30 | m a r r i e d

99 0 0
                                    

—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

“Saya masih tak boleh nak terima bila sekolah kita ada pelajar yang kahwin macam ni. Ianya boleh rosakkan reputasi sekolah kita sebagai sekolah yang paling berdisiplin.” tegas Puan Yuri iaitu penolong kanan pengetua. Kini, Yena dan Jihoon berada di ruang mesyuarat utama untuk hal ehwal disiplin. Keluarga Yena dan Jihoon pun ada sekali.

“Apa masalahnya kalau diorang kahwin sekalipun? Tak melanggar undang-undang langsung.” bantah Tuan Choi. Yena merasa sangat-sangat gugup. Seluruh badan dia menggigil. Jihoon yang perasan tu mengenggam tangan Yena erat.

“Mereka masih bawah umur!”

“Saya tak rasa yang kahwin tu kena fikir bawah umur ke tidak. As long as, keluarga diorang merestui dan diorang saling cinta. Tak ada yang salah langsung.” ucap Sir Joon yang membela Jihoon dan Yena. Tuan Choi dan Tuan Park mengangguk setuju.

“Tapi, nak kena fikir juga pemikiran orang lain. Mungkin sekarang perut dia tak ada isi, tapi akan datang? Kita tak tahu. Lepastu mula lah nanti orang publik ingat diorang kahwin sebab anak luar nikah.” bidas Puan Joori iaitu penolong disiplin sekolah.

“Mulut awak jaga sikit eh! Orang yang awak cakap tu anak saya!”

“Bertenang, kita sekarang nak bincang bukan nak bergaduh.”

“Entahlah kalau tuan puan rasa nak mereka terus bersekolah di sini, saya sarankan untuk tuan dan puan pisahkan mereka. Ini demi masa depan anak-anak tuan puan juga. Saya tahu tuan puan sekeluarga seorang yang utamakan maruah keluarga. Jadi, tolong fikir maruah sekolah kami juga.” ucap pengetua.

“Saya tak nak.”

Semua orang beri perhatian pada Jihoon. Jihoon bangun berdiri dengan muka yang serius. Yena mula berasa risau. Yelah takut Jihoon cakap yang aneh-aneh kat pengetua. Jihoon tayangkan cincin kahwin yang ada di jarinya pada semua orang yang ada di dalam bilik mesyuarat ini.

“Saya tak akan lepaskan cincin ni. Saya sayangkan isteri saya.”

“Jihoon-ah.”

“Kalau perpisahan adalah jawapan untuk perkahwinan kami, saya lebih rela untuk berhenti dari sekolah.” ucap Jihoon dengan nada serius. Mata Yena berkaca-kaca menahan airmata. Dia terharu dengan kesungguhan Jihoon pertahankan hubungan dia. Yena bangun berdiri dan tayang cincin dia pada semua.

“Saya akan ikut Jihoon!”

“Dah gila agaknya diorang berdua ni. Tak faham betul dengan pemikiran budak-budak muda sekarang.” keluh Puan Yuri. Keluarga Yena dan Jihoon tersenyum. Walau apapun, diorang akan pertahankan juga kebahagiaan anak-anak mereka. Tuan Park bangun berdiri.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now