Chapter 2

2K 134 92
                                    


Di bilik mesyuarat...

Semua orang atasan sudah berada di situ bersama hologram setiap penguasa elemental.

"Jadi kamu sudah ambil kuasa Boboiboy?"

Penguasa elemental hanya mengangguk mendengar pertanyaan dari Amato.

"Dia dah boleh menjalani hidup seperti orang biasa...",kata Kirana dengan senyuman.

Kokoci memandang kearah Ochobot dan memberikan tanda arahan kepadanya.

"Ah...jam kuasa Boboiboy telah diambil dan keadaan dia sekarang stabil...",jelas Ochobot lalu meletakkan jam kuasa Boboiboy diatas meja.

"Kami akan menghantarnya ke bumi esok. Lebih cepat lebih bagus lagipun dia sudah tiada kaitan dengan Tapops.",ujar Kokoci sedikit tegas.

Yang lain mengangguk setuju. Amato hanya mendengar sahaja.

Krek...

Semua mata beralih kearah pintu bilik yang sudah dibuka dari luar.

Mereka terus terdiam melihat Boboiboy kaku di tempatnya selepas mendengar apa yang mereka katakan di sebalik pintu tersebut.

Nampaknya dia telah berdiri di depan pintu dari mula mereka berbincang.

"K-kenapa..."

Kuputeri mengeluh berat.

"Kuasa ini memang sepatutnya berada di tuan sebenar mereka semula..",jelas Kuputeri.

"Tapi...aku yang jaga diorang sampai sekarang!!!! Bagitahu aku siapa lebih layak!?",tengking Boboiboy menahan geram.

Terkejut mereka semua dengan jerkahan Boboiboy. Ini kali pertama dia semarah nih.

Amato berjalan perlahan kearah anaknya lalu kedua-dua belah bahu Boboiboy dipegang.

"Dengar Boboiboy...ini demi kebaikan kamu selepas apa yang terjadi pada Retakka...kami semua risau dia akan terjadi kepada kamu...untuk pegang ketujuh elemental seorang diri akan memberi beban kepada kamu...semua nih dilakukan sebab risau akan keselamatan Boboiboy...",terang Amato cuba menjelaskan semuanya kepada anaknya.

Boboiboy memandang lantai menahan tangisannya dari mengalir.

"T-tapi... Boboiboy dapat kawal kuasa tuh walaupun kadang-kadang hilang kawalan...t-tapi! Boboiboy berjaya kalahkan Retakka dan beri keamanan kepada semua planet..."

Tangannya mula menggigil dan suaranya terketar-ketar menandakan dia dalam ketakutan.

Hang Kasa bersuara selepas melihat keadaan Boboiboy.

"Sudah tiba masanya kamu berehat dan biarkan kami lakukan tugas kamu pula.",kata Hang Kasa dan sang penguasa elemental yang lain mengangguk setuju.

"M-macam mana kuasa cahaya? Siapa yang akan gunakan kuasa tuh?",soal Boboiboy.

Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum memandang kearah Ochobot.

Hmmm...

"Kuasa cahaya akan disimpan kerana kita tidak tahu apa akan jadi kalau jatuh ke tangan yang salah..."

Boboiboy berlari kearah Ochobot.

"J-jadi berikan kuasa cahaya kepada aku...lagipun aku boleh kawal kuasa tuh...",pinta Boboiboy.

"Tidak boleh. Kau kena bertenang Boboiboy...sedar bahawa kau tak diperlukan disini."

Kata-kata Kokoci terus menusuk ke hati Boboiboy. Seperti hatinya hancur bagaikan kaca.

Tangan digengam erat dan matanya memandang keji kearah orang atasan.

"Lepas apa yang aku dah buat...kebaikan yang aku berikan...pengorbanan yang aku tanggung....selepas bertahun aku tolong korang ini balasannya...dalam masa sehari je korang semua berubah!? Buang aku macam sampah!",dengan amarah Boboiboy berkata.

Hatinya sakit dibuat begini. Seluruh parut yang berada di badannya dan seluruh kebaikan yang dia lakukan hilang dibawa angin macam tuh je.

Sebelum sempat Boboiboy berkata lagi tiba-tiba satu suara melarangnya.

"Hey...cukup sampai sini. Kau kena bertenang.."

Gasp.

Dia terkedu. Badannya kaku. Semua memandang pelik kearahnya.

"Bawa Boboiboy pulang ke bumi harini...dia tidak terkawal sekarang...",arah Kokoci.

Beberapa pengawal membawa Boboiboy yang hanya kaku pergi dari situ.

"S-suara siapa tuh?",bisik batin Boboiboy.

Peluh mengalir laju di dahi. Dia berasa tidak sedap hati.

Matanya melihat kearah pergelangan tangan yang sepatutnya jam kuasa berada.

Kosong...tiada apa lagi pada pergelangan tangannya. Tangannya juga terasa ringan dan tidak sakit.

Matanya kelihatan sayu memandang sekeliling.

Itu adalah kali terakhir dia berada di stesen Tapops. Di fikirannya hanya bumi planet di mana dia dilahirkan dan planet itu juga akan menjadi tempatnya untuk tinggal seperti manusia biasa.

Tiada misi,teknologi hebat,kuasa, dan kawan-kawan. Semuanya lesap dalam masa sehari.

Dia sudah buntu memikirkan perkara tersebut jadi dia mengalah dan terima takdirnya.

Mungkin takdir ini lebih baik dari sebelum nih.

"Aku harap semuanya baik sahaja.."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now