26 | l o v e r

221 10 0
                                    

—a u t h o r

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

a u t h o r

Jihoon dan Yena duduk berdua di pondok depan rumah neneknya. Lepas ciuman tu, diorang berdua jadi akward dan malu-malu. Yelah, masing-masing dah tahu isi hati kan? Itu yang jadi malu kucing. Yena tengok Jihoon yang menggaru-garu leher sebab menahan malu tu. Yena alihkan pandangan dan berdehem kecil.

“Ehem, sampai bila kita nak senyap macam ni?”

“A—aku tak tahu nak cakap apa.”

“Kau malu? Kau malu cium aku?”

“Bukan masalah cium tu lah! Aku malu sebab dengar confession kau tadi. Sampai sekarang, aku macam tak percaya yang kau sukakan aku.” ucap Jihoon dan tersenyum-senyum sensorang. Yena menghela nafas dan merenung ke depan melihat pemandangan laman rumah nenek Jihoon tu.

“Aku pun tak sangka. Hati aku luluh dengan kau. Aku baru sedar juga sebenarnya yang aku ni cintakan kau. Aku takut nak bagitahu sebab aku ingatkan kau tak suka aku. Yelah, benda ni bukan boleh expect.” balas Yena. Dia sendiri tak nak cakap kat Jihoon pada awalnya. Tapi, bila tengok Jihoon dengan perempuan lain. Dia tak boleh nak pendam lagi.

“Akhirnya, kau jujur juga kat aku.”

“Aku mula sedar perasaan tu masa kita camping haritu. Tengok kau yang kisah pasal aku, ambil berat tentang aku. Aku jadi berdebar. Debaran tu tak sama macam aku dengan Jaehyuk. Bila kau tak jadi couple dengan Minju, aku happy sangat. Tapi, aku masih belum sedia nak cakap sebab aku tengok kau layan aku..kadang macam kawan je batasnya. Last-last, aku jadi tak tahan nak luahkan bila aku nampak kau dengan Yujin rapat semacam. Aku jadi tak sedap hati.”

“Ah, macam tu rupanya. Jangan risaulah, aku memang tak ada perasaan apa-apa kat Yujin. Dia tu dah macam adik je pangkatnya. Aku sayang kau sorang je, Yena.” ucap Jihoon dengan lembutnya. Yena menoleh pandang Jihoon dengan perasaan tertanya.

“Kau pula..sejak bila kau suka kat aku?”

“Sebelum kita kahwin lagi, aku dah suka kat kau.”

“Eh? Biar betul? Kita belum kenal lagi kan masa tu?”

“Hahah, ye betul. Masa tu, aku macam tak pasti lagi sebab baru first time nampak kau. Tapi, tetap aku dah ada feelings kat kau.” ucap Jihoon dan tersenyum sendirian mengingat kenangan yang menggelikan hati masa kali pertama dia berjumpa dengan Yena. Yena mula rasa curious. Dia pernah jumpa Jihoon ke sebelum ni?

“Kenapa..aku tak ingat langsung? Cerita lah kat aku.”

1 month before the wedding

Jihoon berjalan keluar dari syarikat ayah dia dengan perasaan marah. Mana tak nya, dia dengar rumour kat office ayahnya kalau dia akan kahwin. Benda tak bincang langsung dengan dia. Apa yang ayah dia cuba buat sebenarnya? Kenapa pandai-pandai nak jodohkan dia dengan orang?

Secret Husband [PJH]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant