BAB 16

192 9 0
                                    

"Mama.."

Serentak itu, aku pusing tombol lalu menyelak daun pintu kayu bilik. Aku panjangkan kepala ke dalam sedikit. Mata diherot ke arah seorang wanita yang beberapa meter dari tempatku berdiri. Langkah kaki diperlahankan apabila menyedari mama sedang elok berbaring di atas katil bersaiz Queen. Lena betul mama gamaknya kerana kehadiranku ke dalam biliknya tidak disedari langsung.

Wanita tua yang berumur hampir melangkau 60 tahun itu didekati. Bunyi dengkuran halus kedengaran di hujung cuping telingaku. Sah, mama tengah tidur.

"Mama kesayangan Raisya tengah tidur rupanya. Okeylah, Raisya tak nak kacau. Raisya duduk tepi je," bisikku perlahan terhadap diriku sendiri. Bimbang jika suaraku yang kuat akan mengejutkan mama daripada ulitan mimpinya. Aku memerhati segenap sudut bilik utama yang didiami ibu angkatku.

Bermula daripada dekorasi dan susunan perabot sehinggalah bau lavender yang mengharumi bilik itu tidak berubah, sama seperti 6 tahun yang lalu. Rindunya bau bilik ni!

"Nothing has change aparently,"simpulku ringkas.

Aku melabuhkan punggung pada sofa kulit panjang di sisi katil. Inilah sofa yang selalu menjadi mangsa pijakanku sewaktu kecil. Tempat aku bermain bersama Sara dan Aydan selepas balik dari taska. Bezanya, sofa ini ditempatkan di tingkah bawah dulu.

"Huh..."

Nafas berat dihela panjang. Sayu hatiku melihat wanita yang bersusah payah membesarkanku selama ini sudah terbaring tenat di hadapan.

"Raisya tahu mama teringin nak dengar suara sedap Raisya kan? Mama dengar tau betul-betul. Raisya nak baca Yaasin ni." Kitab poket Yaasin yang tersimpan di dalam beg tangan dicapai. Kulit hadapan diselak sebelum tangan berhenti di helaian muka surat pertama bacaan Yaasin.

"Yaasin.....Walquraanil Hakim.... Innaka Laminal Mursalin...."

Bacaan ayat suci itu dialun dengan suara yang paling merdu yang dapat aku berikan. Tubir mataku terasa panas. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir laju juga. Beginikah rasa apabila kita betul-betul ikhlas akan seseorang?

"Mama takut...takut..."

Bacaan ayat ke-3 surah Yaasin terus terhenti. Kitab poket diletakkan ke dalam beg tangan semula. Aku bingkas berdiri lalu mendekatkan wajah ke wajah mama yang agak pucat.

"Mama takut...takut.." Mama mengucap perkataan itu lagi. Peluh halus menitik-nitik pada muka tuanya.

Dahiku berkerut selapis. Mama mimpi buruk ke?

"Raisya..."

Hatiku luruh bagai daun pokok yang baru gugur setelah mendengar namaku diseru oleh mama. Keluhan kecil dilepaskan, amat kesal dengan situasi itu. Aku sedar bahawa kerinduan mama terhadapku amat menggunung sehingga terbawa-bawa dalam tidurnya.

"Mama, bangun. Raisya ada kat sini, sebelah mama,"ujarku sambil menggoncang perlahan lengan mama. Aku mengusap lembut pula belakang badan mama, berharap agar mama kembali tenang seperti normal.

"Don't worry, mama. I'm here with you right now,"pujukku lembut.

Mama kelihatan sudah mula terjaga daripada mimpi buruknya. Aku menghela nafas lega. Tanganku masih digenggam erat dalam buku limanya. Wanita itu seperti tidak mahu melepaskan diriku lagi.

"Mama rindu Raisya sangat-sangat. Sampai dalam mimpi pun ada Raisya."

Aku mengelip-ngelipkan mata. Tersentuh diriku dengan isi hati mama yang tiba-tiba melafaskan lafaz rindu kepadaku sebentar tadi. Sungguh terharu rasanya.

"Kenapa Raisya dah lama tak balik sini? Raisya tak sayang mama lagi ke?"

"Raisya sibuk dengan kerja. Bukan sebab apapun." Hanya itu jawapan yang paling bernas yang dapat diberikan setakat ini. Aku terpaksa bohong sunat. Sebenarnya, aku masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap sejak pulang dari Edinburgh tempoh hari. Aku hanya menjadi agen kepada produk tudung terkenal, iaitu Ariani.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now