Captain Arash's only love: 44✈️

33.4K 960 38
                                    

   Azan maghrib mula berkumandang menandakan semua umat Islam perlu menunaikan kewajipan masing masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   Azan maghrib mula berkumandang menandakan semua umat Islam perlu menunaikan kewajipan masing masing.

        Delyn mengatur langkah menuju ke bilik suaminya, pintu bilik itu dibuka. Kelihatan susuk tubuh Arash masih terbaring tidur di atas katil.

     Delyn mendekati Arash. Punggung dilabuhkan di birai katil terlebih dahulu.

      Belakang tapak tangan Delyn mula menyentuh dahi Arash.

    Membulat matanya..

Terus badan Arash digoyang goyangkan bagi mengejutnya.

      Tiada sahutan. Bekali kali kejut juga, tetap tiada sahutan.

    Akhirnya telefon diambil.. nombor mak long Amelia mula dihubunginya.

Kenapa? Kerana demam Arash meningkat naik. Ubat yang diberikan nampaknya tidak memberi apa apa kesan positif.

        Muka merah Arash jelas menunjukkan bertapa panas badannya.

Setelah menelefon, Delyn berlari menuju ke bawah untuk mengambil air dan tuala  untuk menjeram kepala Arash sementara menunggu Doktor Amelia sampai.

"Del, kenapa ni?" Soal Hanna yang baru turun dari tangga.

"Arash demam kak, badan dia panas sangat ni.. Del dah call mak long minta tolong dia datang cek Arash .... Kalau dia datang kejap lagi, akak tolong suruh dia naik boleh?" Delyn meminta tolong..

"Ha boleh boleh.. ni kalau nak kirim cool fever akak kirimkan dekat Mikash.. dia dah nak balik dari office kejap lagi.." kata Hanna pula..

"Ha kirim jelah kak.." Kata Delyn..

    Setelah meminta izin untuk bergerak pergi, dia kemudian naik ke tingkat dua dimana terletaknya bilik suaminya itu.

        Terus cepat cepat kepala Arash dijeramkan.

        Menggelabah habis dia ketika ini, gila panas badan Arash..

    Rasa macam pegang api.

Tak lama kemudian Doktor Amelia tiba di rumah agam milik Puan Aminah itu.

    Setelah setengah jam memeriksa keadaan Arash, akhirnya Doktor Amelia keluar..

"Mak long, Arash ok? Kenapa demam dia tak kebah kebah tu?" Soal Delyn risau.

         "Arash ok... Mak long dah bagi ubat yang dos nya kuat sikit bagi kebah demamnya.. cumanya badan Arash tu macam lemah.. mak long tengok dia pun macam susut...
Arash kurang makan eh?"

"Tak boleh biar dia tak makan.. kena makan juga walau tak ada selera.. nanti badan dia kurang tenaga tu yang susah penyakit nak hilang.." jelas Doktor Amelia.

    Delyn mengangguk..

"Manalah mahu makan kak long hoi.. bini dia merajuk memang sejak bergaduh dengan Fawa, Arash tu macam hilang arah tuju.."

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now