Jaket yang berada di kerusi di ambil dan Gempa meletakkan pada bahunya sambil tangan kanannya menghalang cahaya yang menyinari matanya.
"Aku nak pergi mandi lepastu masak makan malam...korang nanti pergi mandi dulu sebelum makan.."
Taufan mengangguk faham dan hanya melihat Gempa keluar dari bilik latihan.
Blaze pula sedang minum air sebelum dia membuka langkah kearah Taufan.
"Gempak siot perlawanan kau...Gempa hebat kan.."
"Ye dia memang hebat.."
Tangan kanannya menarik bajunya sedikit kerana panas dan tangan kirinya menyelak rambutnya yang sudah basah akibat peluh.
"Nampaknya aku perlu berlatih lebih lagi..",bisik Blaze.
Me be like: I will pay for more sir!"Ice mana?",tanya Taufan.
"Entah...tidur lah kot..",jawab Blaze malas.
Selesai mengemas mereka pun pergi mandi.
....
Di bilik elemental....
Thorn sudah tidur di katil manakala Ice sedang sibuk menyambung kajian yang dibuat Solar sebelum nih.
Kajian tentang kelemahan kuasa Voltra dan tentang kristal elemental.
"Hmm nampaknya Voltra lemah dalam segi pertahanan dan tidak dapat melawan dua elemental dalam satu masa...kristal elemental pula adalah jantung kami yang boleh musnah jika dipecahkan dan serta merta kristal tersebut akan lesap buat selamanya....",bebel Ice seorang diri.
Krek...
Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Gempa datang bersama secawan teh panas.
"Ini untuk kau...bagus untuk hangatkan badan...",kata Gempa dan dia meletakkan cawan teh tersebut di atas meja.
"Terima kasih Gem...",balas Ice lalu dia meminum teh tersebut.
Senyuman diberi dan Gempa terus pergi ke dapur semula. Ice terus menyambung kerjanya.
Setelah berejam dia mengkaji akhirnya dia tertidur di atas meja yang dipenuhi buku.
"S-solar....aku tahu kau kuat...",bisik Ice dalam tidur.
....
Dimensi Hali...
Suasana di dalam tersebut sunyi sepi hanya dipenuhi dengan bunga ros hitam.
Kelihatan susuk tubuh seseorang sedang terbaring di tengah-tengah taman bunga Ros tersebut.
Badannya dipenuhi luka dari duri bunga Ros.
Matanya kuyu dan dia hanya terbaring tanpa membuat apa-apa.
Bunyi guruh berdentum kuat dan kilat merah menyambar berkali-kali.
Tapi dia tidak tersentak sedikit pun dengan bunyi guruh tersebut.
Dia kelihatan seperti mayat hidup.
"Semuanya sudah berakhir..."
"Masih belum berakhir."
Ha!?
Matanya memandang seseorang dengan kaca mata sedang berdiri di depannya.
"S-solar?"
"Masa aku semakin suntuk...tapi aku janji akan selamatkan kau...jadi bertahan demi kami."
"K-korang..."
Bersambung...
Vote dan coment 😘
YOU ARE READING
The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]
Fanfiction(Dalam book nih ada Season1/2) Mungkin semua nih berlaku ada sebabnya. Boboiboy seorang superhero bumi yang dilupakan sejak kehilangan semua kuasanya. "Kami minta maaf....mungkin kita jarang bertemu lepas nih..." "Takpe aku faham..", Boboiboy. Dia m...
Chapter 20
Start from the beginning