BAB 27

201 11 0
                                    

Bonet pink Audi RS3 yang terpaling kesayanganku terbuka luas. Kenapa yang terpaling? Bukan paling atau kesayangan sahaja? Kerana kereta inilah bukti terpahatnya cintaku terhadap suamiku. Dan menunjukkan bahawa seteruk-teruk dia, dia setia berpegang pada janji untuk menunaikan segala keinginanku biarpun kadang-kadang tak logik dek akal.

Termasuk cik pinkie, nama istimewa untuk keretaku. Bukan aku tak berkemampuan untuk membeli dengan wang sendiri. Namun mengingatkan bayaran mantainance dalam bulan tertentu, kos baiki serta kos-kos tersembunyi membuatkan aku terpaksa menguburkan impian.

Berkotak-kotak beg putih berlabel jenamaku dipunggah keluar. Berisi tudung pelbagai corak bersama hiasan bunga palsu. Pintu tengah dibuka. Mencapai lima gaun labuh yang dibalut kemas dalam beg pelindung pakaian. Lagi lima di bahagian penyangkut kiri.

Hairan juga aku mengapa Harraz membuat permintaan agar aku menghantar barangnya. Sudah dimaklumkan awal-awal yang semua pesanan berskala besar akan dihantar oleh pekerja menggunakan van butik. Kecuali dalam keadaan terdesak. Aku sendiri akan turun padang.

Aku khuatir baju-baju akan ronyok ketika sampai ke tangan tuannya. Berhadapan dengan spesies yang tak cerewet, aku boleh bertimbang rasa lagi. Kalau sebaliknya, mulalah episod 'kita jumpa kat mahkamah' atau nak sedap pada halwa telinga, 'see you at the court!'

"Lama tunggu saya?"

"Taklah, baru tunggu 5 minit. Dah awak drive laju sangat, baru nak tunggu kaki saya ni patah riuk." Aku selamba menyindir.

Dahi Harraz berkerut berlapis-lapis. Memproses dalam makna ayatku sebelum dia ketawa terbahak-bahak. Dua lekukan yang timbul pada pipi menyerlahkan kemanisan wajahnya yang sawo matang. Punya lesung pipit, lelaki idaman setiap wanita.

Sara? Itu kena tanya empunya badan.

"Raisya, Raisya. Gadis polos yang sometimes gila-gila orangnya dan boleh bertukar garang sekelip mata. Because of that jerk."

"And that jerk rich man is officially my husband now,"ujarku bangga dengan sengihan lebar. Flex terbaik yang aku ada setakat ini.

"Aydan apa khabar?"

"Alhamdulillah, dia sihat walafiat."

"Sara?"

Aku dah mengagak nama adikku akan meniti juga dalam perbualan kami. Insting seorang kakak. Firasatku kuat mengatakan sesuatu silang kata yang belum diselesaikan antara mereka berdua. Selagi tidak memperolah jawapan akan kemusykilan di minda, makin hebat hatiku berteka-teki.

"Dia okey je. Tapi Harraz bila ada masa free nanti, tengok-tengokkanlah keadaan Sara tu."

"Kenapa dengan Sara? Dia sakit ke?" Panik.

"Kurus macam orang sakit. Harraz perasan kan perubahan kat fizikal Sara?"

Perasaan serba salah menghambat diri tika berura-ura memohon pertolongan Harraz. Itu sebab aku berharap hubungan mereka baik-baik sahaja. Jadi kerja Harraz untuk mengawasi menjadi lebih senang supaya tahap kesihatan Sara kembali pulih seperti sedia kala. Namun apakan daya, Harraz bukanlah seorang doktor terlatih yang memiliki klinik persendirian. Kalau tidak, dah lama aku mengupah perkhidmatan Harraz khas untuk adikku.

Aku tak berniat sedikitpun untuk ambil kesempatan. Atas kebaikan Harraz. Atau... lebih baik aku lupakan sahaja soal tadi.

"Saya perasan jugak. Awak pun sama, jaga kesihatan dan jangan skip makan. Nanti jatuh sakit, payah karang. Saya bukan ada selalu untuk tolong,"pesan Harraz lembut. Sambil itu, tangannya bergerak menyambut kotak tudung yang dihulur. Disumbat ke dalam bahagian tengah penumpang yang agak berselerak dengan briefcase kulit.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now