Aku telan liur payau. Hanya aku je ke merasakan yang ayatnya aneh? Ayat terakhirnya seolah diulang main dalam ruang mindaku. Sudahlah Raisya, overthinking lagi! Riak muka sedaya upaya dikawal tenang.

"Hahaha... awak tak perlu risau. Kalau saya sakit ke, saya boleh inform Aydan. Dia suami saya, so ada sebab ke untuk saya suruh orang lain temankan saya jumpa doktor?" Aku buat-buat tanya. Dengan penuh yakin, tanpa secuit rasa bersalah. Padahal sebenarnya mahu je aku gam mulutku yang terlebih ramah kali ini.

"Aah, lupa pulak."

Tersentak kuat aku sejenak tatkala Harraz berkata sebegitu. Lain macam sangat dah ni! Kena bawa berubat dengan ustaz kampung aku rasanya. Boleh hembus-hembus manja sikit bagi nyah segala jin kafir yang membuat sarang. Mana tahu kena guna-guna buatan orang. Tak memasal aku menjadi mangsa keadaan. Seram pula aku!

"Harraz, saya rasa lebih elok saya undur diri dulu. Sebab saya dah janji dengan Aydan balik awal,"kataku. Cara paling efektif untuk mengelak daripada situasi kekok buat masa sekarang.

"Nak saya hantarkan ke rumah?"soal Harraz.

Bulat mataku membesar.

"It's okay saya boleh drive sendiri. Lagipun takkanlah saya nak tinggalkan kereta saya kat sini?" Aku menolak tawarannya dengan sopan.

"Kalau saya ikut awak?" Harraz masih tak berputus asa mencuba nasib.

Tanpa senjaga keluhan dilepaskan. Aku sebenarnya bukan tak suka dia mengikutiku pulang ke rumah. Namun sedikit berat hati kerana berkemungkinan boleh mencetuskan pertikaman mulut antara kami suami isteri. Bimbang suamiku akan salah faham. Payah benar nak pujuk Tengku Aydan yang sememangnya kuat merajuk.

"Alang-alang tu boleh jumpa Aydan. Dah lama tak jumpa dia."

Mahu tak mahu, aku mengangguk tanda setuju. Tangan dilambai satu kali sebagai isyarat. Sepantas kilat badan dibenam masuk ke dalam perut kereta. Cermin pandang belakang yang senget diposisikan tegak.

Apabila aku menekan minyak, laju keretanya dipandu agar tak tertinggal jauh kerana ketika itu jalan agak sesak dengan pelbagai kenderaan. Jarak rumahku dengan kawasan lapang kami bertemu tadi dekat sahaja. Buktinya tak sampai 10 minit, kereta kami selamat berhenti di hadapan sebuah rumah agam.

Masuk-masuk je, ruang parking utama telah diisi satu kereta. Menunjukkan suami tercinta telah balik dari tempat kerja. Entah bagaimana mahu gambarkan betapa aku rasa tak sedap hati. Betul seperti yang aku agak, keluar figura tinggi lampai itu yang santai berbaju putih kosong dan berseluar sukan. Berpura-pura batuk kecil sebelum menghampiri kami. Dengan muka tak berperasaan, ditongkat sikunya pada bumper belakang keretaku.

"Baru tahu jalan balik? Ingat dah lupa suami kat rumah." Sinis Tengku Aydan bertanya.

Harraz lantas menuju ke arah kami. Bahu tegap Tengku Aydan ditariknya dalam rangkulan sebelah tangan. Tak mengesahkan jelingan helang rakannya. Bak kata gen Z, benda boleh bincang buat apa nak gaduh? Ke terbalik? Hahaha...

Aku hanya diam membisu. Tak berani masuk campur urusan brader-brader.

"Wei, bro. Sorry aku lupa nak bagitahu kau. Tadi aku jumpa dengan Raisya sebab nak ambil barang yang aku tempah dari butik dia,"terang Harraz.

"Oh yeah? Staf yang berlambak kat butik buat apa? Makan gaji buta?"

"Amboi mulut..." Tak sempat aku menghabiskan kata-kata, dia pantas memotong.

"Raisya Qistina, masuk dalam sekarang. Now!"

"Tapi..."

Tengku Aydan menjegil mata.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now