BAB 17

176 9 0
                                    

Surp!!

Baki minuman berwarna oren jernih di dalam gelas kaca yang tinggal separuh diteguk. Habis satu gelas, satu lagi air dipesan. Selepas dijumlah jari, sudah hampir 5 gelas jus oren dilicinkan perut.

Bukan sebab haus, tetapi terpaksa menunggu seorang perempuan yang berlagak puteri. Kelmarin, dia dah siap-siap ingatkan yang mereka akan bertemu pada pukul 9 tepat. Namun, sampai sekarang masih tidak nampak batang hidung.

"Argh.. memang nak kena lah betina ni. Dia ingat aku bodyguard dia ke? Dia pula apa? Princess?" Tengku Aydan membebel sendiri. Terkumat-kamit mulut lelaki itu menyumpah seranah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia angkat kaki.

Biar Raisya yang termangu-mangu menunggunya pulak. Bukan apa, sudah hampir 2 jam dia duduk melekat di restoran itu. Perasaan malu satu hal, pelanggan lain yang datang mula menjelingnya yang sedari tadi tidak berganjak dari meja. Punggungnya pun sudah kebas rasanya, tinggal nak rapuh sahaja menjadi tulang.

"Ish, malaslah aku nak tunggu..."

Gelas kaca yang sudah kosong dihentak kuat pada meja. Dia menolak kerusi dengan kasar. Baru sahaja dia hendak menarik jaket kulit yang disangkut pada kepala kerusi, tiba-tiba hujung bajunya ditahan.

"Sorry, Aydan. Jalan sesak tadi." Aku segera memohon maaf. Turun naik nafasku dilepaskan. Dada yang menahan mengah aku tahan supaya kembali stabil. Jantung berkocak hebat, menunggu masa sahaja untuk tertanggal keluar daripada tangkainya.

Tengku Aydan memandangku dari atas ke bawah dengan muka meluat. Baru balik maraton ke apa perempuan ni?

"Sorry naik lori lah! Jalan sesak konon. Banyak alasan kau!"jerkah Tengku Aydan.

Aku yang tadinya baru nak menyedut oksigen segar sedikit terkedu. Jelingan jelik aku talakan kepadanya. Lelaki ini tidak sedar pelanggan lain yang turut berada di sekitar kami? Kalau nak naikkan suara, janganlah tunjuk taring di depan orang ramai. Kalau dia seorang yang menanggung malu, tidak mengapalah juga!

"Eh, awak ni dah kenapa? Meroyan macam nenek tua! Awak yang suruh saya datang, so awaklah yang kena tunggu. Kenapa saya pula yang perlu cepat untuk awak?"bidasku bertalu-talu.

Mataku mencerlung tajam. Ingat aku nak sangat berjumpa dengan Aydan hari ini? Lebih baik aku balik rumah, tidur sepuas-puasnya. Golek-golek sambil regangkan badan dan bermalasan di katil sepanjang hari.

"Diamlah! Yang penting sekarang, kau dah ada kat sini. Straight to the point, aku nak bincang pasal kita, pasal kontrak nikah yang aku beri masatu. So, kau jangan rosakkan mood aku lagi hari ni."

Aku seperti tersedar sesuatu.

"Pasal kita? Oh, tu sebab awak beria-ria ajak saya keluar makan, kan? Kalau bab menipu, memang awaklah juaranya. Licik betul!"marahku lalu mencubit ketam hujung lengan Tengku Aydan yang berlapik dengan baju.

"Auch... sakitlah betina!" Mendecit Tengku Aydan menahan kesakitan. Hujung bibir diketap sekali, menunjukkan betapa sakitnya cubitan berbisaku tadi.

"Tahu pun sakit, ingat dah kebal sangat kulit tu. Jadi, apa yang penting sangat?"

Rasakan! Aku memang sudah lama memasang angan untuk memberi satu dua cubitan kepada lelaki itu. Hatta, itu baru sebahagian sahaja daripada dendamku jika hendak dibandingkan dengan semua kesalahan yang pernah dia lakukan padaku. Sipi-sipi je tu!

"First, about the contract. Kau rasa nafkah yang aku beri selepas kita bercerai, cukup tak? Ke nak tambah lagi?"tanya Tengku Aydan sambil menongkat dagu pada meja. Perhatiannya difokuskan kepadaku semula.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now