Captain Arash's only love: 15✈️

29.8K 1.1K 50
                                    

Setelah kejadian itu berlaku, kawalan rumah agam ini semakin ketat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah kejadian itu berlaku, kawalan rumah agam ini semakin ketat.

Arash mengupah ramai bodyguard untuk menjaga kawasan rumah itu pada waktu malam. Tetapi hanya di bahagian luar rumah sahaja. Hal itu bagi menghormati situasi Delyn sebagai seorang wanita bertudung.

Arash masih sama.. masih enggan berbaik dengan Delyn. Sedar tak sedar perkahwinan Arash dan Delyn kini hampir mencecah tiga bulan.

Pada pagi ini Arash masih tiada di rumah. Dia mempunyai penerbangan ke Sydney dua hari lepas dan dijadualkan pulang pada hari ini.

Kapal terbang PRIVATE KING yang dibawa Arash bukanlah kapal terbang penumpang. Malah, kapal terbang persendirian. Atas urusan apa sebenarnya Arash terbang ke Sydney?

Itu hanya dia yang tahu. Dia tidak memberitahu apa apa mengenai hal penerbangan nya kepada Delyn.

Semuanya seumpama dirahsiakan.

Ding dong!!! Ding dong!!! Ding dong!!!

Tak henti henti loceng ditekan dari luar. Bergegas Delyn menuju ke pintu utama rumah agam suaminya itu untuk membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, terkejut habis Delyn melihat orang yang ada di depan matanya. Ya, Sara.

Atas tujuan apakah bekas tunang suaminya itu datang ke sini?

"Sara.. you buat apa kat sini?"

"Salah ke? Aku datang nak jumpa tunang aku lah."

"Excuse me, you cakap apa?"

"Kau ni pekak ke perempuan? Aku kata aku nak jumpa tunang aku. Arash mana?"

"Hey.. kau jangan nak kurang ajar. Arash tu bekas tunang kau. Dia suami aku. Faham?"

Tanpa segan silu Sara menerjah masuk ke rumah Arash. Badan Delyn ditolak untuk merempuh masuk rumah itu.

Destinasi Sara ialah tingkat dua. Iaitu bilik Arash. Apa masalah perempuan ni? Main masuk je bilik orang.

Plak!!!

Pintu bilik Arash yang berwarna hitam itu dibuka. Dia terus melabuhkan punggung di atas katil king besar itu.

Tangan mulus Delyn mula menarik tangan Sara supaya wanita itu bangun. Malah, ditepis tangan Delyn.

Dia mengeflip rambut hitamnya sebaik tangan Delyn ditepisnya.

"Kau ni tak sedar diri kan.. dah lah murah, perasan pulak tu. Kau ingat kau tu boleh ganti tempat aku? Sorry, you not enough for Arash."

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now