Captain Arash's only love: 8✈️

26.2K 1.1K 8
                                    

Delyn mengambil beg tangannya yang berwarna hitam itu

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Delyn mengambil beg tangannya yang berwarna hitam itu. Disandang beg itu di bahunya. Manakala Arash sudah pun berada di luar.

Dia bergegas turun ke bawah. Dia menuju ke pintu kelihatan Puan Aminah berdiri di situ. "Bonda.." panggilan lembut Del mengalihkan pandangan Puan Aminah ke arah menantu nya itu.

Del menyalam tangan Puan Aminah, "Bonda, Del tahu bonda benci Del, tapi satu je Del minta, jangan buang Del.. Del tak da sesiapa dah bonda." Dalam tangisan Delyn menyatakan permintaannya.

Arash di luar dia sedang menggantung uniform pilot nya di bahagian belakang kereta. Disapa dirinya oleh abangnya.

"Arash.. aku nak cakap sikit.." kata abang nya itu.

Dia tidak menyahut hanya kepalanya diangkat seolah bertanya kenapa.

"Aku tahu kau benci Del, tapi sekarang kau dah jadi suami dia. Dia pula dah sah bergelar isteri pada kau. Walau macam mana pun kau benci dia, jangan pernah seksa dia Rash... Jangan pernah naik tangan dekat dia.. jangan jadi lelaki dayus.. ingat, berdosa kau kalau kau seksa dia."

"Hhhmmm.." hanya itu balasan Arash pada nasihat abangnya.

Tak sampai beberapa minit Delyn keluar. Puan Aminah telah pun masuk ke dalam rumah agam besarnya itu semula. Delyn menuju ke kereta Mercedez benz merah milik Arash. Dari jauh kelihatan mata cantik Delyn itu berkaca.

Nampak sahaja Delyn keluar, terus Arash masuk ke dalam keretanya.. Arfif hanya memerhati adiknya itu.

"Abang fif, kitorang pergi dulu... Kirim salam Arin dengan kak Hanna. Cakap kat kak Hanna baju dia ni nanti Del pulangkan."

"Ok..hati hati, jangan bagi Arash drive laju laju.. lagi satu, kalau Arash buat apa apa bagi tahu aku, tak pun bagi tahu Hanna. Faham?"

Delyn hanya mengangguk.

"One more thing, about bonda you don't have to worry, its easy to cool her down."

Sekali lagi Delyn mengangguk dan kali ini pintu kereta milik suaminya itu dibuka.

Dia masuk dah duduk di kerusi kereta itu, setelah itu Arash terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah agam milik bondanya itu.

Dalam kereta mereka hanya senyap

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Dalam kereta mereka hanya senyap. Hanya situasi dingin saja dapat dirasakan di situ. Manakala dalam kepala Delyn dia hanya memikirkan apa yang dikatakan puan Aminah pada dirinya tadi semasa dia menyalam ibu mertuanya itu.

Flashback

Tangan Delyn yang menyalam tangan ibu mertua nya itu akhirnya dilepaskan. Dia yang tadinya berbongkok kini kembali berdiri tegak.

"Aku perlukan masa untuk terima semua ni.. Aku terkilan. Aku ingatkan kau ni lain, bukan macam mak engkau. Tapi sama je. Apa? Memang keluarga kau tak kenang budi ke?"

"Dari mak kau kecil keluarga aku kutip dia kat rumah anak yatim, jaga dia, bagi dia makan pakai, tapi last last dia rampas laki aku. Memang kurang ajar punya betina."

"Aku jaga kau sebab aku kesian kan kau.. tak sangka aku ni yang aku dapat. Kau dengar sini baik-baik.. kau doalah semoga hati aku ni terbuka untuk terima kau. Mungkin aku boleh terima kau. Tapi anak aku Arash tu, aku tak berani beri apa apa jaminan."

"Dia tu keras kepala.. semua nak ikut cakap dia. Kalau dia buat apa apa dekat engkau pandai pandai lah kau selamat kan diri. Tu je aku nak cakap. Lepas ni kau tak payah kerja dengan aku dah.. anak aku dah jadi laki kau. Dia mampu tanggung kau. Kalau menghadap muka kau tiap-tiap kat butik tu pun buat sakit hati je.. dah pergilah.."

Puan Aminah masuk ke dalam rumahnya dan meninggalkan menantunya di depan pintu itu. Akhirnya Delyn keluar menuju ke kereta suaminya dengan mata yang berkaca.

End of flashback

✈️✈️✈️

"Hoi.. kau dengar tak aku tanya?" Kasar Arash bertanyakan isterinya.

"Aaa.. sorry you panggil I ke I tak dengar.." tergagap-gagap Delyn menjawab. Lamunan tadi menyebabkan dia tak dengar sepatah apa pun yang ditanyakan Arash.

"Aihh perempuan... Aku tanya rumah kau mana? Nak ambil baju kau.. takkan kau nak bogel dalam rumah aku?" Jerkahnya.

"Aa.. dekat area sini je.. Taman Sri Aman 1, blok 5, no. 30." Jawab Delyn.

"Jalan apa?" Tanya Arash dingin.

"Jalan Aman 1." Jawab Delyn lagi.

Kereta Mercedez benz berwarna merah milik Arash berhenti betul betul di depan rumah sewa Delyn.

Rumah yang sangat kecil. Berwarna putih. Pagarnya bewarna coklat dan turut mempunyai sedikit karat. Maklumlah Delyn ni tak kaya pun.

"Pergi ambil baju kau cepat. Lambat aku tinggal." Arash berkata sambil handphone nya dipandang.

"Ooo...kk.." cepat cepat Delyn turun dan membuka pintu pagar rumahnya. Cepat cepat dia mengemas dan mengambil semua barang yang patut dibawa.

Sementara Arash di dalam kereta cuba untuk menelefon Sara. Berkali kali bekas tunangnya itu cuba dihubungi tetapi masih tidak dapat.

Setelah beberapa minit Delyn kembali masuk ke kereta mewah itu. Bag berwarna coklat yang bersaiz sederhana dibawa masuk ke dalam kereta bahagian belakang.

Dia membuka pintu belah kanan bahagian belakang kereta itu. Uniform pilot milik Arash menarik perhatiannya. Siap ada pangkat kapten di kedua belah bahu baju itu.

Impiannya suatu ketika dahulu. Tapi semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tiada lagi impian yang boleh jadi kenyataan sebaik sahaja keluarga nya hancur.

To be continue...

Night everyone.. enjoy reading... Assalamualaikum.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें