BAB 34

116 4 0
                                    

Hanisah membantu Busyairi untuk duduk di birai katil. Memandangkan anak-anak mereka pun dah tidur, jadi sekarang adalah masa untuk mereka berdua berasmara. Hanisah memimpin Busyairi perlahan-lahan. Busyairi sudah melabuhkan punggungnya. Dia menarik tangan Hanisah untuk duduk bersamanya. Lama matanya menatap mata si isteri.

"Abang nak tanya sikit ni. Hanis jawab jujur tau." serius nada suaranya. Hanisah sudah mengerutkan dahi.

"Tanya apa tu?"

"Hanis rasa terbeban tak jaga abang?" sayu suara si suami.

"Abang cakap apa ni? Hanis tak pernah rasa terbeban pun abang. Sikit pun tak. Dulu abang jaga Hanis bertahun lamanya sampailah Hanis dapat kaki baru ni. Abang jaga Hanis sempurna sangat. Jadi sekarang bagilah Hanis balas segala jasa abang pula." balas Hanisah sambil tersenyum.

"Terima kasih sayang. Bertuahnya abang dapat isteri macam sayang."

"Suami isteri tu saling melengkapi. Saling memerlukan. Hanis perlukan abang dan abang pun perlukan Hanis kan? Abang ada dengan Hanis, Hanis rasa lengkap sangat hidup ni." ujar Hanisah lagi.

"Terima kasih sekali lagi sayang." Busyairi terus mencium dahi isterinya.

Hanisah membantu suaminya baring. Busyairi pun memang nampak mengantuk dah. Samalah dengan dia pun. Dia menyelimutkan suaminya. Kepala suaminya diusap seperti anak kecil. Busyairi menarik Hanisah di dalam pelukannya. Isterinya dipeluk erat.

"Satu benda lagi abang nak tanya." ujar Busyairi tiba-tiba. Hanisah sudah menaikkan lehernya untuk memandang Busyairi.

"Tanya apa lagi?" balas Hanisah semula.

"Abang suruh Hanis cerita pasal kejadian sebelum kemalangan, tapi Hanis tak cerita pun. Bila sayang nak cerita?"

"Takde apa yang menarik pun bang. Cuma abang ada buka satu bisnes dan abang berurusan dengan Encik Leong." ujar Hanisah ringkas. Biarlah kejadian sebelum kemalangan itu menjadi rahsianya. Ataupun suami dia sendiri yang ingat.

"Bisnes? Bisnes apa?"

"Entah. Abang pun rahsiakan daripada Hanis."

"Ha?" tercengang Busyairi dibuatnya.

"Dahlah, tidur. Esok Hanis ada class. Nanti terlambat pula Hanis bangun." balas Hanisah. Dia tak mahu suaminya bertanya lebih banyak soalan. Risau rahsia terbongkar.

Busyairi memalingkan badannya dari Hanisah. Otaknya ligat berfikir apakah bisnes yang dijalankannya. Saat ini dia masih lagi tidak mampu untuk mengingat kembali memori lamanya. Doa terus memejamkan matanya. Badannya dipusingkan semula ke arah Hanisah. Tangannya terus memeluk pinggang Hanisah. Hanisah membalas pelukan suaminya. Akhir sekali masing-masing lena diulit mimpi indah walaupun jam baru saja menunjukkan pukul sepuluh malam.

*********************************

"Tak tidur lagi?" sapa Puan Zaris dari belakang.

Reza terus menoleh sebaik saja mendengar suara mamanya. Dia melemparkan senyuman ke arah wanita tua itu. Puan Zaris memang faham sangat dah kemelut yang dihadapi oleh anak-anaknya. Cuma dia mengambil keputusan untuk tidak mencampuri urusan peribadi anak-anaknya. Biarlah mereka selesaikan sendiri.

"Belum ma." balas Reza ringkas.

"Fikir apa ni? Daripada tadi lagi mama tengok Reza asyik pandang langit tu je."

"Ye ma. Bila pandang langit, Reza rasa seolah-olah sudah lepaskan rindu pada dia. Reza rindu dia ma. Sangat rindu." luah Reza. Jujur kata hatinya masih sayang terhadap bekas tunangnya.

"Ada masa seminggu lagi sebelum majlis itu berlangsung. Kan abang Fahrin kamu bagi peluang untuk pujuk Loreen, kamu taknak ke?"

"Takpelah ma. Hati yang dah luka kalau dihiris lagi, lagi dalam lukanya ma. Kalau Reza balik dengan dia pun, perasaan tu dah tak sama macam dulu walau masih ada sekelumit rasa sayang." balas Reza. Dia menundukkan kepalanya.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now