𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 01

Začít od začátku
                                    

"Why should I tell--"

"Elice !" jerit satu suara lembut namun kedengaran lantang. Elice terus menoleh ke arah Freya.

"Apa awak buat dekat sini, Freya??" sudah tentu sekarang lelaki itu mengetahui namanya berkat Freya.

"Pengerusi Adler, abang awak suruh saya cari awak sebab lama sangat awak pergi tandas," balas Freya.

Hmm bagus sangatlah. Sekarang pasti lelaki ni tahu nama keluarganya. Confirm dia tahu nama aku Elice Adler sekarang!

Freya !

Anak mata Elice terus menatap wajah Freya.

"Baru beberapa minit. Saya tak pergi tandas pun lagi," Elice kemudiannya mengeluh kecil.

"Tak apalah. Saya tak rasa nak pergi tandas dah. Mari pergi," kata Elice sebelum dia terus membuka langkah. Freya hanya mengikuti Elice dari belakang.

"Ah," jejaka itu tersenyum kecil. "Jadi nama you Elice Adler?" kedengaran pekat saja loghatnya. 

"Aik? You boleh cakap bahasa melayu?" kata Elice yang terkejut mat Salleh ni pandai cakap Melayu. Lancar lagi sebutannya. 

"Saya boleh. Saya pernah tinggal di Malaysia untuk suatu ketika," balasnya dengan senyuman. Teserlah kekacakannya, ditambah dengan senyuman yang menampakkan barisan sempurna gigi putihnya.

"Kita akan jumpa lagi, Elise Adler," kata lelaki itu dengan yakin sambil tersengih.

Elice hanya mendengar ucapannya tanpa membalas. Ya, dia abaikan. Tidak ada mood nak layan. Selepas Elice melangkah pergi, jejaka kemudiannya mengubungi seseorang.

"Xander, aku ni Flex. Elice Adler... Search everything about her. Aku balik office sekarang," panggilan ditamatkan. Flex terus melangkah menuju ke pejabatnya.

✧✧✧

Flex tiba di pejabatnya beberapa jam kemudian. Dia mengambil tempat duduk di hadapan meja kerjanya. Kakinya disilangkan sebelum dia menopang dagu. Kini dia bersedia mendengarkan maklumat yang diperoleh Xander.

"Yo bro," tegur satu suara garau. Dialah Fley Ayrnight.

"Axce," balas Flex lalu dia menoleh ke arah Xander.

-Fley Axce Ayrnight ialah adik kandung Flex. Berumur 20 tahun. Mempunyai warna rambut brown-blonde dan matanya yang berwarna light ocean blue, berbeza dengan abangnya.

"Baiklah, bagi tahu aku apa yang kau jumpa," kata Flex kepada Xander.

"Elice Eliora Adler, umur 22 dan pernah belajar di universiti terkemuka seperti Harvard. Lahir pada 15 June di Britain. Dia sekarang menetap di sini dengan Abangnya, Elero Elio Adler."

"Ayah dia orang Paris, France. Ibu dia orang Sabah, Malaysia. Tapi sayangnya, pada umur 7 tahun, Elice kehilangan kedua ibu bapanya tepat di hadapan matanya. Ada khabar angin mengatakan dia trauma tentang hal tu, terutamanya bila hujan turun. Tak pastilah kalau yang part last tu betul. Jadi sekarang dia hanya ada abangnya sebagai keluarga," panjang lebar Xander menerangkan. Semoga saja Flex hargai usahanya.

"Bro, siapa minah kali ni? Perempuan mana lagi kau nak sasarkan? soal Fley hairan. Flex berfikir sejenak lalu bersuara.

"Kau jangan nak sibuk dulu, boleh tak Axce?" kata Flex agak dingin.

"I tahu pasangan Adler dah lama meninggal, tapi pasal trauma tak. Maklumat tu dah memadai. Kerja bagus, Xander," puji Flex.

"Jadi apa yang kau rancang, Ace?" soal Xander. Sebenarnya dia pun nak tahu.

"Well, kau tak rasa ke yang gadis tu ialah orang terbaik untuk rancangan ni?" kata Flex dengan senyuman.

"I don't give a shit. It's up to you," jawab Xander. Memang dia tidak kesah pun. Lagipun keputusan memang berada di tangan Flex.

"Cari lokasi atau alamat dia. Aku perlu jumpa dia semula", arah Flex lagi.

"Woo... Woo... Jarang Abang aku terkejar-kejarkan perempuan ni. Aku nak tahu gadis mana yang dah curi perhatian kau", ujar Fley dengan nada bergurau.

"Got it. So kau betul-betul nak guna perempuan tu?", tanya Xander.

"Yes, but first I need to make her mine", balas Flex dengan riak wajah tenang. "Aku kena cari cara untuk dekati dia."

"Okaylah. Keputusan berada di tangan kau", Xander membuka langkah menuju pintu keluar. Kini hanya tinggal Flex dan Fley di situ.

"Bro, perempuan tu siapa?", soal Fley lagi. Dah berapa kali dia tanya ni hah?

"Elice Adler", jawab Flex sepatah. 

"Adler?" Fley berfikir seketika."Keluarga millionaire di France tu? Wehh tak sangka kau mata duitan eh?. Dah kaya, tak puas lagi?", perli Fley bersahaja.

"Keluarga Adler berpengaruh di negara Malaysia dan France. Kalau berjaya, senang kerja kita nak urus kat sana", terang Flex. 

"Kerja mana ni? Yang cerah ke... Yang gelap?", Fley memandang abangnya.

"Both."

"Ohh makin seronoklah aku buat kerja lepas ni", Fley tersenyum sinis. "Aku okay kalau kau nak kahwin sekarang. After all, that's the rules."

"Jangan nak memandai tanpa arahan aku", Flex membuka komputer riba miliknya.

"Aku tau. Aku tak bodoh macam kau. Blah dulu", Fley pergi meninggalkan abangnya. 'Bodoh macam kau'? Rasa macam nak campak je budak tu dalam laut haih. Flex menghela nafas panjang.

✧✧✧

Setelah bergerak dari hospital, akhirnya adik-beradik Adler itu tiba di mansion milk Keluarga Adler. Keluarga Adler ni kalau nak dikatakan miskin memang taklah. Tapi kalau nak dikatakan kaya taklah sekaya Keluarga Ayrnight tu. Keluarga Ayrnight tu billionaire dunia, sedangkan Adler millionaire di beberapa negara sahaja.

Mungkin kalau dibandingkan saham kedua keluarga tersebut, saham dan kekayaan Ayrnight 10 kali ganda atau mungkin berganda-ganda lebih banyak dari Adler. Keluarga Adler ni kaya dan keluarga berpengaruh terutama di France dan Malaysia. Arwah pasangan Adler memfokuskan business mereka berkembang di bumiputra mereka. Kini, Elero memperkembangkan business familynya di sini.

"Welcome back, president and the lady", pekerja-pekerja di rumah itu menunjukkan rasa hormat terhadap majikan mereka.

Elero dan Elice berjalan masuk. Akibat Elice yang masih belum pulih sepenuhnya, pergerakkannya masih agak perlahan.

"Masih boleh jalan? Patut ke abang angkat kamu?" tanya Elero yang risau melihat keadaan adiknya.

"Please, I'm too old for that. Saya okay", balas Elice mendatar. Bibirnya mengukir senyuman kecil. 

"Kamu masih seorang budak di mata abang", ujar Elero bergurau.

"Bro, umur saya dah 22."

"Oh, I see. 22", kata Elero dengan senyumannya.

"Yes and now I'll go to my room. See ya, brother", kata Elice sebelum dia melangkah memasuki biliknya. Abangnya hanya tersenyum melihat Elice berlalu pergi. Tanpa dia sedari, sekarang adik perempuannya itu sudah pun berumur 22 tahun.

"She really has grow."

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Chap 1 everyone 🖤 The first chapter kinda childish but it's okayy. Vote and enjoy :)

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat