

"Dah ready semua? Rapatkan saf." arah Reza.

"Dah. Siapa nak iqamat? Kaulah iqamat bang." kata Reza lagi.

Fahrin hanya mengangguk. Dia mengambil tempat yang paling hadapan sekali untuk laungkan iqamat. Azan subuh baru saja berkumandang tadi.

Fahrin baru saja selesai iqamat untuk solat subuh. Dia mengambil tempat di barisan makmum. Puan Zaris pula mengambil tempat di belakangnya. Reza ke depan dan sudah bersedia untuk mengimamkan solat. Mereka semua menadah tangan untuk membaca doa selepas azan yang diketuai oleh Fahrin.

"Tunggu!" Loreen cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Puan Zaris. Terkedu mereka melihat Loreen.

Lama mata Reza menatap kekasih hati. Disertai dengan senyuman manis untuk dihadiahkan kepada Loreen. Loreen kelihatan sangat cantik mengenakan telekung. Hati Reza mula berdebar-debar. Fahrin hanya memerhati gerak geri adiknya yang sudah terpukau dengan kecantikan Loreen. Dia mencuit tangan adiknya.

"Jangan lama sangat pandang tu. Kau tu belum sah jadi suami dia lagi." ujar Fahrin perlahan.

Reza sudah tersipu malu. Badannya dihalakan ke depan semula. Hari ini adalah hari bahagianya bila dapat lihat Loreen mendirikan solat. Walaupun belum lagi memeluk Islam, dia mahu Loreen belajar dahulu tentang Islam. Dia tidak mahu memaksa Loreen untuk memeluk Islam, bahkan dia juga berharap Loreen masuk Islam atas kerelaan hatinya sendiri. Berapa lama pun, Reza sanggup menunggu.

"Assalamualaikum warahmatullahi.." kepala Reza memandang ke kanan dan kiri untuk memberi salam. Selesai sudah solat subuh berjemaah mereka sekeluarga.

Reza terlebih dahulu menghulurkan tangan kepada abangnya untuk bersalam sebelum beralih pada mamanya. Loreen menghulurkan tangan kepada Puan Zaris. Pertama kali Loreen cuba solat, hatinya sudah berasa seronok. Hatinya terasa lapang, bagaikan masalah yang menyelubungi dirinya hilang begitu saja. Hebat betul kuasa solat ini. Mampu menghilangkan segala resah gelisan manusia. Bisik hatinya.

"Loreen, are you happy stay here?" tanya Puan Zaris.

"Happy auntie. I learned a lot about Islam." balas Loreen sambil tersenyum.

"Please, Loreen is sincere to study Islam.  Islam is a holy religion. We must keep it pure." balas Puan Zaris.

Loreen mengangguk tanda faham. Tangan Puan Zaris dikucup lama. Beruntung Reza dapat wanita yang sebaik Loreen. Tapi tanggungjawabnya beratlah bila sudah berkahwin dengan Loreen ni. Dia perlu belajar banyak lagi tentang Islam. Moga-moga dia akan menjadi wanita solehah suatu hari nanti.

"Thanks auntie to Loreen live here. Loreen rasa happy sangat." balas Loreen yang sudah tersenyum gembira. Puan Zaris menghadiahkan ciuman di dahi Loreen.

"Ma, Fahrin nak bersiap pergi kerja ni. Hari ini maybe saya balik lewat sikit. Mama makanlah dulu dengan Loreen and Reza ya." beritahu Fahrin. Puan Zaris hanya mengangguk.

Fahrin terus menuju ke biliknya untuk bersiap-siap ke kolej. Reza awal-awal lagi sudah keluar untuk mencari sarapan pagi. Tinggalkan Puan Zaris dan Loreen berdua di ruang tamu itu.

"Auntie, abang Fahrin kerja di mana?" tanya Loreen sekadar ingin tahu.

"Oh, dia lecturer dekat Ipoh ni." balas Puan Zaris. Loreen hanya mengangguk.

************************************

Fahrin berjalan masuk ke kelasnya dengan muka yang serius. Prestasi pelajarnya sangat mengecewakan. Keputusan ujian persendirian yang dijalankannya tempoh hari merosot dari ujian yang sebelumnya. Dia berada risau kerana ujian semester ini akan dijalankan tidak lama lagi. Kalau prestasi pelajarnya pun teruk, apa lagi yang harus dia buat? Membimbangkan!

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang