BAB 13

163 9 0
                                    

Masa bagai laju bergerak. Pejam celik pejam celik, sudah 6 tahun berlalu. 4 tahun untuk ijazah dan dengan lebihan 2 tahun, aku mengambil pengalaman bekerja di sebuah syarikat pakaian kecil. Bertahun-tahun hidup di negara orang, terlalu banyak aku telah lalui sendiri dengan kembarku. Yang setia menjadi tulang belakang untuk terus bertahan. Pahit jerih tanpa keluarga di sisi menjadi azimat untuk terus cekal menempuh kehidupan selepasnya. Betul kata orang, satu pengalaman mematangkan sejuta pemikiran.

Bukan mahu berlagak mahupun mahu riak. Namun perlu diakui tak ramai anak muda sebayaku mampu mengadaptasi persekitaran baharu dengan mudah. Budaya baharu. Cara hidup baharu. Yang adapun sangat terhad bilangannya, dalam anggaran satu dalam sejuta. Dan aku termasuk dalam satu peratus itu.

Tak pernah sekalipun aku menagih duit mama dan papa tatkala kesempitan wang. Jadi apa aku buat? Kerja part time di kafe berdekatan hostel. Balik dari kuliah, terus aku bergegas ke tempat kerja. Dari petang hingga matahari menyembunyikan diri berganti dengan bulan yang terang-benderang.

Penat? Alah bisa tegal biasa.

Orang kata apa, setiap kesenangan di kemudian hari seringkali didahului dengan kesusahan. Aku pegang kata-kata itu sehingga sekarang. Tak peliklah kalau banyak peribahasa dan pepatah Melayu muncul bagi menyokong kenyataan itu.

Mata dilemparkan kepada Sara yang sedang sibuk mengemas baju di sudut bilik. Aku sudah diberi amaran awal-awal untuk mewujudkan jarak antara kami. Siap pakej jelingan bajet mautnya. Sebabnya? Dia perlukan ruang yang besar untuk melakukan operasi mengemas pakaian.

Mataku membulat memerhatikan kelakuannya yang berulang kali mundar-mandir dari almari ke tempat duduknya. Aku yang tengok pun turut rasa letihnya. Macam tauke bundle, pelbagai jenis baju dan seluar dia angkut keluar. Dress jenis panjang yang disangkut dengan hanger awalnya dipisahkan dan dilipat empat segi.

"First bag done!"

Aku berdehem kuat. Sara apalagi juling mata ke atas, berasa jengkel denganku yang memang tak suka benda bersepah. First rule aku, no mess! Dalam keadaan terpaksa Sara menolak kasar beg bagasinya ke tepi dinding.

Buk!

Aku hadiahkan jeling lagi, kali ni lebih tajam daripada bilah pisau. Eh betina ni, tak geti lemah lembut ke?

Tubuhnya mengeras dan pergerakan badan turut terhenti. Statik tidak bergerak buat seketika. Dahiku berkerut kerana Sara kelihatan seperti cacing kepanasan sejurus terpandang sesuatu di bawah almari.

"Ergh... apa ni?" Sara tertanya objek yang berada di bawah almari itu. Tangan pendeknya cuba dihalakan ke bawah almari. Digerak ke kiri dan ke kanan sedaya upaya menggunakan tenaga yang berbaki. Kasar tapi ringan. Tapi macam familiar. Saat objek itu ditarik keluar, Sara bereaksi terkejut beruk. Beg shopping!

Berkelip-kelip matanya tatkala beg-beg kertas selamat berada dalam pegangan. Otak cuba mencerna isi di dalamnya biarpun tiada harapan memorinya akan terhubung semula. Baru teringat yang dia beli banyak hadiah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Nak letak mana semua ni?"

Sara menoleh ke arahku. Dengan riak muka seribu harapan, kedua-dua tangan digenggam ketat semata berharap pertolonganku. Seketika aku melihat Sara menggaru belakang kepala. Gadis itu kelihatan cuba bercakap tetapi mulut terasa berat untuk dibuka.

"Raisya, kalau Sara tanya ni jangan marah tau. Tarik nafas dulu. Janji jangan terkejut,"rayu Sara sambil laju menggapai dua tangan milikku tanpa aku sedar pun.

Wajah monyoknya menimbulkan rasa simpatiku. Dia bagai tahu benar kunci kelemahanku terletak di mana. Hatiku. Mudah tersentuh dan lemah setiap kali dipamer muka sedih adiknya. Cuba-cuba nasib. Kerana dia tahu jika dia minta satu, sejuta aku tadahkan untuknya.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now