Captain Arash's only love: 7✈️

26K 1K 26
                                    

Delyn keluar dari bilik besar milik Arash

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Delyn keluar dari bilik besar milik Arash. Dia mengenakan blouse pink purple bercorak bunga beserta seluar palazzo putih.

Style nya bukanlah seperti ini tetapi dia tiada baju, jadi terpaksa lah meminjam baju Hanna. Kalau baju Hanna biasalah, mesti warna yang soft soft macam tuan nya.

Tudung shawl ungu semalam digunakan untuk membaluti auratnya. Satu per satu tangga dituruni. Kelihatan semua keluarga Arash berada di meja makan, baru hendak menjamu selera pagi.

Delyn perlahan lahan mendekati mereka sekeluarga. Kelihatan Hanna sedang mengambil pinggan, Arin baru selepas mencuci tangan, Arash dan bondanya hanya duduk di atas kerusi sambil menunggu Hanna memberi pinggan. Manakala Arfif sibuk melayan anaknya.

"Aaa...Del duduk lah makan sekali." Suara lembut Hanna mempelawa Del.

"Aishh... Tetiba bonda tak de selera pulak." Suara Puan Aminah kedengaran seperti tidak ingin Del makan bersama mereka.

"Biar jelah pelacur tu kak Hanna, buat apa panggil dia, dia mana makan nasi goreng ni, makanan dia kan bapak ayam. Tak pasal pasal Abang Arash jadi mangsa." Hanya perkataan kasar ditujukan pada Delyn.

"Eh, Arin, jangan kurang ajar, tu kakak ipar kau tau? Arash pun tak lebih lebih yang kau kurang ajar sangat kenapa?" Arfif mula bersuara memarahi Arin.

Arin hanya menjeling sekilas abangnya. Manakala Hanna cuba menenangkan amarah suami nya. Dia tahu Arfif kalau marah silap silap terbalik meja ni.

"Hai, good morning everyone..." Ziqri memecah situasi tegang itu tadi.

"Morning Ziq.."

"Morning..."

"Good morning Ziqri.."

Kesemua mereka di situ menyahut kecuali Delyn.

"Uhm.. tak pelah, Del tak lapar. Del nak main dengan Aeyan boleh? Abang Fif dengan kak Hanna makanlah. Biar Del tengokkan Aeyan boleh?" Delyn seolah cuba mengelak dari makan bersama mereka di situ.

"Uhm takpelah Del makan biar akak je jaga Aeyan.."

"Takpe Hanna dia teringin nak jadi bibik apa salahnya?" Dingin suara Puan Aminah kedengaran.

Arfif mengeluarkan Aeyan yang berada di kerusi baby sebelahnya lalu dihulurkan anaknya itu kepada Delyn.

Delyn menyambut Aeyan dan dibawa budak kecil itu ke ruang tamu. Arash hanya memerhati isterinya yang berlalu pergi. Kesemua mereka menjamu selera kecuali Delyn.

Selepas mereka selesai menjamu selera pagi, kelihatan mereka semua menuju ke pintu untuk menghantar kepulangan Ziqri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas mereka selesai menjamu selera pagi, kelihatan mereka semua menuju ke pintu untuk menghantar kepulangan Ziqri.

Ziqri yang menyandang beg hitam duduk di kerusi kecil bersebelahan pintu masuk untuk memakai kasut nya.

"Hati hati balik Ziq, nanti kirim salam mama papa kamu." Puan Aminah berkata sambil belakang anak buahnya ditepuk perlahan.

"Ok Maksu. Ziq balik dulu.." Ziqri menyalam Puan Aminah, kemudian Arfif."

"Aku balik dulu Rash, Arin, kak Hanna." Katanya pada ketiga mereka itu.

Kemudian Delyn mula menjenguk. Aeyan pula berada dalam dukungan nya. Sebaik nampak Delyn Ziqri turut mengucapkan selamat tinggal.

Sebaik sahaja Ziqri berlalu pergi dengan menaiki kereta Range Rover hitam miliknya, kesemua mereka mula kembali senyap.

Puan Aminah duduk di sofanya di ruang tamu. Dia turut memanggil kesemua anak menantunya untuk turut duduk di situ.

Hanna dan Arfif duduk di bahagian kiri Puan Aminah yang mempunyai sofa tiga tempat duduk. Arin pula duduk di sebelah Hanna yang kosong.

Arash duduk di sofa satu tempat duduk. Manakala Delyn hanya berdiri sambil mendukung Aeyan.

Aeyan kemudiannya minta diturunkan, dia menuju ke daddy. Justeru itu terus Delyn duduk di sofa panjang berhadapan Puan Aminah.

"Ada sesiapa nak berterus terang tentang apa sebenarnya jadi semalam?" Dingin sungguh kedengaran suara Puan Aminah.

"Bonda tanya lah perempuan ni." Arash turut menjawab. Matanya dijelingkan ke arah isterinya.

"Del tak tahu bonda.. sumpah Del pun terkejut. Arash yang tarik tangan Del. Tapi masa tu Arash dalam keadaan mabuk.. Del cuma boleh cakap kami tak lakukan apa apa pun semalam." Del menjawab, terketar-ketar suaranya.

"Siapa izinkan kau panggil aku bonda?" Lagi sekali kedinginan terdapat dalam pertanyaan itu.

"Bonda.. kenapa pulak dia kan menantu bonda." Arfif cuba menenangkan ibunya itu.

"Aku tak da menantu macam dia." Jawab Puan Aminah tegas.

"Tapi..bon.." belum sempat Arfif mula menjawab, lengannya dipegang lembut oleh isterinya, tanda Hanna menyuruh Arfif berhenti sebelum mereka sekeluarga mula bertengkar.

"Arash, bonda nak Arash bawa perempuan ni duduk kat rumah Arash.. bonda tak boleh tengok muka dia. Bonda geram." Kata Puan Aminah pada anak keduanya itu.

"Hmm...eloklah tu, Arin pun tak suka si pelacur tu kat sini.. abang bawa jelah dia berambus... Dah lah Arin nak keluar dengan kawan. Bye." Kata Arin dingin lalu menuju keluar.

Manakala Arfif dari tadi menahan amarah dengan perangai adik perempuan nya itu.

✈️✈️✈️

"Bonda, Del tak nak keluar dari sini.. biarlah Del jaga bonda.." Del merayu supaya dia tidak perlu mengikut Arash.

"Tak payah, Hanna ada, menantu aku tu boleh jaga aku." Jawab Puan Aminah, lalu sisi tudungnya dibetulkan.

Arash kemudian bangun dia menuju ke bilik nya dengan muka yang marah.

"Kau siapa cepat. Lambat kau jalan kaki." Dingin suara nya mengarahkan Delyn.

Del pula masih cuba merayu supaya Puan Aminah tidak menghalaunya.

To be continue...

Hope you enjoy.... Maaf kalau banyak kekurangan atau cerita mengarut, tapi I still harap readers enjoy baca.



CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now