Captain Arash's only love: 19✈️

28.2K 1K 11
                                    

  Kedengaran bunyi tapak kaki turun dari tangga putih keemasan itu

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

  Kedengaran bunyi tapak kaki turun dari tangga putih keemasan itu. "Amboi, Abang Arash dengan kak Del ni layan Aeyan bukan main manja lagi.."

"Ni dah boleh layan anak sendiri dah ni.." ternyata suara itu suara adik bongsu Arash, Arin.

    Dia turun dari tangga menyalam kedua abang dan kakak ipar nya itu.

Dia kemudiannya kembali mengusik,

"Eh, abang, bila Arin boleh dapat anak buah baru?" Katanya sambil menampar manja bahu abangnya.

     "Eh kau, aku tampar karang baru tahu.. sibuk je. Kalau kau nak, pergi kahwin buat anak sendiri. Senang. Kan?" Selamba Arash berkata.

      "Eh kita pulak dia suruh kahwin. Abang lah.. lambat sangat buat kerja kan kak Del?" Terus pertanyaan itu ditanya pada Delyn.

    Delyn hanya gelak kecil.

Arin beralih pula ke sebelah Delyn lalu bertanya.

      "Kak, kak Del tak ada muntah muntah ke pening pening ke, alah dengan apa apa ke tak ada eh?" Soal nya.

    Terbuntang mata Delyn bila mendengar pertanyaan itu. Delyn tahu semua yang disebut Arin ialah tanda tanda mengandung.

      Dalam hatinya berkata, 'nak mengandung apa kalau suami pun asyik mendera.'

"Mana ada lah Arin." Hanya itu jawapannya.

        "Haih, kan betul Arin cakap, abang ni lambat buat kerja." Katanya lagi.

    "Kurang ajar mulut budak ni.. aku cili mulut kau jap lagi baru kau tahu." Arash kecil besar, kecil besar sahaja memandang adik perempuannya itu.

      Hanya gelak Arin balas.

Dia kemudiannya mendukung Aeyan dibawa ke dapur.

     Mulalah sunyi. Sehingga datangnya Puan Aminah.

Mereka kini duduk di sofa yang ada di ruang tamu besar itu.

  Begitu juga Puan Aminah.

"Del.." panggilan itu membuatkan Delyn yang sedang menundukkan pandangan nya beralih ke arah wajah cantik Puan Aminah.

        "Kenapa bonda?" Soalnya. Pada ketika ini Arash diam.

"Kenapa bonda tengok muka Del macam pucat? Del tak sihat ke?"

   DUP!!! DAP!!! DUP!!! DAP!!!

Pada ketika ini jantung Arash bagai hendak terkeluar. Kalau Delyn buka je cerita pasal Arash pukul dia, memang masak dia time time ni juga.

    "Uhm... Del tak sihat sikit..." Itu sahaja jawapan nya.

    Walau macam mana pun dia takkan buka mulut. Mereka dah buat perjanjian bersyarat, jadi dia takkan mungkir janji.

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora