Captain Arash's only love: 5✈️

27.8K 1.1K 127
                                    

          Dipandang silih berganti wajah Arash dan Delyn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Dipandang silih berganti wajah Arash dan Delyn. Pandangan yang cukup membuatkan sesiapa sahaja menjadi takut. Pandangan yang penuh dengan amarah dan perasaan kecewa seorang insan bergelar ibu.

"Apa yang korang dah buat hah? Dah tak ingat tuhan ke sampai sanggup buat maksiat!!!!" Jerkahan itu menyebabkan semua disitu hanya diam.

          Arash yang sedari tadi bermundar mandir tanpa sehelai benang pun membaluti tubuh badannya kini meraup rambut coklat itu ke belakang, Dia kemudiannya bersuara.

"Bonda.. Arash tak sentuh dia pun... Dia yang masuk bilik Arash lepas tu baring sebelah Arash, dia sengaja je bonda." Arash dari tadi cuba membela diri dengan menyalahkan Delyn.

           Delyn pula hanya mampu berdiam diri, Dia tidak berani bersuara dia tahu, kalau dia silap bicara, mahu pelempang makanannya malam ini.

          "Kalau dah macam ni, saya cadangkan Nah kahwinkan jelah Arash dengan anak buah Nah ni.. lagipun saya yakin semua ni jadi bersebab." Sopan Puan Nuha memberi cadangan.

       "Kalau dah itu yang Ibu cakap, Sara setuju.. mungkin susah untuk I lupakan you Arash tapi you perlu bertanggungjawab atas apa yang dah jadi.. sekurangnya nanti kalau jadi apa apa, Del tak perlu tanggung semuanya sendiri." Sara yang masa dalam pakaian pengantin mula bersuara.

        Kedengaran pasrah suara Sara apabila dia menyatakan yang dia setuju Arash dikahwinkan dengan Del.

"No. Sara, sayang, I hanya akan kahwin dengan you. I takkan sesekali lafazkan akad atas nama perempuan jalang ni!!!" Ayat terakhir itu menyebabkan Arash berpaling ke arah Del.

"Astaghfirullahalazim... Sampai hati you cakap macam tu Arash." Kini barulah kedengaran suara lembut Delyn.

   "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?"

"Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa? Sebab kau tu perempuan murah sama je macam mak kau tu. Dua-dua sundal tak bermaruah."

           "Arash sabar Rash.." kini Ziqri pula cuba menenangkan sepupunya itu.

      Mula menitis air mata Delyn apabila Arash menghina nya begitu sekali. Lagi lagi bila dia disamakan dengan mama nya yang telah pun dianggap perampas bagi Arash.

      Jujur Del akui walaupun lama dia memendam rasa pada sepupu angkatnya itu, dia tidak pernah sekali pun berniat untuk melakukan maksiat semata mata untuk dapatkan Arash.

Juga tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menghancur hubungan percintaan antara Sara dan Arash.

         "Maksu.. Del sumpah Maksu, Del tak de niat pun untuk buat maksiat. Del cuma masuk bilik Arash untuk hantar baju and kejutkan dia je." Kini barulah Del cuba membela diri.

        Tangan mulus Del yang menggengam tangan Puan Aminah itu ditepis olehnya.

  "Jangan panggil aku Maksu... Aku bukan Maksu kau." Dingin sekali suara itu memarahi Delyn.

          Arin yang masih menggosok bahu bondanya itu turut menjeling Del. Sungguh dia tidak sangka. Dia ingat Del tu baik rupanya...

 Dia ingat Del tu baik rupanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


      "Sudah, cukup. Arash, pergi tukar baju. Aku nak kau bertanggungjawab atas semua ni."

"Tok kadi dah sampai. Lepas bersiap turun bawah, nikah dengan Delyn."

        "Puan Nuha, Sara, pihak keluarga kami mohon maaf kepada pihak keluarga puan. Saya tahu ni memalukan saya harap puan tak akan buka aib keluarga kami di luar sana. Saya rasa sekarang elok puan balik dulu. Kita semua perlu terima kenyataan yang Sara dan Arash tiada jodoh." Arfif mula cuba menyelesaikan semua ini.

Manakala Hanna dari tadi cuba untuk memikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Apa maksud Arash dia tak sedar Delyn berada dalam bilik nya?

Kenapa dia kata dia mabuk? Itulah yang asyik difikirkan Hanna dari tadi.

Setelah beberapa minit semua ahli keluarga Sara beredar dari rumah agam mewah itu. Yang tinggal hanya lah tok kadi yang menunggu di ruang tamu.

        Walaupun bantahan Arash menjadi jadi dia tetap hormatkan abangnya. Keputusan abangnya dia ikuti dengan hati yang tak rela. Tanpa dijangka perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia kini bertukar menjadi mimpi ngeri buat Arash.

        "Aku terima nikahnya Delyn Fawara binti Denzel dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." Dingin suara Arash melafazkan akad itu.

"Sah."

           "Sah."

"Sah."

                               ✈️✈️✈️

Kesemua di situ hanya menadah tangan membaca doa. Setelah itu diaminkan doa itu.

        Arash mendekati Delyn, dia menyarung cincin yang sangat simple. Cincin itu hanyalah kosong tiada sebarang permata berlian hanya kosong dan ianya merupakan cincin lama bonda Arash.

      Delyn menyalam Arash. Belum sempat dia menghabiskan penyalamannya Arash sudah menarik tangannya.

          Del pula menyarung cincin pada jari Arash. Selalunya bila nikah selepas isteri sarung cincin pada jari suami nya, sang suami akan mencium dahi sang isteri tetapi berbeza bagi Arash dan Delyn.

       Selepas saja cincin disarung, Arash bangun dan menuju ke biliknya. Del hanya ditinggalkan di ruang tamu itu.

       Selesai akad nikah yang terpaling dingin itu, Delyn menegur ayahnya yang baru hendak keluar dari rumah agam mewah itu.

      "P...papa.." takut takut gadis itu menegur bapanya yang kelihatan marah.

Sebaik mendapat panggilan dari Puan Aminah tentang apa yang berlaku, Encik Denzel terus datang ke rumah agam itu.

      Dari tadi dia tidak menegur langsung anak perempuan nya itu. "Pa..pa.. marah Del ke pa? Pa, ampunkan Del.. Del merayu pa, ampunkan Del."

Del mencium tangan bapanya itu tetapi ditepis kasar tangannya.

"Eh, aku jijik dengan kau. Menyusahkan. Murah, sundal bodoh. Sama je macam mak kau. Kenapa kau ni hidup hah? Memalukan aku je... Mulai sekarang aku bukan papa kau. Jangan berani mengaku kau anak aku." Jerkahan lagi yang diterima Del. Kini lebih menyakitkan kerana jerkahan kasar dari bapanya sendiri.

        Terus keluar Encik Denzel dari rumah agam itu. Kini tinggallah Del sendirian di depan pintu. "Eh perempuan. Tutup pintu tu. Kau nak bagi siapa lagi masuk? Bapak ayam kau?"

     Terkejut Del apabila penyataan kasar itu keluar dari mulut Arin. Sungguh dia tidak percaya dengan perubahan Arin. Benci sungguh Arin pada dirinya kini.

       
To be continue...
So macam mana setakat ni? I harap oklah semuanya.. that's all for malam ni.. enjoy your read. Assalamualaikum.

      
         

CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE ✓Where stories live. Discover now